Pages - Menu

Pages - Menu

Halatuju selepas PMR

Halatuju Selepas PMR (bahagian 1)




Myraudhatulukhuwah memerhatikan pelbagai reaksi pelajar yang mengambil keputusan peperiksaan PMR.

Suatu hal yang sering menjadi dilema ialah,

"Ke Mana Saya Selpas PMR, Cikgu?'

"Keputusan PMR saya7A 1B, adakah sekolah kita tawarkan aliran Sains cikgu?"

"PMR saya just cukup makan je cikgu. Saya nak jadi mekanik. Boleh ke saya teruskan belajar di sekolah ini? atau saya terus ke Giat Mara?"

Saya tidak pasti. Saya cuma beranggapan ramai pelajar lepasan PMR  yang masih dalam dilema untuk menetukan ke mana hala tuju mereka selepas PMR. Tanggapan awal myraudhatulukhuwah ini berdasarkan pengalaman dalam bidang pendidikan.

Mahu memilih aliran sains atau sastera? Teknik, MPV (Mata Pelajaran Vokasional di sekolah harian biasa) atau Vokasional di Sekolah Menengah Vokasional?  Atau perdagangan? Atau teruskan berada di aliran agama tulen tanpa mengambil Biologi dan Kimia bagi pelajar aliran agama penuh?

Belum lagi bab mata pelajaran yang hendak diambil. Hendak ambil mata pelajaran apa? Matematik tambahan? Biologi? Lukisan Kejuruteraan? Prinsip Akaun? Perdagangan?


Percayakah pelajar bahawa pemilihan tersebut akan banyak memberikan kesan kepada jalan-jalan yang akan mereka tempuh untuk mencapai cita-cita mereka?


Keputusan peperiksaan PMR  adalah penting untuk  menjadi kayu ukur bidang apakah yang akan pelajar ambil semasa dalam Tingkatan 4. Aliran dan mata pelajaran yang pelajar ambil semasa di Tingkatan 4 akan menentukan bidang kerjaya pelajar akan datang.

Misalnya, jika pelajar itu ingin menjadi doktor, mestilah ada kelulusan yang baikd alam mata pelajaran Biologi. Jika ingin menjadi jurutera, salah satu mata pelajaran yang perlu diambil ialah Lukisan Kejuruteraan selain Fizik.

Jika ingin menjadi kadhi atau mufti, pelajar itu pula mestilah mempunyai kelulusan yang baik dalam aliran agama. Oleh itu, selepas PMR, pelajar itu mesti mengambil mata pelajaran yang bersesuaian dengan cita-citanya,  seperti Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan Al Quran dan As Sunnah.

Bagi pelajar lepasan PMR yang ingin mengambil aliran agama, pelajar berkenaan mestilah mempunyai asas dalam Bahasa Arab peringkat PMR. Selain kesinambungan mata pelajaran yang telah diambil semasa Tingkatan 1 lagi (iaitu aliran agama diambil sejak Tingkatan 1).

Setiap pelajar ada menyimpan hasrat dan cita-cita dan impian masing-masing. Mahu jadi apa 7 atau  8 tahun akan datang.

Menjadi seorang doktor perubatan atau jurutera, atau akauntan, ahli farmasi, arkitek, peguam, guru, jururawat, kerani dan sebagainya.

Untuk memahami tentang minat kerjaya dan mengenali personaliti anda, eloklah anda melakukan Ujian Personaliti Sidek Noah (Iventori Minat kerjaya, dan Iventori Personaliti Sidek).

Jika anda masih keliru dengan iventori ini, sila bertemu secara bersemuka dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling anda di sekolah. Ingat, usah malu berjumpa guru. Jadikan guru sebagai mentor anda dan teman.

Sekian

Di sini myraudhatulukhuwah sertakan artikel yang dipetik dari Utusan malaysia, Disember 2009 sebagai rujukan tambahan. Sumber, klik sini.

Hala Tuju Selepas PMR
Oleh Suliati Asri

ADA yang menangis gembira, ada yang sedih, meraung atau sekadar berdiam diri di sudut sunyi selepas menerima keputusan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), Khamis lalu. Mereka yang lulus cemerlang pasti sudah mencongak sekolah asrama penuh atau tingkatan empat aliran sains, sastera dan perdagangan.

Bagi yang gagal, adakah perlu mengulang semula atau mencari peluang lain yang berbentuk kemahiran atau teknikal? Ke arah mana hala tuju mereka selepas ini? Ketika inilah kebijaksanaan memilih penting kerana jika tersilap, ia akan memberi kesan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), malah peluang ke menara gading.

Jika minat untuk belajar masih membara, teruskan perjuangan ke tingkatan empat atau sekolah asrama penuh. Namun, jika semangat belajar tinggal nyawa-nyawa ikan, lebih baik memilih bidang lain yang ada kaitan dengan kemahiran atau teknikal.

Penolong Pengarah Unit Kaunseling, Sektor Kaunseling dan Disiplin, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran, Raja Mazlan Raja Shahdan, berkata ketika ini pelajar tiada masalah menentukan aliran atau sekolah yang diinginkan untuk meneruskan pembelajaran di tingkatan empat. Beliau berkata, semua pelajar tahu untuk memilih kesesuaian aliran berdasarkan kecenderungan diri atau minat kerana kementerian sudah memberi panduan kepada mereka selepas selesai menempuhi peperiksaan PMR.

"Selepas peperiksaan PMR, pelajar digalakkan mengikuti kursus untuk mengetahui kecenderungan mereka sama ada akademik atau kemahiran.

"Selepas mendapat keputusan PMR, pelajar sudah tahu hala tuju mereka, tetapi sebarang pemilihan perlu mengambil kira keputusan yang diperoleh," katanya.

Kata Raja Mazlan, kebanyakan masyarakat berpendapat bahawa minat adalah sangat penting dalam membuat keputusan kerana jika berminat, pelajar mampu melakukan yang terbaik.

"Itu benar. Jika pelajar terbabit cenderung kepada kemahiran, dia sepatutnya mengambil bidang itu. Namun, ia juga bergantung kepada keputusan peperiksaan. Ini kerana untuk meneruskan pelajaran di sekolah teknik, ada subjek yang disyaratkan untuk lulus cemerlang, antaranya Kimia dan Fizik. Jika memenuhi syarat terbabit, peluang itu terbuka luas. Tapi jika sebaliknya, mereka perlu akur dan mengambil pilihan lain," katanya.

Apa yang penting, katanya, pelajar perlu berjumpa dan berbincang dengan guru kaunseling bagi mengelak membuat pilihan salah.

Mengulas mengenai keengganan pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang mengambil aliran sains atau mana-mana aliran yang dipilih pihak sekolah berdasarkan keputusan mereka, menurut Raja Mazlan, pelajar boleh membuat pertukaran, tetapi mengikut kekosongan yang ada."Perkara ini memang banyak berlaku terutama pelajar Melayu yang takut mengambil aliran sains walaupun memperoleh keputusan cemerlang.

"Jika tiada kekosongan dan pelajar tetap enggan ke aliran sains, mereka perlu memohon bertukar ke sekolah lain yang menawarkan aliran sastera atau perdagangan," katanya.

Untuk mewujudkan kelas mengikut aliran yang dikehendaki, minimum dalam satu kelas itu adalah 15 pelajar.Bagaimanapun, katanya, perkara berkenaan jarang berlaku kerana sebaik saja pelajar memulakan sesi persekolahan, mereka sekali lagi perlu mengikuti sesi orentasi khas.

"Sepanjang orentasi ini, pelajar akan diperkenalkan dengan semua subjek dan aliran satu persatu supaya mereka boleh memilih mengikut kesesuaian, keputusan dan minat. Pihak sekolah akan menentukan kelas yang bersesuaian mengikut keputusan mereka. Tetapi mereka masih boleh memilih apa yang mereka mahu," katanya

Apabila pelajar sudah faham dengan semua subjek yang ada, mereka sekali lagi mengikuti sesi orentasi sebelum membuat keputusan.Ia dilakukan supaya mereka benar-benar faham dengan aliran yang bakal mereka ambil dan hala tuju masa depan.

"Justeru, dilema menentukan aliran atau sekolah untuk meneruskan pembelajaran di tingkatan empat, sepatutnya tidak berlaku," katanya.

Menurutnya, dalam menentukan hala tuju pelajar, Kementerian Pelajaran bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi program Jom Masuk U untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar terutama tingkatan empat hala tuju selepas peperiksaan SPM.

"Mereka digalakkan mengunjungi pameran pendidikan yang diadakan. Ini membolehkan mereka merancang hala tuju dan pengkhususan yang sesuai dengan aliran yang mereka ambil," katanya

Mengenai keputusan PMR yang diumumkan Khamis lalu, beliau berkata bagi pelajar yang cemerlang, ini adalah permulaan ke arah masa depan lebih gemilang, tetapi jangan terlalu gembira kerana halangan seterusnya ialah SPM.

Sementara itu, keputusan PMR 2009 yang diumumkan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimudin Mohd Dom, meningkat apabila seramai 28,188 pelajar memperoleh A bagi semua mata pelajaran berbanding 26, 378 tahun lalu.

Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini ialah 2.83 berbanding 2.78 tahun sebelumnya. Manakala jumlah calon luar bandar yang mendapat semua A ialah 4,775 berbanding 4,345 pada 2008.Pada tahun ini, 87,936 pelajar melepasi tahap minimum A,B,C,D berbanding 88,565 tahun sebelumnya dan pelajar yang mendapat semua E pula adalah 123 orang daripada 159 pada tahun lepas.Untuk pelajar istimewa pula, daripada 134 yang mengambil peperiksaan itu tahun ini, tujuh orang mendapat semua A. Pelajar istimewa, Siti Raihan Abdul Nasir dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Syed Ahmad Kuala Nerang, Kedah, yang rabun, berjaya memperoleh 9A.

Halatuju selepas UPSR

Halatuju selepas UPSR

Hai...berdebar juga hati ini bila UPSR diumukan walaupun tiada anak yang mengambil peperiksaan ini tahun ini. E entah macam mana kan perasaan ibubapa calon dan juga calon sendiri. Tak lupa debaran para guru yang selama ini bertungkus lumus memerah keringat dan idea demi memastikan kejayaan anak-anak didiknya.

UPSR diumukan hari ini. Bagi yang berjaya, kegembiraan memayungi hati. Ucaplah syukur pada Allah. Ucapkanlah terima ksih kepada ibubapa, guru-guru dan guru besar,juga kepada sesiapa yang pernah membantu anda.Jangan merasakan dengan usaha anda sahaja yang menyebabkan anda boleh berjaya. Jadikanlah kejayaan anda pada hari ini sebagai motivasi untuk anda semakin berusaha gigih lagi pada amsa hadapan.

Bagi yang gagal, usahlah dilayan kesedihan sehingga sanggup mencederakan diri atau yang lebih malang lagi ada yang sanggup membunuh diri. Jadikan kegagalan anda hari ini sebagai kayu ukur keupayaan anda, minat anda dan kemampuan anda. Koreksi diri kembali. Carilah penyebab kegagalan anda dan perbaikilah. Usahlah menuding jari kepada A, B atau C. Menyalahkan orang lain dan keadaan yang berlaku dalam diri anda, dalam keluarga dan persekitaran adalah tindakan tidak bijak.

Kegagalan hari ini bukanlah gagal buat selamanya. Yakinlah, kejayaan pasti akan tiba satu hari nanti asalkan tidak ejmu berusaha. Menyebut tentang usaha, adakah kita telah merancang usaha kita agar terancang? Kerana jika berusaha dan bekerja tanpa perancangan, bermakna kita menempah kegagalan.

Adik-adik tentu terfikir, ke manakah aku selepas UPSR ini? Isk nak sekolah asrama ke sekolah tepi rumah ya? Nak sekolah asrama, result kena cun, koko kena gempaq, baru ada can masuk asrama. Belanja pulak tinggi. Kalau sekoleh sebelah tu, hmm... boleh ke aku dapat PMR cemerlang nanti? Begitulah antara persoalan yang bermain di fikiran sebahagian adik-adik yang abru menerima UPSR.

Sebenarnya,samada sekolah berasarama penuh atau sekolah harian biasa, mempunyai baik dan buruknya. Cuma, bagaimana kita menangani keadaan tersebut. Yang penting, tidak ada malunya bersekolah di sekolah harian biasa. Manakala yang ebrjaya menempatkan diri di SBP, hendaklah menggunakan peluang yang terbuka luas itu dengans ebaik-baiknya.

Sebagai ibubpa pula, selain terfikir hendak menghantar nak samada di sekolah harian biasa atau SBP atau sekolah agama berasarama penuh atau sekolah agama rakyat atau sekolah jenis lainnya...memang ia sringkali bermain di minda.
Bukan mudah membuat keputusan rumit ini. Kerana sesetengah anak-anak mempunyai kecenderungan dan minat yang tinggi terhadap sesuatu bidang yang mana kebetulan tidak berselari dengan impian ibubapa.

Sama-samalah berbincang dengan anak-anak, dan mohonlah petunjuk Allah dengan menunaikan Solat Hajat dan IStikharah.Mudahan beroleh penyelesaian yang baik ....

Hala Tuju Selepas SPM; Pra Dip Sains

Hala Tuju Selepas SPM :Pra Dip Sains


Syarat Kelayakan Pra Diploma Sains

FAKULTI PERAKAUNAN
Memenuhi Syarat Am Universiti Serta Syarat Khas Program












































Pra Diploma Sains
(1 tahun / 2 semester)

Nota:
Calon yang lulus program ini akan diserapkan ke program Diploma yang berasaskan Sains dan Teknologi
ATAU


  • Fakulti Pengurusan Maklumat

  • Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik

  • Fakulti Pengurusan Dan Teknologi Pejabat

  • Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (Bagi Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan )

  • Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (melalui proses temu duga)

  • Fakulti Komunikasi dan Pengajian
    Media
    (melalui proses temu duga)

  • Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi
    (melalui proses temu duga)


Sumber: http://www.e-syarat.uitm.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=103:syarat-kelayakan-pra-diploma-sains-&catid=87:pra-diploma&Itemid=77

http://www.e-syarat.uitm.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=90:syarat-kelayakan-pra-diploma-perakaunan&catid=87:pra-diploma&Itemid=77

http://istudent.uitm.edu.my/intake/home/main.asp?pg=frontpg

Always Be There

Allah Always Be There, puteriku



Tatkala ibu menatap wajahmu, kelihatan begitu sugul. Dirimu benar-benar kelihatan duka.  Hayunan tanganmu tidak sepantas gadis-gadis lain. Langkahmu begitu longlai.  Namun, ibu bersyukur, anakanda mempercayai ibu untuk anakanda berkongsi rasa hati.

Ibu cuba membuktikan dan menunjukkan emphati buatmu.

Walaupun anakanda datang secara 'walk-in' namun anakanda agak enggan untuk berkongsi. Syukurlah, ibu telah berpengalaman menemui anak-anak persis anakanda. Oleh itu, ibu belajar dari pengalaman bagaimana untuk menolong keadaan anakanda.

Ibu perasan. ketika membina hubungan rappo, ada riak-riak ceria pada wajahmu. begitu bersemangat dirimu menutur kata.

Namun ada sesuatu yang ibu myuskil. Ya, anakanada cuba menyembunyikan sesuatu.

Tanganmu yang beruniform sekolah itu, anakanda sorokkan di bawah meja.

Ketika ibu tetap memujuk mahu melihat tanganmu yang asyik cuba disorokkan, matamu memandang ibu mohon simpati.

Namun ibu tetap mahu melihat,apakah yang cuba disorokkan olehmu. Rupanya,dirimu telah cuba mengelar tangan...

MasyaAllah, apa yang sudah dilakukan oleh anakanda?

Ya Allah, saat itu bukan lagi emphati. Ibu sudah jadi simpati. Airmata kita berlinangan.

Alhamdulillah, Allah segera menghantar dirimu pada ibu dan ibu tahu ibu perlu bantu dirimu agar punyai celik insight.

Cuba untuk bunuh diri bukanlah jalan penyelesaian yang baik. Anakanda sendiri maklum, apa hukumnya bunuh diri di sisi Isam.

Bagaimana jika benar-benar darah mengalir terus tanpa henti di tanganmu itu? Bagaimana jika tiada siapa boleh membantumu ke hospital ketika itu?

Kehidupan Itu Indah. Ia terlalu singkat untuk kita tangisi. Terlalu pendek untuk kita ratapi.

Iman adalah jalan keselamatan. Usah bersedih hingga membawa putus asa dari rahmat Tuhan Yang Maha Esa.

Alhamdulillah, saat-saat akhir sebelum peperiksaan yang dirimu tempuhi, anakanda telah mempunyai semangat baru.

Iya anakanada. Andai jika selama bertahun-tahun anakanda boleh bersabar atas situasi itu, insyaAllah, perjuangan menempuhi SPM ini akan mengeluarkan anakanda dari 'penjara' itu.

Ibu bersyukur, setelah 3 kali pertemuan sesi kita, anakanda telah berubah menjadi gadis ceria. Alhamdulillah. Keceriaan anakanda, kegembiraan ibu jua.



Meskipun pada hari terakhir pertemuan kita, anakanda tidak mengucapkan salam perpisahan, ibu tetap iringimu dengan doa kesejahteraan. Kerana, kejayaan anakanda, beerti ia hadiah buat ibu dan teman-teman ibu yang lain.

Hari ini, selesai sudah kertas Matematik. Semoga anakanda berjaya menjawabnya dengan baik.

Harapan ibu, puteri ibu yang seorang ini terus berjaya mencipta bahagia dalam hidup. InsyaAllah, yang penting usah lupa solat ya sayang...kerna hanya Dialah yang paling dekat dengan kita.

Sebelum ibu mengundur diri,

Puteriku, ibu rasa, elok sekiranya kita sama-sama menghayati, apa yang cuba Cikgu Mohamad sampaikan.

Artikel beliau, "Jadilah Diri sendiri",  klik sini. dan

entry myraudhatulukhwuah, Usah Menangis Ia Bukan Milikmu, klik sini,Mahalnya Harga Remajamu, klik sini, La Tahzan , klik sini.

Sekian, wassalam....

p/s: Puteriku dalam konteks di atas bukanlah anak si ibu namun sebagai gambaran watak sebenar dalam penulisan ini. Kisah di atas adalah sebahagian pengalaman admin cikgukaunseling.com dalam proses menolong bantu insan lain. Puteri di atas kali terakhir menghubungi penulis cikgukaunseling.com telah berjaya dalam peperiksaan SPM Dan telah berjaya ke kolej. Sebenarnya puteri/klin saya ini hendak membunuh diri dan terdapat banyak kesan kelar di tangan klien ini. Alhamdulillah, kaunselor dengan izin Allah, dengan kemahiran kaunseling yang ada,  telah dapat membantu klien ini.

Khazanah Alam Di Tasik Kenyir Unik dan Misteri

Khazanah Alam Di Tasik Kenyir Unik dan Misteri


Kala mata ini menatap alam anugerah Allah SWT, timbul rasa takjub akan kebesaran Allah. Betapa beharganya alam ini untuk faedah manusia sejagat.

Sesungguhnya negara kita kaya dengan keindahan alamnya. Semoga kita peliharanya demi generasi akan datang.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana kawasan yang luas dan berbukit-bukit akhirnya berubah menjadi beratus-ratus buah pulau gara-gara ditenggelami air.

Kawasan takungan air seluas 260,000 hektar itu telah menyuburkan warisan alam semula jadi yang ada di sekelilingnya.

Tidak hairan jika sudah bertahun-tahun lokasi itu memukau hati ramai pengunjung hanya kerana pandangan kali pertama.

Itulah dia, Tasik Kenyir di Terengganu Darul Iman.



Tidak dapat dibayangkan bagaimana kawasan yang luas dan berbukit-bukit akhirnya berubah menjadi beratus-ratus buah pulau gara-gara ditenggelami air.

Begitu sekali tarikan kawasan akuatik di utara bumi Darul Iman ini. Dengan panggilan 340 buah pulau di tengah tasik, 14 air terjun, beberapa jeram serta sungai, Tasik Kenyir sememangnya menyimpan ribuan khazanah alam yang berharga.





KAYA DENGAN FAUNA DAN FLORA

Sama seperti pejuang alam sekitar yang lain, lelaki yang ditemui ini kurang bersetuju dengan pengusaha pelancongan atau resort yang mengganggu aturan itu dengan operasi karaoke, pusat hiburan dan ekspedisi pacuan empat roda yang melampau.

Memang benar, hutan hujan yang menyumbangkan kesegaran oksigen di Tasik Kenyir turut menjadi habitat bagi pelbagai hidupan flora dan fauna.

Pasti seronok para pencinta alam jika menemui spesies pokok pakis yang jarang ditemui, anggerik eksotik, atau unggas dan haiwan seperti enggang, gajah, cempelai dan juga harimau kumbang.

Mengikut brosur promosi pelancongan yang dipetik daripada rekod Jabatan Perhilitan, Tasik Kenyir dan belantara di sekelilingnya menjadi rumah bagi lebih daripada 8,000 spesies bunga, 2,500 spesies pokok dan tumbuhan termasuk 800 spesies orkid dan 300 spesies kulat.

Aktiviti Memancing Oleh Lubuk.Net





Jika anda mencari boathouse untuk memancing ke tasik Kenyir sama ada bersama keluarga, saudara mara mahupun sahabat handai di dalam kumpulan yang besar, LUBUK.NET ada menyediakan perkhidmatan pakej memancing, sewa bot, guide dan lain-lain lagi di Taman Negara.



Semasa membaca di sini, rasa geram pun ada. Maklumlah khabarnya, sekarang musim Badong keluar.

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

UJANG:012-974 7995

Ikan-ikan pelbagai jenis

Bagaimana agaknya aksi dan cabaran menaikkan baung, lampam, toman dan kelah di sini? Kajian terkini mendapati terdapat kira-kira 300 spesies ikan air tawar membiak di dalam Tasik Kenyir.

Kalau belum menandakan lokasi ini dalam rencana kunjungan akan datang, mungkin statistik itu membuatkan jantung si kaki pancing berdegup lebih kencang!

Bersiar dengan bot, berkayak, merentas hutan, ekspedisi pacuan empat roda dan panggilan padang golf adalah antara senarai riadah dan rekreasi yang popular di sekitar tasik yang menjadi pintu masuk ke Taman Negara melalui Tanjung Mentong ini.

Jika kawasan perkhemahan dan trek merentas hutan mudah disertai di sepanjang Sungai Saok, Lasir, Cacing, Lawit, Petang, Terenggan, Tembat dan Pulau Poh, aktiviti rentas hutan yang ekstrem pula menanti di trek laluan ke puncak Gunung Gagau.

Kompleks Gua-gua di Kenyir



Tidak ketinggalan ialah aktiviti meneroka gua. Selain Gua Taat, Gua Bewah sangat diingati kerana kisah kehidupan manusia prasejarah banyak diceritakan sepanjang usia kewujudannya.

Kedua-dua gua itu antara yang masih boleh dikunjungi ‘isi perutnya’ kerana tidak ditenggelami air sejak pembinaan Empangan Kenyir.

Gua Bewah





Gua Bewah juga dikenali sebagai Gua Tahi Kelawar . Najis burung kelawar menghasilkan tanah yang sangat subur khususnya di sekitar sepanjang tangga dari pelantar Bewah hingga ke pintu masuk gua dan kaya dengan tumbuhan keladi besar dan cili padi.

Tanjung Bewah dibangunkan sebagai tapak perkhemahan yang lengkap dengan tandas, pondok wakaf dan barbeque. Ramai pemancing mengunjungi Gua Bewah.

Perancangan Kerajaan Negeri

Memetik perancangan kerajaan negeri melalui kenyataan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said tahun lalu, Tasik Kenyir dijangka muncul dengan tarikan baru iaitu aktiviti jelajah pulau.

Sebanyak 10 buah pulau kecil yang terdapat di bahagian utara Tasik Kenyir akan dibangunkan mengikut tema tertentu.

Projek yang dilaksanakan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) itu akan menyaksikan pembinaan Taman Eko-Kenyir seluas 61 hektar di Pulau Selimbar, Pulau Tekak Kecil dan Pulau Kuala Tekak.

Khabarnya taman orkid, taman tropika, taman rama-rama dan taman burung akan dibangunkan di beberapa lokasi berhampiran.

Biar apa pun tujuannya, jangan pula terjadi apa-apa yang boleh mengorbankan keindahan yang sudah sedia ada di Tasik Kenyir. Datanglah ke sini dan alamilah sendiri!

Diolah Semula dari:

1) Kosmo, klik sini

2) Lubuk.net,klik sini dan  klik sini .

3) Terengganumyhertage, klik sini.

Bina Bahagia Jangan Benci Lelaki

Bina Bahagia Jangan Benci Lelaki

 


Artikel ini telah dipublish di blog saya di http://myraudhatulukhuwah.solihin.net/ kemudian dimuatnaik di blog cikgukaunseling setelah blog myraudhatukukhuwah saya 'berkubur'.

SEGALA puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA hari ini. Alhamdulillahirabbil a'lamin.

Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar nabi kita, Nabi Muhammad SAW, para ahli keluarganya, para sahabat dan para pejuang-pejuang Islam yang telah berjuang untuk mengeluarkan umat manusia daripada alam kegelapan (jahiliah) kepada alam yang penuh dengan nur ilmu pengetahuan sepertimana kita kecapi dan nikmati pada hari ini.

Assalamualaikum kepada pelayar Muslim teratak Jurnal Kehidupan ini, dan selamat sejahtera kepada semua.

Alhamdulillah, Hari Rabu yang nyaman. Apa khabar pembaca myraudhatulukhuwah?  Walaupun cuaca di tempat myraudhatulukhuwah ini masih hujan renyai, syukur kerana  air di kali tidak melimpah lagi.

Lalu sekali pagi, pagi ini saya cuba mencatat sesuatu. Dedikasi buatmu, puteriku sayang, puteri harapan. Juga catatan buat diri ini yang selalu alpa....

MASA LALU BIARKAN BERLALU

Puteriku sayang,

Meskipun hatimu luka tercalar. Meskipun ingatan mu takkan terhapus.

Meskipun, dirimu mengganggap  lelakilah punca dirimu rosak dan terjebak ke lembah hina.

Percayalah, dalam hidup ini masih ada sinar untuk dirimu.

Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya, merupakan suatu tindakan yang bodah dan gila.

Itu sama ertinya dengan membunuh semangat, membunuh harapan dan menghalangi orang lain untuk menjalani kehidupan seadanya.

Bagi orang yang berfikir, peristiwa masa lalu, akan dilipat dalam lipatan sejarah hidupnya. Ia tidak akan dilihat kembali. Bagaikan kita harus mengurung dan mengikatnya di penjara, mengikatnya dengan tali yang sangat kuat.

Masa lalu, seandainya kita masih meratapinya, wahai puteriku sayang, ia hanya kan menyiat robekkan hatimu. tatapilah dan nikmatilah masa kini. Hayatilah keindahan istana yang kita miliki sekarang.

HITUNGKAN KESYUKURANMU BUKAN KESENGSARAANMU



Puteriku sayang,

Apakah puteriku merasakan, berjalan dengan kedua kaki itu merupakan suatu yang biasa? Sedangkan, masih ramai manusia lain yang tidak dapat berjalan dengan kakinya? Bahkan ada yang tiada langsung kakinya?

Ada di kalangan mereka, hendak bergerak pun memerlukan bantuan insan lain? Atau alat sokongan lain.

Apakah puteriku merasakan, berdiri dengan kedua betis itu suatu yang mudah? Padahal telah ramai manusia yang hilang kedua betisnya atau hilang upaya untuk bediri dengan kedua betisnya?

Apakah puteriku merasakan, bahawa merasai nikmatnya tidur, dengan memejamkan mata adalah suatu yang biasa? Sedangkan ada insan lain, yang tidak dapat memejamkan matanya dan tidak dapat tidur kerana rasa sakit yang mengganggunya?

Puteriku sayang,

Setelah puas kita merenung di sekeliling kita, setelah puas kita berfikir...maka apakah kebencian itu masih lagi bersisa?

Percayalah ia hanyalah peristiwa masa lalu. Sekarang ia telah berakhir.

Usahlah membenci lelaki. Usah lah terus-terusan membenci lelaki kerana masih ada lagi lelaki yang baik di dunia ini untuk wanita yang baik seperti puteriku sayang.

Meskipun Ada kisah-kisah negatif tentang lelaki,

Meskipun Ada isu begini, Murtad kerna Digantung Tak Bertali, klik sini.

Dan Begini, Isteri Hamil Dikelar Suami, klik sini.

Bak kata Maher Zain, (ANIS, DISEMBER 2010),

"Sepatutnya kita bersyukur dengan detik-detik hitam yang pernah kita lalui, kerana dnegan peristiwa itu, ia buat kita jadi matang dan lebih baik daripada yang dulu."

Percayalah puteriku sayang,

Keadilan Allah ada di mana-mana.

Puteriku Sayang,

Antara entry saya sebelum ini, mungkin boleh dirimu tatapi.

La Tahzan, klik sini.

Cinta Tolong Khabarkan Kepadanya, klik sini.

Entry sebelum ini, Duhai Lelaki, klik sini.

Lelaki Acuan Al Quran, klik sini.

Antara Syurga Cinta & Neraka Cinta, klik sini.

Be A Great Couple In Islam, klik sini.



Puteriku Sayang,
Surah Al-Baqarah, ayat 286:

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata):

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah."

"Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. "

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

Doa Seandainya jatuh cinta:
"Ya Allah, jika aku jatuh cinta,

cintakanlah aku pada insan yang mencintaiMu Ya Allah,

agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu...AMEEN"

Percayalah puteriku, terimalah kehadiran lelaki itu dalam hidupmu. Kerana perkahwinan itu sunnah.



Sabda Rasulullah s.a.w

Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.

Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah.

Dalam Islam, perkahwinan adalah suatu ibadat dan sunnah Rasulullah s.a.w. yang merupakan perlaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia.Orang yang berkahwin akan dapat mengatur suatu kehidupan yang baik, sempurna, dan penuh bertanggungjawab.

Mereka ini adalah golongan yang berjaya melaksanakan amanah yang diberi, iaitu sebagai khalifah Allah yang mempertahankan peradaban dan tamadun manusia.
Orang berkahwin bertanggungjawab secara keseluruhannya terhadap rumah tangga dan ahli keluarga.

Segala perbuatan yang dilakukan demi kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga mendapat pahala daripada Allah. Perkahwinan merupakan suatu sunnah Rasulullah s.a.w bagi meneruskan dakwahnya mengatasi masalah sosial dalam masyarakat, mewujudkan perpaduan di kalangan umat Islam untuk melahirkan generasi yang soleh.

Lirik Insha Allah, Maher Zain.

INSYAALLAH

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astraYou’re the only one that showed me
the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

Jika ada orang datang meminang:

Rasululluah SAW telah bersabda:

"Apabila datang kepada kamu peminang yang engkau puas hati dengan agamanya dan kelakuannya, maka kahwinkanlah dia. Jika tidak kamu lakukan, akan berlaku fitnah di atas muka bumi, dan kerosakan yang berpanjangan".

(Hadith Riwayat at-Termidzi)

Marilah bersama menjana bahagia hakiki.

Sekian, terima kasih. Wassalam

Doa Menghadapi Peperiksaan

Antara Doa Menghadapi Peperiksaan



Doa mohon Kecergasan

Doa Sebelum Masuk Peperiksaan




(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)

Doa Apabila terlupa Semasa Manjawab Soalan



(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu. Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)

Secara ringkasnya adab berdoa adalah seperti berikut:

1.    Berwudhuk (suci dari hadas kecil dan besar)
2.    Menutup aurat
3.    Menghadap Qiblat
4.    Dalam keadaan khusyu'
5.    Tidak tergesa-gesa
6.    Mulakan dengan memuji Allah seperti Alhamdulillah..
7.    Berselawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W
8.    Membaca dengan penuh penghargaan dan penghayatan
9.    Akhirkan dengan selawat dan salam
10.  Sebaik-baiknya fahamilah isi kandungan doa itu


Kelebihan berdoa banyak diterangkan dalam al-Quran dan hadis. Selain menjadi inti pati ibadah, doa adalah penghubung di antara hamba dan khalik (pencipta). 

Hanya dengan beberapa patah perkataan atau diniatkan segala permintaan dalam hati kepada Allah, hakikatnya ia tetap dikelaskan dalam jenis berdoa. Oleh itu, amalan berdoa bukan sesuatu yang sukar sebaliknya boleh dilakukan sepanjang masa tidak kira sama ada anda berada di dalam kereta, di majlis2 tertentu, di pasar2 dan di mana sahaja. 

Ia bertepatan dengan firman Allah maksudnya: "Minta doalah daripada-Ku, aku menerima doamu." (Surah al-Mukmin, ayat 60) Doa bukan hanya ibadat, malah otak ibadah seperti yang diterangkan Rasulullah saw, maksudnya: "Doa itu adalah otaknya ibadat." - (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari) Ibadat yang dilakukan tanpa doa dapat diumpamakan seperti manusia yang tidak mempunyai akal (tidak berotak).

Ketika berdoa, setiap Muslim perlu mematuhi adabnya supaya ia lebih mustajab. 

Waktu berdoa diambil kira ketika berdoa.

Antara waktu paling sesuai ialah ketika sujud, ketika ingin mengerjakan solat fardu dan di antara dua khutbah. Umat Islam juga digalakkan menghadap kiblat sambil mengangkat dua belah tangan hingga nampak ketiak ketika berdoa. Selepas selesai berdoa pula, disyaratkan seseorang menyapu dua tangan ke muka.

Satu perkara perlu dipatuhi ketika berdoa ialah tidak sesekali berdoa dengan nada suara yang tinggi. Sebaliknya, umat Islam diminta agar berdoa dengan penuh perasaan takut, gerun, mengakui kehebatan dan kebesaran Allah serta khusyuk kepada-Nya.

Sekian,wassalam

Menjelang peperiksaan; Entry-entry yang lepas

 Menjelang Peperiksaan: Entry-entry yang lepas yang boleh ditatap
http://cikgubimbingan-kaunseling.blogspot.com/







SEGALA puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA hari ini kita rakyat Malaysia masih dapat mengecapi kehidupan yang aman damai dan sejahtera walapun negara ini mempunyai berbagai kaum, agama dan kebudayaan. Alhamdulillahirabbil a'lamin.

Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad SAW, para ahli keluarganya, para sahabat dan para pejuang-pejuang Islam yang telah berjuang untuk mengeluarkan umat manusia daripada alam kegelapan (jahiliah) kepada alam yang penuh dengan nur ilmu pengetahuan sepertimana kita kecapi dan nikmati pada hari ini.

Para pelajar boleh membaca entry saya sebelum ini. Antaranya:
1) Langkah Bijak Menjelang Peperiksaan, klik sini.
2) Disiplin Diri Penentu Kecemerlangan, klik sini.
3) Bagaimana Membuat Nota Yang Baik, klik sini.
4) Tips Pelajar Cemerlang: Nur Syuhadah, klik sini.
5) Belajar Untuk Peperiksaan, klik sini.
6) Bagaimana Membuat Nota Yang Baik?, klik sini. 

