Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Program Segenggam Harapan dan Derma Darah

Program Segenggam Harapan dan Derma Darah


Alhamdulillah, pada Hari Jumaat, 9 Julai 2010 telah diadakan Program Segenggam Harapan. Program yang dianjurkan oleh Pentadbiran SMK Jengka Pusat 2 bersama Unit Bina Insan, telah dijayakan Ketua-ketua Bidang, Guru Bimbingan Kaunseling Puan Nazila dan Encik Burhanudin, Guru-guru Tingkatan, dan semua guru-guru mata pelajaran  ini telah selamat diadakan.

Pada pagi Jumaat itu cuaca agak mendung. Kemudian hujan renyai mulai turun. Syukurlah, ibu bapa dan penjaga para pelajar menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap kemajuan pelajaran anak-anak mereka dan disiplin mereka. Para ibubapa dan penjaga ada yang datang dari Jengka 14 dan juga beberapa felda lain serta dari kawasan Bandar Pusat sendiri.

Ada penjaga yang turun dari Kuala Lumpur semata-mata untuk bertemu dengan guru Tingkatan anak. Tahniah kepada para ibu bapa dan penjaga yang telah menunjukkan komitmen tinggi ini.

Selain Program Segenggam Harapan, Program Menderma Darah anjuran Unit Kesihatan SMKJP2 turut diadakan. Walaupun Ustazah Su sedang sarat hamil kembar, beliau turut membantu pasukan perubatan yang datang dari Hospital Temerloh.

Beberapa hari sebelum program derma darah ini, para pelajar dikehendaki mengambil borang keizinan ibubapa. Mereka mendapatkannya dengan Cikgu Zila, Ustazah Su dan dengan saya sendiri di Bilik Rawatan dan Kesihatan. Cikgu Zila, Cikgu Za, Cikgu Ismail, Cikgu Irwan dan Cikgu Zairi dan beberapa orang cikgu lain yang terlibat dengan meja pendaftaran turut berada di situ.

Terdapat ramai pelajar Tingkatan 5 SMKJP2 yang bermurah hati menderma darah mereka. Staf sokongan sekolah ini turut bermurah hati menderma darah.



 Guru dan dibantu pengawas sedang mengemaskini notice board senarai nama pelajar dan tingkatan.




















0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .