Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Pasangan Cermin Diri kita

Pasangan Cermin Diri Kita

Artikel ini dipetik dari Harian Metro 25 Mac 2010 untuk rujukan bersama.

Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my
2010/03/25

BAGAIMANA cara kita menghargai pasangan? Adakah pemberian hadiah atau ungkapan kata-kata sudah mencukupi?
Ada juga pasangan tidak mahu menunjukkan kasih sayang dengan perbuatan sebaliknya mereka mengakui sangat menyayangi pasangan masing-masing. Jadi bagaimana cara sesuai untuk menunjukkan yang anda benar-benar menghargainya? Anggap pasangan seperti diri sendiri


Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang perlu dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi suami dan isteri.
Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat ketika bercinta? Inilah yang sering diabaikan banyak pasangan. Seorang lelaki tidak harus mempunyai tubuh gagah seperti atlet atau berwajah Brad Pitt, begitu juga dengan wanita tidak perlu cantik seperti bintang filem. Cukup sekiranya pasangan menjadi diri sendiri dan menganggap pasangan anda juga seperti diri anda.

Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Ke mana pun anda pergi, potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumah tangga akan kekal bahagia.


  • Isteri bukan pembantu rumah




  • Banyak suami menganggap kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus walhal dalam Islam tidak ada hukum yang mengatakan isteri wajib melakukan kerja rumah.




  • Cuma, ajaran Islam mengatakan wanita berkahwin perlu taat kepada suami, melakukan suruhan Tuhan serta menjaga harta dan maruah suami sebaik mungkin.Atas jaminan ini, ramai wanita tidak berkira dengan kerja rumah yang mereka lakukan. Tetapi suami jangan mengambil kesempatan sebaliknya mereka mestilah bersama-sama melakukan kerja rumah bersama isteri.




  • Isteri dan suami juga manusia




  • Isteri adalah wanita yang penuh beremosi. Apabila mereka reda dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira.Namun jika mereka tertekan, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering mencari jalan keluar daripada masalah yang dihadapi.




  • Begitu juga dengan suami, sering kali isteri kurang faham dengan tugas di pejabat.Sebaliknya apabila melihat suami penat, ringankan fikirannya dengan bahasa yang lembut. Sekiranya suami berjaya mendapat apa-apa kontrak di pejabat atau dinaikkan pangkat, pujilah dia.









  • Ingat tarikh penting




  • Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa saja apatah lagi daripada orang yang disayangi.Cukup sekadar seutas jam atau sehelai tudung. Jika bajet tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai kerana ini akan mengeratkan lagi perhubungan.









  • Bantu ringankan tugas isteri




  • Suami perlu turun padang membantu isteri. Jika setiap hari isteri bertungkus-lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah, maka suami pun perlu membantu.Jika anda tidak mahir memasak makanan seperti lauk-pauk, cukup sekadar menggoreng ikan atau telur.




  • Cuba perhatikan isteri yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.




  • Bawa isteri berehat




  • Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya kerana isteri tidak dapat menghidu apa yang dilakukan di belakangnya.Kini, cuba terbalikkan situasi ini.




  • Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat peranginan dalam negara atau jika mempunyai bajet lebih, bawalah ke pusat percutian luar negara.




  • Ciuman khas untuk isterimu




  • Cuba tanya diri sendiri, bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat selepas penat bekerja?Tahukah anda ciuman di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu.




  • Begitu juga dengan sentuhan di bawah meja, pelukan yang tidak diduga dan ciuman tiba-tiba yang juga ciri sikap romantis.Genggamlah tangannya ketika menyeberang jalan atau berikan pelukan ketika keluar bekerja.




  • Beri pujian kepada isteriJangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur akibat terlalu penat bekerja di pejabat.




  • Dengar pendapat isteriSuami isteri perlu bertukar pendapat, tidak kira sama ada taraf pendidikan tinggi atau sebaliknya. Isu semasa boleh menjadikan hubungan bertambah erat.Kemudian, berbincanglah mengenai hal rumah tangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri jika mempunyai masalah mengenai kerja.




  • Penuhi hajat isteriBukan semua hajat isteri boleh dipenuhi suami. Bukankah pemberian itu melambangkan anda suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.




  • Tunjukkan rasa hormat Wanita yang anda cintai biasanya inginkan suami yang boleh menjadi pelindung, tidak kira sama ada dalam kerjaya atau kehidupan.Jadi tunjukkan yang anda sentiasa di sisi dalam apa juga keadaan. Jangan bersikap kasar kerana ia akan membuatkan isteri menjauhkan diri.Fahami diri pasangan dan sentiasa bersikap toleransi. Perhatikan perkara yang memalukannya atau membuatnya marah dan jangan sesekali anda melakukannya.




  • Sentiasa mengingatinyaSetiap pasangan akan rasa dihargai sekiranya pasangan sentiasa mengingatinya walau berada jauh. Anda boleh menghubunginya menerusi telefon atau e-mel jika anda berada di luar daerah.Kirimkan pesanan romantis dan telefon pasangan anda setiap hari untuk memberitahunya yang anda akan pulang ke rumah.




  • Luangkan masa dengan pasangan Ketika bercinta, anda mempunyai banyak waktu bersama teman wanita. Anda sentiasa mendengar luahan masalah, perasaan dan harapannya. Anda juga sentiasa menunaikan permintaannya.

  • Tetapi setelah berkahwin semuanya berubah. Ini kerana anda merasakan pasangan itu sudah menjadi hak milik mutlak anda jadi tidak perlu untuk berlebih-lebihan dengan pasangan.Sebenarnya jika perkara ini berterusan, ia akan menyebabkan hubungan semakin mendatar, lama-kelamaan akan menyebabkan semakin renggang. Sebaliknya jadilah diri anda seperti sebelum berkahwin dan jadilah pasangan seromantis mungkin.









  • sumber:klik sini



  • 0 Comments:

    Disclaimer

    (c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .