Ujian Minat Kerjaya
Satu
alat pengukuran untuk menentukan minat individu tentang sesuatu
aktiviti dalam pekerjaan-pekerjaan yang khusus berdasarkan persekitaran
kerja(Nowak 1986). Contoh ujian minat ialah Vocational Preference Inventory(VPI), Self Directed Search(SDS), Strong –Campbell Interest Inventory( SC11), Inventori Minat Kerjaya Sidek(IMKS), Borang Minat Rothwell-Miller(BMRM) dan Kuder Preference Records-Vocational(KPRV).
Ujian
minat kerjaya secara umumnya boleh mengenal pasti potensi individu
daripada sudut minat. Alat ukuran Vocational Preference Inventory(VPI)
dan Self- Directed Search(SDS) misalnya boleh digunakan untuk
mengenalpasti minat individu sama ada dalam bidang Realistik(R),
Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) atau
Conventional(C).
Ujian Personaliti
Alat
ukuran untuk menentukan sejauh mana seseorang itu mempunyai tret-tret
atau cirri lain-lain dengan mengukur persamaannya gerak balas yang
diberi dengan kumpulan-kumpulan rujukan yang mempunyai tret-tret atau
cirri-ciri berkenaan(Shertzer & Linden, 1979). Contoh ujian
personality Minnesota Multiphasic Personality Inventory(TSCS), Junior
Eysenck Personality Inventory(JEPI), Inventori Personaliti Warna(IPW)
DAN Inventori Personaliti Sidek(IPS).
Digunakan
oleh kaunselor kerjaya untuk mengenalpasti tret-tret personality yang
wujud dalam diri individu. Ianya berkaitan dengan personality Agresif,
Analitikal, Autonomi, Bersandar, Ekstrovert, Intelektual, Introvert,
Kepelbagaian, Ketahanan, Kritik-Diri, Mengawal, Menolong, Sokongan,
Struktur, Pencapaian dan Kejujuran(Sidek Mohd Noah, 1999)
UJIAN NILAI PEKERJAAN
Satu
alat ukuran yang digunakan untuk mengukur pelbagai nilai pekerjaan
secara positif, negative atau neutral berdasarkan keutamaan
masing-masing(Nowak, 1986). Contoh ujian nilai pekerjaan ialah Super’s
Work Values Inventory(WVI), Minnesota Importance Questionnare(MIQ) dan
Inventori Nilai Pekerjaan Sidek(INPS).
Nilai-nilai
tersebut ialah kategori kontrak (manusia, data, benda), kategori
hubungan (pembantu, alturisme, pemimpin, autonomi), kategori fungsi
(intelektual, kreatif, kejayaan, organisasi) , kategori ganjaran (
keuntungan, promosi, masa lapang, pengiktirafan, sokongan, keselamatan,
kategori cita rasa (kebudayaan , agama), kategori monotori (kepelbagaian
aktiviti).
UJIAN PENCAPAIAN
Satu
alat yang digunakan untuk mengukur pencapaian individu dalam mata
pelajaran tertentu(Nowak, 1986). Contoh ujian pencapaian ialah ujian
yang dikendalikan oleh guru di sekolah sama ada ujian bulanan, penggal
atau semester yang meliputi ujian pencapaian Matematik, Kimia, Biologi,
Fizik, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Geografi. Ujian
Pencapaian selalu dilaksanakan di sekolah dengan guru yang mengajar mata
pelajaran itu sendiri menyediakan soalan-soalan ujian.