Sekian, wassalam.

Good Luck For SPM & STPM

Good Luck, ALL THE BEST




Bismillahirrahmanirrahim..

The examination is around the corner..The preparation should be started earlier, but due to my own mistakes, its started a bit late.. still in the progress...The mind should be clearer.. No more unimportant matters should disturb my mind..

To all form 5 students. So, wish u all the best to all SPM's candidates.

To all upper 6 students. So, wish u all the best to all STPM's candidates.
  1. Student's of SMK JENGKA PUSAT 2, Bandar Pusat Jengka, Pahang Darul Makmur.
  2. My siblings and my cousins.
  3. Students 1 Malaysia.
 The target is always to be better.. 

Remember, we're not looking for only pass, but the excellent should be mind without too over confident.

The efforts should be added more and more. The hard efforts will determine the meaning of success.

.The du'a should be regular... followed by Tawakal that only Allah knows everything..

Whatever it is.. Good luck in everything that you do.

The harder, the better...
The better, the more satisfaction...
Bittaufiq wannajah...Fit Imtihan An Nahai InsyaAllah...

BeBahana Chatting

Bahana Cinta dari chatting


"TELEFON dan komputer alat penghubung dan lambang kemajuan. Namun alat itulah juga punca segala-galanya, menghubungkan dan memutuskan. Ada orang bercerai melalui telefon, ada yang berkenalan melalui Internet. Begitulah yang berlaku pada saya, bukan bercerai tetapi dapat kawan.

‘‘Mula-mula chatting, tak sangka pulak lama-kelamaan jadi seronok akhirnya jatuh cinta dengan lelaki bernama Sam yang mengaku bujang. Peristiwa ini berlaku kira kira lapan tahun lalu. Walaupun perkenalan di alam maya dan berjauhan, tapi kami serius dalam masa tak sampai setahun.’’ Demikian cerita Nooratila dalam emelnya.

‘‘Bila dah seronok chatting mulalah nak ajak jumpa, seorang di utara seorang di selatan. Tapi kata Sam itu semua bukan masalah, kita boleh naik kereta, bas ataupun keretapi untuk berjumpa. Zaman ini semua dah canggih yang jauh boleh didekatkan.

‘‘Dipendekkan cerita KL jadi destinasi lokasi pertemuan kami. Bila empat mata bertemu maka ikatan cinta kami menjadi semakin kuat. Ketika itu tidak ada siapa boleh memisahkan kami.

‘‘Bila dah berjumpa terasa macam serasi pulak, ketika inilah telefon menjadi alat pilihan pertama. Malangnya telefon juga jadi alat merosakkan hubungan kami.

‘‘Sangkakan cinta kami ibarat panas hingga ke petang, rupanya ribut taufan di tengah hari. Semuanya bermula bila gelora cinta memaksa saya menghubungi Sam. Nak jadi cerita panggilan saya hari itu dijawab oleh seorang wanita. Sepantas kilatsaya kenalkan diri sebagai teman sepejabat, apabila wanita itu bertanya.

‘‘Di talian saya terdengar tangisan anak-anak. Wanita itu menjawab suaminya masih mandi. Nak pitam saya cuba kawal perasaan marah, sebab dah kena tipu. Sam rupanya suami orang. Malam itu saya menangis kerana sedih ditipu.

‘‘Esoknya saya serang Sam di telefon, mengaku bujang konon rupanya dah beranak pinak. Sam ajak jumpa di KL nak terangkan semuanya. Nak pujuklah tu.Cinta punya pasal saya pergi jumpa dia di KL.

‘‘Saya pun tak tahu macam mana saya boleh terus percayakan Sam sedangkan saya tahu dia dah kahwin.

‘‘Satu hari entah macam mana saya terkantoi, isteri Sam dapat nombor telefon saya, apa lagi sebu perut saya kena sumpah seranah. Saya terpaksa diam, dah tahu salah sendiri layan suami orang. Tapi bukan salah saya seorang, Sam yang mengaku bujang, kalau dari awal saya tahu dah kahwin, tak ada pasal saya nak layan dia.

‘‘Tetapi kalau hati dah suka nak buat macam mana, sampai sekarang kami masih berhubungan, dah tak boleh berpisah lagi. Bayangkan kini dalam diam tak diam hubungan kami mencecah lapan tahun. Dulu duduk berjauhan kini dah dua tahun saya berpindah dekat dengan negeri Sam. Dan sudah pasti kami sering berjumpa.

‘‘Lepas kerja dia ikut saya balik kami makan malam bersama. Kecuali kalau ada hal. Hujung minggu Sam datang jumpa saya. Dia buat alasan ada kerja lebih masa, kerja luar daerah dan macam-macam asalkan dapat bersama saya.

‘‘Dek kerana dah frust isteri Sam pun layan komputer, dia cerita pasal suaminya curang. Dari situ saya dapat emelnya, kami berhubung, dia tak tahu saya, sebab saya menyamar. Melalui komputer saya dapat tahu dia bencikan suaminya, dia kutuk suaminya curang, dia dah bosan dan tak kisah kalau berpisah pun.

maki hamun

‘‘Sebenarnya hubungan saya dengan Sam dah erat, malah kami pernah pergi bercuti ke luar negara bersama selama dua minggu tanpa pengetahuan isterinya. Banyak gambar kami bersama, kalau isterinya tengok pasti dia minta cerai, tetapi saya masih sabar dan lihat apa tindakan dia dan Sam sendiri.

‘‘Sam tak tinggalkan saya sebab dia tahu siapa yang banyak bantu dia selama ini. Jadi biarlah dia buat keputusan. Siapa yang belikan laptop untuk anaknya masuk kolej, siapa bayar yuran kolej dan asrama anaknya. Dan siapa yang banyak bantu Sam yang sering kekurangan duit untuk menguruskan kehidupan keluarganya.

‘‘Isteri Sam tak pernah ambil tahu daripada siapa suaminya dapat duit untuk membiayai perbelanjaan anaknya melanjutkan pelajaraan. Dia tak pernah peduli dalam banyak hal urusan rumahtangga, sebab semua Sam uruskan. Tiap-tiap minggu saya dan Sam akan belikan barang keperluan dapur mengikut kehendak isterinya.

‘‘Kami pernah terlanjur, sebab itu susah nak berpisah, saya pernah ajak Sam kawin, tapi alasan dia takut tak boleh berlaku adil. Malangnya saya tak boleh berpisah dengan Sam. Dan saya tak nampak lelaki lain kecuali Sam.

Sam banyak habiskan masa dengan saya. Setiap hari dia balik ke rumahnya jam 10 malam. Kami makan tengah hari dan malam bersama. Jadi berapa jam sangat dia dengan isterinya di rumah selepas ditolak waktu bekerja?

‘‘Kalau difikirkan memang saya bodoh layan suami orang dan habiskan banyak wang tanggung anak bini orang, tapi saya tak ada teman lelaki lain. Tak tahu sampai bila saya mesti hidup begini, menagih cinta suami orang dan janji kahwin yang belum pasti.

‘‘Kadang tu bila tidur sendirian saya sering terfikir bila agaknya Sam mahu ambil saya sebagai isterinya yang sah. Kerana saya sudah menunggu terlalu lama, umur pun semakin meningkat, jadi sampai bila saya mesti bersabar?”

