Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Baby Crystal, Cantik Di Mata, Bahaya Di Perut,

Baby Crystal, Cantik Di Mata, Bahaya Di Perut,

 Pasu Kaca Berisi Baby Crystal dan Pohon Hiasan

Entry ini memuatnaik 2 artikel.

Larangan jual Colour Crystal Ball 

Bayi Nyaris Maut Makan Jeli Kristal di Kuantan 

 SITI Aishah Yusof membelai anaknya, Ifti Ilya Farhana yang nyaris maut kerana tertelan bebola jeli kristal di HTTA, KuantaN

KUANTAN 2 Nov. - Seorang bayi perempuan berusia 19 bulan terpaksa menjalani pembedahan selama dua jam semalam, gara-gara tertelan dua biji bebola jeli kristal di rumahnya di sini, pada 26 Oktober lalu.

Dalam kejadian semasa cuti Deepavali, mangsa, Ifti Ilya Farhana Mohd. Khairudin tertelan bebola itu dipercayai diberikan oleh seorang kanak-kanak lain yang menyangka ia adalah gula-gula.

1) Larangan jual Colour Crystal Ball 

PUTRAJAYA 25 Ogos - Kerajaan hari ini mengumumkan larangan penjualan Colour Crystal Ball yang digunakan secara meluas sebagai perhiasan pasu selepas mendapati produk tersebut mampu meragut nyawa kanak-kanak kecil jika tertelan.

Kajian makmal mendapati produk menyerupai sagu dalam ais kacang itu mampu mengembang sehingga 55 peratus dalam tempoh dua jam di dalam perut manusia sehingga menyebabkan usus kanak-kanak pecah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini lapan pembedahan besar telah dijalankan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menyelamatkan kanak-kanak yang tertelan Colour Crystal Ball.

''Walaupun kandungan kimia dalam Colour Crystal Ball adalah pada tahap selamat namun masalahnya produk ini mampu mengembang 290 hingga 444 peratus selepas menyerap air selama dua jam.

''Ujian simulasi berdasarkan keadaan dan tahap asid perut pula mendapati ia boleh mengembang sebanyak 36 hingga 55 peratus dalam tempoh dua jam," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, rupa Colour Crystal Ball yang berwarna-warni dan menyerupai agar-agar sering mendorong kanak-kanak menelannya.

Menurutnya, kanak-kanak yang tertelan Colour Crystal Ball akan mengalami tanda-tanda seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat dan yang paling serius usus pecah.
''Saya menasihatkan orang ramai yang mempunyai produk ini supaya segera membuangnya, ia adalah berbahaya terutama terhadap kanak-kanak di bawah lima tahun.

''Bagi peniaga pula, mereka tidak lagi dibenarkan menjual produk ini atau berdepan risiko denda RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama di bawah Akta Perlindungan Pengguna," katanya.

Beliau berkata, pemantauan kementeriannya mendapati kebanyakan Colour Crystal Ball direka di Korea Selatan tetapi dikeluarkan di Jepun dan China.

''Malaysia bukan negara pertama yang melarang penjualan produk ini, Poland dan Itali telah mengenakan larangan sama pada tahun lalu.

''Filipina pula mengeluarkan amaran berjaga-jaga terhadap pembekalan dan penjualannya kerana produk ini mudah menyebabkan kanak-kanak tercekik," katanya.

 SUMBER; ARKIB UTUSAN MALAYSIA

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .