Senarai Cabang Spesifik dalam Bidang Perubatan :-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Para pelajar perlulah mengambil berat akan peperiksaan PMR. Ini kerana, hala tuju masa depan kerjaya anda bergantung pada keputusan PMR yang anda duduki.
Jika anda berminat menceburi bidang perubatan, maka dari awal lagilah, anda mesti meletakkan cita-cita dan usaha yang maksima.
Di sini disertakan sedikit artikel berkaitan cabang kerjaya dalam bidang perubatan:
- Physiology (Fisiologi)
- Optometri/ Ophtalmology (Mata)
- Medical Microbiology & Immunology
- Radiography / Radiology (X-Ray)
- Medicine (Ubatan)
- Obstectrics & Gynaecology (Perbidanan & Sakit Puan)
- Biomedical Science
- Paediatrics (Kanak-kanak)
- Pharmacy (Farmasi)
- Surgery (Pembedahan)
- Physiotherapy (Fisioterapi)
- Otorhinolaryngology
- Anaesthesiology (Bius)
- Environmental Health / Science (Kesihatan Alam Sekitar)
- Veterinar (Haiwan)
- Anatomy (Rangka)
- Orthopaedics (Tulang)
- Nursing Science (Sains Kejururawatan)
- Parasitology & Entomology (Parasit / Serangga)
- Pathology (Penyakit)
- Family Medicine (Perubatan Keluarga)
- Forensics (Forensik)
- Community Health (Kesihatan Komuniti)
- Dentistry (Pergigian)
- Oncology (Kanser)
- Hematology (Kajian Darah)
- Prostetics (Anggota Badan Palsu)
- Health Assistant (Pembantu Kesihatan)
- Midwifery (Perbidanan)
Senarai Universiti.
IPTA.
- Universiti Teknologi MARA
- Universiti Sains Islam Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah
- UNISZA
- Universiti Islam Antarabangsa
- Universiti Putra Malaysia
- Universiti Sains Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia
- Universiti Malaya
- Universiti Malaysia Sarawak
IPTS
- AIMST
- IMU
- MSU
- UCSI
- Perak Medical College
- Penang Medical College
- Melaka Manicipal Medical College
- Monash University
- Alliance College of Medical Science
- Cyberjaya University College of Medical Sciences
Luar Negara
Arab Republic of Egypt
- Al-Azhar University
- University of Ain Shams
- University of Alexandria
- University of Cairo
- University of Mansoura
- University of Tanta
- University of Zagazig
Australia
- Flinders University of South Australia
- Monash University
- University of Adelaide
- University of Melbourne
- University of New South Wales
- University of Newcastle, New South Wales
- University of Queensland
- University of Sydney
- University of Tasmania
- University of Western Australia
United Kingdom
- Queen's University of Belfast
- Royal College of Physicians and Surgeons of Glasgow
- Royal College of Physicians of Edinburg
- Royal College of Physicians of London
- Royal College of Surgeons of Edinburg
- Royal College of Surgeons of London
- Society of Apothecaries of London
- University of Aberdeen
- University of Birmingham
- University of Bristol
- University of Cambridge
- University of Dundee
- University of Durham
- University of Edinburgh
- University of Glasgow
- University of Leeds
- University of Leicester, School of Medicine
- University of Liverpool
- University of London
- University of Manchester
- University of Newcastle-upon-Tyne
- University of Nottingham
- University of Oxford
- University of Sheffield
- University of Southampton
- University of St. Andrews
- University of Wales
Russia
- Kursk State Medical University
- Moscow State Medical Academy
- Nizhny Novgorod State Medical Academy
- Russian State Medical University
- Volgograd State Medical Academy
Republic of Ireland
- National University of Ireland
- Royal College of Physicians of Ireland
- Royal College of Surgeons in Ireland
- University College Dublin
Secara detailnya, boleh rujuk artikel seterusnya.
Doktor Perubatan menentukan jenis penyakit dan merawat pesakit
dengan menggunakan perubatan sistem saintifik. Mereka memeriksa pesakit
dengan menggunakan stethoskop, alat pengukur tekanan darah dan lain-lain
alat perkakas perubatan bergantung kepada tanda-tanda yang ditunjukkan
oleh pesakit dan mengadakan ujian klinikal x-ray dan ujian
histo-pathologikal untuk menentukan jenis penyakit dengan betul.
Mereka
mengesyorkan penggunaan ubat berdasarkan keputusan pemeriksaan serta
meminta nasihat doktor-doktor atau pakar lain jika perlu. Mereka
menjalankan rawatan dan pembedahan kecil dan menasihatkan pesakit
tentang cara-cara rawatan serta memberikan dadah dan ubat bius jika
perlu. Mereka menyimpan rekod pesakit-pesakit yang dirawatnya, jenis
penyakit dan rawatan yang diberikan kepada pesakit.
Keterangan Tugas
Memeriksa pesakit untuk menentukan keadaan penyakit;
Menjalankan pemeriksaan perubatan dan membuat diagnosis;
Menentukan ubat dan rawatan bagi penyakit, gangguan atau kecederaan yang telah didiagnosis;
Memberi rawatan perubatan atau pembedahan khas bagi jenis-jenis penyakit, gangguan atau kecederaan yang tertentu;
Memberi nasihat mengenai penyakit dan menggunakan kaedah dan rawatan ubat pencegahan;
Mengambil
bahagian dalam pembangunan dan pelaksanaan undang-undang dan peraturan
kesihatan awam bagi melindungi dan mempertingkatkan kesihatan umum;
Mengajar penuntut perubatan dan penuntut sains kesihatan yang lain, pakar perubatan dan profesional kesihatan yang lain;
Menyediakan dokumen dan laporan saintifik;
Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;
Menyelia pekerja lain.
Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Diantaranya:
Doktor Perubatan
Pakar Bedah
Pakar Questetik
Pakar Psikiatri
Pakar Oftamologi
Pakar Kardiologi
Obstetrision Dan Pakar Ginakologi
Pakar Neurologi
Ahli Farmasi
Doktor Haiwan
Doktor Pergigian
Ciri-Ciri Peribadi
Perihatin terhadap manusia tentang masalah mereka, keperluan serta kesusahan mereka;
Mempunyai sifat balas kasihan, berakal, bertenaga, sabar dan tabah;
Mempunyai pegangan kukuh akan prinsip-prinsip sains dan penggunaan mereka dalam masalah perubatan;
Mempunyai kemahiran pemerhatian dan analisis;
Mempunyai emosi yang stabil dan berkebolehan untuk membuat keputusan dalam waktu kecemasan;
Sihat tubuh badan, kebolehan mental dan stamina fizikal
Boleh menghadapi perubahan mengejut dari rutin kepada krisis dan sebaliknya;
Berkemahiran berkomunikasi;
Sentiasa ingin tahu tentang bagaimana ubat-ubatan boleh memperbaiki hidup; dan
Kemahiran dalam kebolehan pengurusan
Kelulusan
Ijazah
dalam ilmu perubatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan serta telah berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia.
Gaji Dan Faedah-Faedah Lain
Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1,884.30
ETP RM 165.00
EKA RM 170.00
Elaun Kritikal RM 500.00
Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 5,500.00
Prospek Kerjaya
Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan klinik di seluruh negara.
Di
sektor swasta pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital swasta dan
klinik-klinik dan bagi mereka yang telah disahkan oleh panel perubatan
bolehlah membuka kliniknya sendiri.
Seorang Doktor Perubatan juga
boleh melanjutkan pelajarannya dengan pengkhususan dalam bidang-bidang
tertentu seperti pakar bedah, pakar saraf, pakar telinga, hidung,
kerongkong dan lain-lain.
Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut :-
Selepas lulus MBBS mereka perlu menamatkan setahun Kursus Klinikal sebelum berdaftar sepenuhnya dengan Majlis Perubatan.
Latihan
dalam bidang perubatan boleh didapati dari Institut Pengajian Tinggi
Sektor Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Sektor Swasta (IPTS).
Universiti Malaya
Universiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Sains Malaysia
Universiti Putra Malaysia
Universiti Islam Antarabangsa
Universiti Malaysia Sarawak
Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut:-
Sedaya College,
International Medical University (IMU)
Syarat-Syarat Kemasukan
SPM
atau setaraf termasuk sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran
Bahasa Malaysia, Biology, Physics, Chemistry, Matematik
sekurang-kurangnya 2 Prinsipal B dalam Biology, Chemistry dan Physics
dalam STPM atau setaraf.
Doktor Pergigian
Doktor Pergigian
menggunakan pengetahuan sains perubatan untuk mengesan, mencegah dan
merawat penyakit-penyakit pergigian, kecederaan dan kecacatan bentuk
pada gigi, gusi dan struktur mulut yang berkaitan serta memprekripsikan
ubat dan melakukan tindakan pencegahan.
Keterangan Tugas
Memeriksa gigi, gusi, rahang dan tisu mulut yang lain dengan menggunakan peralatan pergigian dan x-ray;
Membuat diagnosis, memberi nasihat mengenai pergigian dan memberi rawatan pergigian yang diperlukan;
Membersih, menampal lubang dan mencabut gigi yang rosak atau cacat;
Membuat inai dan korona buatan untuk menggantikan gigi;
Merekabentuk,
membuat dan memasang gigi palsu penuh dan sebahagian, ortodontik dan
alat pergigian lain serta menjalankan kerja pemasangan titian gigi;
Memberi rawatan pembedahan, perubatan dan rawatan lain bagi penyakit dan gangguan pergigian atau mulut tertentu;
Menganjurkan program umum bagi mengekalkan atau mempertingkatkan piawaian kesihatan mulut dan penjagaan kesihatan pergigian;
Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;
Menyelia pekerja lain.
Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Di Antaranya:
Doktor Pergigian
Pakar Pedodontik
Pakar Prostodontik
Pakar Periodontik
Pakar Ortodontik
Doktor Pergigian, Pembedahan Mulut
Ciri-Ciri Peribadi
Doktor
pergigian memerlukan gabungan pengetahuan perubatan, kemahiran
klinikal, kekuatan manual dan minat untuk bekerja dengan orang pelbagai
usia dan latar belakang. Sebagai tambahan, mereka juga perlu :
Sihat tubuh badan;
Mempunyai ketangkasan manual dan visual;
Pintar;
Berkemahiran dalam menjalinkan hubungan perseorangan;
Sikap yang menyenangkan dan mententeramkan;
Minat dalam bidang fizik, kimia dan biologi;
Suka bergaul dengan orang.
Kelulusan
Ijazah
dalam ilmu pergigian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan serta diterima berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia.
Gaji Dan Faedah-Faedah Lain
Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1,739.10
ETP RM 165.00
EKA RM 170.00
Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 5,000.00
Prospek Kerjaya
Di
sektor awam pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan pusat-pusat
kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan dan kor perubatan dan
pergigian Angkatan Tentera dan universiti-universiti.
Di sektor
swasta pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan klinik-klinik
swasta. Doktor Pergigian juga boleh membuka klinik pergigian
persendirian.
Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut :
1. Universiti Malaya
2. Universiti Kebangsaan Malaysia
3. Universiti Sains Malaysia
Syarat-Syarat Kemasukan
SPM
atau setaraf dengan 5 kepujian termasuk Bahasa Malaysia, Biologi,
Fizik, Kimia, Bahasa Inggeris. STPM atau setaraf dengan
sekurang-kurangnya Gred E dalam kertas am dan lulus penuh dalam Biologi,
Kimia dan Fizik dan lulus penuh dalam salah satu daripada Ekonomi,
Pengajian Perniaggan, Perakaunan, Matematik dan Komputer.
Doktor Haiwan
Doktor
Haiwan terlatih dan berkelayakan secara perubatan. Mereka akan membuat
diagnosis dan mempreskripsikan rawatan perubatan atau pembedahan bagi
penyakit dan kecederaan haiwan. Mereka memberi nasihat kepada tuan punya
haiwan, menghapuskan haiwan yang sakit atau tidak diperlukan, memberi
imunisasi melawan virus am dan penyakit bakteria serta menjalankan
pemeriksaan bedah siasat.
Keterangan Tugas
Menjalankan pemeriksaan dan membuat diagnosis terhadap penyakit atau kecederaan haiwan;
Melakukan rawatan pembedahan atau perubatan veterinar;
Memberikan perkhidmatan obstetrik kepada haiwan;
Memeriksa ternakan tenusu dan ternakan lain serta menginokulasi haiwan untuk mencegah penyakit;
Memberi nasihat berkaitan kebersihan, makanan, pembiakan dan penjagaan haiwan;
Memeriksa
kualiti, kebersihan dan keselamatan makanan yang dibuat seluruhnya atau
sebahagiannya daripada bahan mentah berpunca daripada haiwan untuk
dijadikan makanan manusia;
Membantu dalam epidemiologi, radiology dan pengawasan lain berkaitan kesihatan haiwan;
Menjalankan bedah siasat untuk menentukan punca kematian;
Menyediakan dokumen dan laporan saintifik;
Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;
Menyelia pekerja lain.
Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Di Antaranya:
Pakar Veterinar
Pakar Bedah, Veterinar
Pakar Veterinar, Kesihatan Awam
Ciri-Ciri Peribadi
Minat pada binatang tanpa perasaan sentimental, geli atau takut;
Perwatakan yang menenangkan dan bertanggungjawab;
Kemahiran dalam perniagaan dan asas akaun;
Kesihatan fizikal, kekuatan dan stamina;
Bergantung pada diri sendiri dan bersedia bekerja pada waktu yang kurang menarik;
Tidak alah pada binatang atau burung;
Kecenderungan dalam bidang sains;
Kemahiran berkomunikasi dan berhubung dengan orang awam;
Daya pemerhatian dan pertimbangan yang kuat;
Mengambil-tahu tentang perkembangan dalam perubatan kedoktoran haiwan masa kini;
Mengambil tahu tentang perkembangan dalam perubatan veterinar masa kini.
Kelulusan
Ijazah
Doktor Perubatan Veterinar atau Ijazah dalam ilmu Perubatan Veterinar
atau dalam bidang Sains Veterinar yang diiktiraf setaraf dengannya dan
berdaftar di bawah Akta Doktor Veterinar 1974.
Gaji Dan Faedah-Faedah Lain
Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1,709.40
ETP RM 165.00
EKA RM 170.00
Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 5,000.00
Prospek Kerjaya
Di
sektor awam pemegang ijazah Doktor Perubatan Veterinar boleh memasuki
perkhidmatan veterinary yang terlibat dalam kesihatan umum veterinary
dan pengeluaran ternakan. Peluang pekerjaan sebagai pegawai penyelidik
terdapat di pertubuhan-pertubuhan penyelidikan perubatan, universiti,
MARDI dan beberapa projek usahasama di bidang ternakan antara perbadanan
kemajuan negeri dengan pertubuhan-pertubuhan swasta seperti Johor
Tenggara, DARA Beef, Pahang Beef.
Di sektor swasta pula terdapat
peluang pekerjaan sebagai pegawai haiwan, pegawai analisa projek,
pengurus, pegawai penyelidik dan yang berkelayakan boleh menjalankan
perusahaan atau perniagaan veterinar sendiri.
Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut :
Universiti Putra Malaysia
Di
luar negara contohnya United Kingdom pemegang ijazah veterinar boleh
menjadi ahli Royal College of Veterinary Surgeons dan seterusnya menjadi
Doktor Haiwan.
Syarat-Syarat Kemasukan
SPM atau setaraf dan kepujian dalam Kimia, lulus STPM dengan sekurang-kurangnnya Gred E dalam Biologi.
Ahli Farmasi
Ahli
Farmasi terlibat dalam pembancuhan dan pembekalan ubat-ubatan mengikut
priskripsi doktor atau formula yang tertentu. Mereka menggunakan konsep
dan teori farmaseutikal dalam penyediaan serta pendispensan ubat-ubatan
dan dadah serta menjalankan penyelidikan mengenai pengeluaran,
penyimpanan, kawalan kualiti dan pengedaran dadah dan bekalan yang
berkaitan
Keterangan Tugas
Menyediakan atau mencegah
penyediaan ubat-ubatan mengikut preskripsi pengamal perubatan, pergigian
dan veterinar atau formula yang ditentukan;
Menyemak preskripsi
untuk menentukan dos yang dicadangkan tidak melebihi hadnya dan arahan
difahami oleh pesakit serta memberi nasihat mengenai kemungkinan
ketidaksesuaian dan kontraindikasi dadah;
Mendispens ubat-ubatan dan dadah di hospital atau menjualnya di farmasi;
Menyimpan fail preskripsi dan merekod keluaran narkotik, racun dan dadah yang membentuk tabiat;
Menasihati pesakit mengenai padanan generik dan kos terendah bagi dadah;
Mengadakan piawaian bagi dadah yang digunakan dalam farmaseutikal;
Menguji dadah untuk menentukan identity, ketulenan, kekuatan dan keselamatannya;
Menjalankan penyelidikan untuk membangunkan atau mempertingkatkan produk farmaseutikal, kosmetik dan kimia yang berkaitan;
Menentukan
pembungkusan yang paling sesuai bagi bahan perubatan untuk mengelak
daripada kerosakan serta memudahkan penyimpanan dan pengedaran;
Menjual
dadah yang tidak dipreskripsi, bekalan bilik pesakit, kelengkapan
dandanan diri, kosmetik dan barangan komersial yang lain;
Menyediakan dokumen dan laporan saintitik;
Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;
Menyelia pekerja lain.
Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Diantaranya:
Ahli Farmasi
Ahli Farmasi, Perindustrian
Ahli Farmasi, Runcit
Ahli Farmasi, Hospital
Ciri-Ciri Peribadi
Minat berkhidmat kepada orang ramai;
Keupayaan bekerja dalam satu pasukan;
Daya mengenalpasti maklumat;
Darjah integriti yang tinggi;
Peka dalam menjalankan tugas;
Berdikari;
Kemahiran dalam membuat keputusan; dan
Standard etika yang tinggi
Kelulusan
Ijazah
dalam bidang farmasi atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan telah berdaftar dengan
Lembaga Farmasi Malaysia.
Gaji Dan Faedah-Faedah Lain
Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1,521.30
ETP RM 165.00
EKA RM 170.00
Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 5,000.00
Prospek Kerjaya
Di
sektor awam ahli farmasi terdapat di jabatan-jabatan kerajaan di bawah
Kementerian Kesihatan seperti di hospital-hospital dan dispensari.
Pekerjaan ini juga terdapat di institut pengajian tinggi seperti
universiti-universiti dan hospital pengajian. Mereka yang tekun dan
mempunyai pengalaman berpeluang dinaikkan ke pangkat yang lebih tinggi.
Di
sektor swasta pekerjaan ini terdapat di industri-industri farmasi yang
terlibat dalam pengeluaran dan pengedaran atau penjualan ubat-ubatan di
hospital swasta
Latihan
Intitusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut :-
1. Universiti Malaya
2. Universiti Kebangsaan Malaysia
3. Universiti Sains Malaysia
Syarat-Syarat Kemasukan
SPM
atau setaraf dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia dan STPM atau
setaraf sekurang-kurangnya Gred E dalam kertas am dan 2 subjek lain,
atau Gred E dan Gred R dalam 2 subject lain (lulus dalam Biologi dan
Kimia pada peringkat STPM).
Doktor Sakit Puan
Keterangan Tugas
Menentukan jenis penyakita dan merawat kesakitan pada bahagian anggota kelamin permpuan.
Memeriksa badan dan menentukan jenis penyakit yang dihidapi.
Melakukan ujian rawatan kecil dengan pemeriksaan histopathologikal.
Memberi rawatan penyakit atau melakukan pembedahan.
Ciri-Ciri Peribadi Sebagai Seorang Doktor Sakit Puan
Prihatin terhadap manusia, tentang masalah mereka, keperluan serta kesusahan mereka.
Mempunyai sifat belas kasihan, berakal, bertenaga, sabah dan tabah.
Mempunyai kemahiran pemerhatian dan analisis.
Mempunyai emosi yang stabil, dan berkebolehan untuk membuat keputusan dalam waktu kecemasan.
Berkemahiran berkomunikasi.
Boleh menghadapi perubahan mengejut dari rutin kepada krisis dan sebaliknya.
Kelulusan Yang Diperlukan
Ijazah
doktor perubatan (MBBS) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan serta telah berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia.
Gaji Dan Faedah-Faedah Lain
Sektor Awam : Gaji Permulaan RM1884.00
ETP RM 165.00
EKA RM 170.00
Elaun Kritikal RM 550.00
Prospek Kerjaya
Peluan
pekerjaan dan prospek kerjaya adalah baik sama ada di sektor awam
ataupun swasta. Mereka boleh membuka klinik sendiri setelah berkhidmat
dengan kerajaan atau hospital swasta. Di sektor awam mereka boleh
meningkat ke peringkat JUSA (Jawatan Utama Sektor Awam). Mereka juga
boleh menjadi pakar perunding.
Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut :-
1. Universiti Malaya
2. Universiti Teknologi Malaysia
3. Universiti Sains Malaysia
4. Universiti Putra Malaysia
5. Universiti Islam Antarabangsa
6. Universiti Malaysia Sarawak
Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut:
Sedaya College, International Medical Universiti
Syarat-Syarat Kemasukan
SPM
atau yang setaraf dan sekurang-kurangnya mendapat 5 kepujian dalam mata
pelajaran Bahasa Malaysia, Biologi, Fizik, Kimia, Matematik atau
Sekurang-kurangnya mendapat 2 prinsipal B dlm mata pelajaran biologi, kimia fizik dalam STPM atau yang setaraf.
Kerjaya Di Bidang Kejururawatan
Bidang
kejururawatan tergolong di dalam bidang perubatan. Bidang ini
menyediakan penjagaan kejururawatan kepada pesakit, cedera dan orang
lain yang memerlukan penjagaan yang seumpamanya dan menangani kes
kecemasan sewaktu ketiadaan doktor. Pekerjaan yang tergolong di bidang
kejururawatan seperti berikut:
1. Jururawat
2. Jururawat khusus
3. Jururawat perindustrian
Keterangan Tugas
Membantu
doktor perubatan dalam tugas memberi ubat, menggunakan pembalut
pembedahan dan memberi jenis rawatan lain di bawah arahan doktor
perubatan.
Membantu memberi rawatan pertolongan cemas seaktu kecemasan.
Membantu menyediakan rawatan fizikal dan psikiatri kepada pesakit mental.
Menyediakan penjagaan kejururawatan, rawatan dan nasihat kepada pesakit.
Menyediakan penjagaan kejururawatan kepada pesakit di rumah mereka.
Menyediakan perkhidmatan penjagaan dan nasihat kejururawatan kepada masyarakat atau di tempat kerja.
Ciri-Ciri Peribadi
Suka berkawan
Lemah lembut
Suka menolong
Sukakan kegiatan fizikal
Pandai mewujudkan hubungan antara individu
Sukakan suasana dan pekerjaan sosial
Kelulusan
Diploma Kejururawatan
Gaji Dan Faedah-Faedah Lain
Sektor Awam : Gaji Permulaan RM830.00
ETP RM
EKA RM
Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM1400.00 - 2230.00
Peluang Pekerjaan Dan Prospek
Peluang
pekerjaan bidang ini terdapat di hospital, klinik dan pusat-pusat
kesihatan sama ada di sektor awam dan swasta. Mereka boleh
dipertimbangkan ke jawatan Ketua Jururawat, Penyelia jururawat dan
matron.
Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut:
Sekolah Jururawat Yang Dikendalikan Oleh Kementerian Kesihatan
Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut:
Tun Tan Cheng Lock College Of Nursing, Assunta Hospital
Syarat-Syarat Kemasukan
Sekurang-kurangnya
mendapat kepujian di dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia atau
Inggeris, Matematik dan satu mata pelajaran Sains di peringkat SPM.
Ahli Psikologi
Ahli
psikologi menyelidik dan membuat kajian dalam pengurusan saintifik
berkenaan dengan kelakuan manusia. Ia merupakan suatu sains dan
menggunakan pengetahuan berkenaan untuk mempertingkatkan penyesuaian dan
perkembangan peribadi, sosial, pendidikan atau pekerjaan.
Keterangan Tugas
Merancang
dan menjalankan ujian untuk mengukur sifat mental, fizikal dan sifat
yang lain seperti kecerdasan, kebolehan bakat, potensi dan sebagainya,
mentafsir dan menilai keputusan serta memberi nasihat;
Menganalisis kesan faktor keturunan, sosial, pekerjaan dan faktor lain ke atas pemikiran dan kelakuan individu;
Mengadakan sesi kaunseling atau rawatan teraputik dan memberikan perkhidmatan susulan;
Mengekalkan
hubungan yang perlu seperti dengan ahli keluarga, pihak berkuasa
pendidikan atau majikan serta mencadangkan penyelesaian dan pengendalian
yang munasabah terhadap sesuatu masalah;
Mengkaji faktor psikologi
dalan diagnosis, rawatan serta pencegahan penyakit mental dan gangguan
emosi atau personaliti serta berbincang dengan professional yang
berkaitan;
Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;
Menyelia pekerja lain
Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Diantaranya:
Ahli Psikologi, Klinikal
Ahli Psikologi, Pendidikan
Ahli Psikologi, Pekerjaan
Ciri-Ciri Peribadi
Terdapat
ruang dalam bidang tersebut untuk mereka yang memiliki ciri-ciri
peribadi dan kemahiran yang pelbagai. Seorang yang suka pada
konsep-konsep dan penyelesaian matematik boleh menceburi cabang
psikometrik. Sebaliknya, mereka yang peka terhadap hubungan perseorangan
mungkin terdorong untuk bekerja secara langsung dengan klien yang
menghadapi masalah emosi. Sekiranya anda menggabungkan kemahiran
pertimbangan dan pemerhatian dengan minat yang mendalam terhadap
kanak-kanak, kerjaya sebagai penyelidik dalam cabang psikologi
pembangunan mungkin terbuka untuk anda. Walaupun terdapat banyak
pilihan, ahli psikologi mesti memiliki ciri-ciri berikut:
Minat terhadap orang dan kelakuan mereka.
Stabil secara emosi dan matang
Kemahiran berkomunikasi yang baik
Sedia bekerja secara berkumpulan
Kefahaman mengenai pengkaedahan saintifik dan statistik
Menghormati kerahsiaan klien
Menyukai keagamaan, berdikari, kebebasan dan pembuatan keputusan
Berfikir secara kreatif dan mampu menyelesaikan masalah
Tahap kepintaran yang tinggi
Tajam dan pemerhatian dan berkaedah
Rasa ingin tahu dan adil
Peka dan prihatin
Kesabaran dan kecekalan
Kelulusan
Ijazah Sarjana Muda Psikologi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf.
Gaji Dan Faedah-Faedah Lain
Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1419.00
ETP RM 165.00
EKA RM 170.00
Sektor Swasta : Gaji Permulaan Sektor Swasta mengikut keadaan pasaran kerja semasa
Prospek Kerjaya
Di
Sektor Awam ahli psikoligi boleh berkhidmat di Jabatan Penjara
Malaysia, Pensyarah-pensyarah di universiti-universiti sebagai pakar
pemulihan, Penyelidik, Kaunselor di Jabatan Perkhidmatan Awam.
Di
Sektor Swasta ahli psikologi boleh bekerja di bidang pentadbiran dan
pengurusan, perniagan dan perusahaan, pemasaran dan perhubungan awam,
perjawatan, perkhidmatan kesihatan. Peluang dalam bidang psikologi di
peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah akan menjanjikan masa depan yang
cerah, mereka boleh menubuhkan pusat penjagaan kesihatan mental,
perunding pembangunan sumber manusia dan peluang mungkin bertambah
apabila ahli psikologi mempertingkatkan kajian tentang kesan kemajuan
teknologi di masa akan datang terhadap manusia.
Latihan
Institut Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Adalah:
Universiti Malaya
Universiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Malaysia Sabah
Syarat-Syarat Kemasukan
Sekurang-kurangnya Gred D dalam kertas Am di peringkat STPM dan kepujian dalam matematik atau sains peringkat SPM.
Olahan semula dari:
http://laluandoktor.blogspot.com/p/senarai-ipta-ipts.html