Demikian luahan hati Nooratila bercinta dengan suami orang.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1017&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm

Kelab TaHa

Kelab TaHa



Assalamu'alaikum w.b.t kepada pelayar muslim teratak ini & Selamat Sejahtera kepada semua pelayar teratak  ini.


Bila disebut Tabung Haji, apakah yang terbayang di minda anda?



Sebenarnya bermula dari  kecil dan usia remaja riang ria, eloklah anak-anak menabung di Tabung Haji.

Ada kelab khas untuk anak-anak seusia 7 tahun hingga ke 17 tahun. Namanya Kelab TAHA. Dengan hanya RM2 anda sudah boleh membuka akaun di Tabung Haji.

  • SYARAT NAK JADI AHLI KELAB TAHA....


  • Individu beragama Islam

  • Warganegara Malaysia

  • Permaustatin tetap

  • Berumur 7 hingga 17 taun

  • Telah mempunyai akaun Tabung Haji. Jika belum,boleh membuka akaun Tabung Haji serendah simpanan minimum RM 2.00 di mana cawangan Tabung Haji di seluruh Malaysia

  • Mendaftar sebagai ahli kelab TaHa dengan mengisi borang yang boleh diperolehi melalui cara-cara berikut :

  • * Akhbar sisipan pendidikan Didik dan Minda Pelajar 2 kali seminggu (minggu kedua dan keempat) dalam akhbar Berita Harian

  • * Akhbar New Straits Times

  • * Semua pejabat Tabung Haji








Kelab TAHA (Kelab Tabung Haji) banyak keistimewaanya. Banyak kelebihan kalau para pelajar  sertai kelab TaHa. Antara kelebihan-kelebihannya :



  • setiap ahli akan memperolehi sekeping kad keahlian secara percuma

  • boleh membeli satu set buku rujukan keluaran Berita Harian Sdn Bhd (BHSB) dengan potongan harga sebanyak 15%

  • boleh melanggan laman web Bahasa Inggeris NSTP NIEXUS dengan potongan harga sebanyak RM20 (harga sebenar RM100)

  • berpeluang memenangi hadiah dengan menyertai peraduan yang akan disiarkan di dalam akhbar Didik dan Minda Pelajar.

  • Berpeluang menyerttai Aktiviti Kelab TaHa.Klinik Bimbingan Peperiksan UPSR, PMR dan SPM Untuk Ahli Kelab TaHa Tahun 2010

  • Di Pahang pun ada kedai-kedai tertentu yang memberi diskaun istimewa untuk ahli Kelab TaHa.

  • Jadual Klinik peperiksaan kelab TaHa, klik sini.

  • Nak tau lebih lanjut keistimewaan menjadi ahli Kelab  TaHA? Sila Klik sini


Entry ini dimuatnaik di sini sebagai catatan pengalaman myraudhatulukhuwah. kebetulan hari ini Harian metro ada menyiarkan beberapa ertikel berkenaan haji.

Entry di bawah ini sebagai kemudahan myraudhatulukhuwah untuk membuat rujukan. Ia  dimuatnaik dari MyMetro, klik sini.


Remaja Perlu Ada Niat Tunai Haji

KETIKA ini, jutaan manusia membanjiri kota suci Makkah bagi menunaikan ibadah haji. Mereka mengunjungi rumah Allah semata-mata untuk mendapat keampunan dan keredaan-Nya.

Walaupun proses menunaikan ibadah haji memerlukan wang yang banyak, apa yang dicari melebihi nilai dunia. Begitulah pengorbanan wang ringgit yang perlu dilaburkan dengan niat ikhlas mendapat keredaan Allah.

Sesungguhnya rezeki yang dikurniakan Allah, sebahagiannya mesti dilaburkan dalam usaha menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

Kewajipan menunaikan ibadah haji tertanggung di atas bahu setiap individu Muslim yang berkemampuan. Firman Allah yang bermaksud: "Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah" (Surah al-Baqarah, ayat 196).

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa ibadah haji itu wajib ditunaikan bagi mengharapkan keredaan Allah.
Sesungguhnya, dalam melaksanakan perintah Allah, setiap halangan yang datang perlu ditangani dengan penuh sabar dan mengharapkan pertolongan-Nya.

Beruntunglah bagi mereka yang berjaya mendepani setiap halangan dalam menunaikan ibadah haji dengan cara yang terbaik.

Perkara berkenaan dinyatakan Allah ketika menjelaskan perihal tetamu-Nya yang datang dari setiap pelosok dunia bagi menunaikan ibadah haji.



Firman Allah yang bermaksud: "Dan serukanlah umat manusia untuk menunaikan ibadah haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus, mereka datang dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh" (Surah al-Hajj, ayat 27).

Setiap ibadah yang dilakukan di sepanjang musim haji mempunyai erti dan pengajaran yang tersendiri. Contohnya, pemakaian ihram dan tawaf memberi gambaran bahawa setiap manusia itu semuanya sama taraf di sisi Allah.

Hanya takwa yang dicerminkan melalui mutu ibadah masing-masing yang akan memberi perbezaan antara satu dengan lain.

Larangan dalam ihram juga sarat dengan hikmah yang menuntut kesabaran dan ketelitian dalam melaksanakan ibadah.

Hal berkenaan memberi pengertian bahawa setiap ibadah yang diwajibkan ke atas setiap Muslim, harus ditunaikan dengan penuh teliti dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Wukuf di Arafah pula memberi gambaran suasana Mahsyar yang bakal dilalui oleh setiap manusia.

Suasana ini bukan saja perlu dirasai oleh jemaah haji, namun bagi mereka yang mampu menyaksikan suasana ini dari tanah air masing-masing, rasa keinsafan juga seharusnya dirasai.

Pada saat setiap manusia berkumpul di satu kawasan yang luas terbentang, masing-masing menadah tangan memohon doa ke hadrat Ilahi.

Secara jelas, manusia itu hanya insan kerdil yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah. Firman Allah yang bermaksud: "Kemudian apabila kamu bertolak dari Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah dengan doa talbiah dan tasbih) di tempat Mash'aril Haram (di Muzdalifah), dan ingatlah kepada Allah dengan menyebut-Nya sebagaimana Dia memberikan petunjuk hidayah kepada kamu" (Surah al-Baqarah, ayat 198).

Ibadah sa'ie antara bukit Safa dan Marwah pula membawa umat Islam menghayati pengorbanan seorang wanita yang akur dengan perintah Allah.

Sifat reda dan tawakal yang ditunjukkan Hajar, isteri Nabi Ibrahim mengajar manusia agar sentiasa meletakkan perintah Allah melebihi segalanya.

Maka, dengan kesabaran dan rasa berserah diri pada Allah, maka dibukakan jalan keluar untuknya dalam mengharungi kehidupan tanpa suami tercinta.

Inilah antara bukti kekuasaan Allah yang diperlihatkan di sebalik ibadah haji. Sesungguhnya pertolongan Allah sentiasa memayungi hidup hamba yang taat atas setiap perintah-Nya.

Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: "Sesungguhnya Safa dan Marwah itu sebahagian daripada syiar (lambang) agama Allah, maka sesiapa yang menunaikan ibadah haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersa'ie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya" (Surah al-Baqarah, ayat 158).

