TIP TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN SPA JURURAWAT
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Anda dijemput temuduga latihan separa perubatan bertaraf diploma? Tahniah kepada yang berjaya terpilih. Sujud syukur adalah pekara pertama yang digalakkan untuk anda lakukan jika anda seorang Muslim.
Jururawat membangunkan dan melaksanakan pelan penjagaan kesihatan. Jururawat perlu bekerjasama dengan doktor, pesakit, keluarga pesakit, dan lain-lain professional penjagaan kesihatan. Jururawat membantu menyelaraskan penjagaan pesakit yang dilaksanakan oleh ahli-ahli pasukan penjagaan kesihatan seperti terapi fizikal, pengamal perubatan, pekerja sosial, dan pakar diet.

Para pembaca blog cikgukaunseling yang dihormati. Marilah kita insafi setiap permulaan pekerjaan atau perbuatan yang kita lakukan, biarlah segalanya kerana ALLAH. Samada sebagai petani moden, peladang jaya, nelayan, doktor, polis, tentera, guru, peniaga, usahawan, juruterbang dan sebagainya.
Maka, begitu jua sebelum memasuki alam pembelajaran bidang kejururawatan, ikhlaskan hati semata mata kerana ALLAH SWT.
Maka, begitu jua sebelum memasuki alam pembelajaran bidang kejururawatan, ikhlaskan hati semata mata kerana ALLAH SWT.
Dalam kitab karangan yang bernama Matan Arbain, Imam Nawawi meletakkan hadis berkaitan niat sebagai yang pertama iaitu:
'Dari Amirul Mukminin Umar Al Khatab R.A katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:- Bahawasanya amalan amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan bahawasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada ALLAH dan RasulNya, maka hijrahnya itu kepada ALLAH dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ia ingin menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'
Sebelum memulakan langkah pertama, sematkan di dalam diri bahawa pemilihan bidang ini semata mata kerana ALLAH, dan galakan kedua orang tua sebagai asbabnya. Khas kepada anda yang bakal menghadapai temuduga dalam masa terdekat ini,(khabarnya bermula Isnin, 26 Oktober 2015) antara yg ditanya dalam temuduga ialah:
1) Kod Pakaian Yang Sesuai-Etika pemakaian penjawat awam yang kemas dan tertib. Bahagian ni ramai yang terlepas pandang.Penampilan kita adalah ‘First Empression’ bagi penemuduga di luar sana.Pastikan anda memakai baju yang bersesuaian Penemuduga akan tengok dari atas sampai bawah semasa temuduga dijalankan.
Penampilan kita adalah ‘First Empression’ bagi penemuduga di luar sana.Pastikan anda memakai baju yang bersesuaian.Bagi lelaki,pastikan anda memakai kemeja lengan panjang atau pendek berwarna cerah dan tidak terlalu terang.Tali leher pastikan diikat dengan betul dan kasut berwarna hitam berkilat.Manakala bagi perempuan pula,pastikan anda memakai baju kurung bagi Muslim atau pakaian formal yang bersesuaian bagi Non-Muslim.Jangan terlalu ghairah memakai tudung yang berbelit-belit.Cukup sekadar pakai tudung bawal atau tudung sarung yang simple.Jangan makeup yang keterlaluan.

2) Masuk ke dalam bilik temuduga dengan meminta izin dari panel penemuduga. Usah masuk tanpa meminta izin atau mengetuk pintu dahulu. Ini adalah cerminan disiplin anda yang perlukan izin dari mereka yang mempunyai jawatan yang lebih tinggi dari anda.