Berdasarkan huraian ringkas berkaitan ibadah haji itu, sewajarnya setiap individu Muslim berazam untuk melaksanakan ibadah haji.

Bagi golongan muda khususnya, niat harus diletakkan sedari awal agar hasrat murni itu dipermudahkan Allah. Niat memainkan peranan yang penting bagi melaksanakan amal ibadah dalam Islam.

Niat bukan khayalan kosong, tetapi ia memainkan peranan yang besar dalam menjayakan tuntutan ibadah. Tanpa niat yang betul, amal ibadah tidak akan sempurna.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Justeru, niat untuk menunaikan ibadah haji perlu ditanam mulai sekarang. Niat yang murni bukan hanya sekadar niat, namun ia disertai dengan usaha dan gerak kerja ke arah hasrat yang hendak dicapai.

Menabunglah dari sekarang dan meletakkan sasaran serta mempersiapkan diri agar usaha murni kita dipermudahkan Allah.

Ambillah pengalaman jemaah haji sekembalinya mereka ke tanah air nanti supaya ia dapat memotivasikan diri untuk melakukan perkara yang sama.

Bimbing anak buat keputusan elak tertipu

Bimbing anak buat keputusan elak tertipu

Assalamu'alaikum w.b.t kepada pelayar muslim teratak ini & Selamat Sejahtera kepada semua pelayar teratak Dunia Cikgu Kaunseling ini. 

Entry ini dimuatkan di cikgubimbingan-kaunseling.blogspot.com sebagai rujukan dan medium pendidikan blog ini. Ia diambil dari Harian Metro,19 November 2010 .Semoga kita mendapat manfaatnya

SEMAKIN zaman bertambah moden, dianjurkan supaya ibu bapa mempertingkatkan prihatin dan 'cemburu' kepada anak mereka.

Penipuan dan penganiayaan mudah sekali berlaku ke atas anak dan jangan sesekali menyangka dia sudah berpelajaran tinggi, dia pandai membuat keputusan sendiri. Hakikatnya, tanpa bimbingan sesiapa saja mudah tertipu tanpa mengira kelulusan atau taraf hidup mereka.

Ketua Pengarah Pendidikan, Yayasan Takmir Pendidikan, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Mahyuddin Ashaari, berkata, Allah berfirman di dalam surah at-Tahrim ayat 6 yang bermaksud: "Hai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu."

Ayat ini jelas menyatakan kepada kita tanggungjawab menjaga, memelihara, dan memastikan diri kita serta keluarga yang berada di bawah tanggungan kita terselamat daripada api neraka. Bukan sahaja menjaga daripada sudut ibadahnya sahaja, dalam soal memilih kerjaya serta mengenal pasti tempat dia bekerja, majikannya dan apa sahaja yang berkaitan menjadi tanggungjawab kepada kedua-dua ibu bapa.

Ia penting kerana kita tidak mahu anak kita terbabit dengan pekerjaan yang bukan sahaja menheret mereka ke jurang api neraka seperti rasuah, perjudian dan seumpamanya malah pekerjaan yang boleh mendatangkan mudarat kepada mereka.  Seperti yang disebutkan Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan."

Kata Mahyuddin, menjadi kewajipan ibu bapa dalam mengenal pasti minat dan kerjaya pilihan anak mereka, supaya pilihan dan minat mereka seiring atau sejajar dengan kehendak syariat. "Jangan dipandang sudut imbuhan gajinya sahaja, tapi apa yang paling penting sama ada ia menepati kehendak syariat dan tidak mendatangkan mudarat kepada mereka," katanya.


Ada yang mendakwa terkena pukau dan melakukan pengedaran atau membawa dadah itu tanpa disedari. Adakah ibu bapa perlu sentiasa memastikan anak ada mengamalkan ayat pendinding? "Faktor terkena pukau mungkin ada kebenarannya tetapi mungkin juga tidak.

Ganjaran yang lumayan boleh menjadikan seseorang itu gelap mata dan tidak berfikir panjang dalam membuat sebarang keputusan.

"Saya juga tidak menafikan kes jenayah hari ini ada menggunakan sihir dalam merealisasikan usaha jahat mereka."

"Oleh itu Allah menyuruh kita untuk sentiasa meminta perlindungan dari-Nya seperti yang dinyatakan di dalam surah al-Falaq ayat 4 yang bermaksud: "Dan daripada kejahatan wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul."

Kata Mahyuddin, menjadi tanggungjawab ibu bapa dalam memastikan anak mereka mendirikan solat sejak berumur tujuh tahun lagi.

Ini kerana Allah ada menjelaskan di dalam Quran surah al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud: "Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar."

"Harapannya dengan solat yang didirikan itu bukan sahaja sebagai suatu kewajipan malah ia juga dapat menjauhi segala perkara atau pekerjaan keji yang boleh mendatangkan mudarat. Selain itu, latih anak sentiasa mengamalkan membaca ayat Qursi, al-Baqarah, tiga Qul serta mengamalkan zikir tertentu yang menjadi amalan Rasulullah dalam menghindarkan diri daripada gangguan sihir seperti yang terkandung di dalam himpunan zikir al-Mathurat," katanya yang juga menegaskan ibu bapa jangan sesekali lewa.

Menurutnya, masyarakat harus ingat kehidupan sekarang di zaman fitnah iaitu zaman yang penuh dengan tipu daya. Maka ibu bapa perlu ada sifat cemburu dengan anak-anak. Tidak wajar sama sekali apabila soal mencari pekerjaan diserahkan bulat-bulat kepada mereka, asalkan gajinya lumayan ibu bapa pun tidak bertanya pekerjaannya. Ibu bapa seharusnya masuk campur dalam urusan memilih pekerjaan anak-anak supaya mereka tidak tersalah pilih.

"Tugas ibu bapa tidak berhenti setakat anak sudah mendapat pekerjaan tetapi harus dipantau dari semasa ke semasa, maklum darah muda, kena ada yang membimbing dan menegur mereka.

"Kita tidak boleh bergantung sepenuhnya dalam memantau perihal anak-anak kita pada orang lain dan mengharapkan anak-anak faham sendiri. Tanggungjawab dalam memberi peringatan tertanggung di bahu ibu bapa.

"Seandainya hendak keluar negara kita harus mengenalpasti tujuan sebenar, pihak yang mahu berurusan dan jika mendapat tawaran kerja, pastikan agensi yang menawarkan kerja itu adalah agensi yang berdaftar dengan kerajaan.

"Banyak kes yang terjadi tujuannya tidak jelas dan orang yang berurusan itu pun tidak betul-betul dikenali, tetapi oleh kerana menjanjikan pulangan lumayan semua itu tidak dipedulikan, akhirnya mudarat yang menanti. "Jadi nasihat saya pada ibu bapa kenal pasti kerjaya pilihan anak dan buat anak-anak, jangan mengetepikan ibu bapa dalam membuat sebarang keputusan.

"Komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak adalah penting, supaya tidak ada sebarang perkara yang disorokkan oleh anak-anak kita.

"Sentiasa bermusyawarah bersama anak-anak dan itupun dituntut dalam agama kita," katanya.