Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Permohonan Biasiswa JPA IPTA/IPTS Pengajian Dalam Negara

Permohonan Biasiswa JPA IPTA/IPTS Pengajian Dalam Negara

  Tawaran Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Dalam Negara bagi sesi 2012/ 2013 sedang dibuka.


Tawaran Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Dalam Negara bagi sesi 2012/ 2013.

Permohonan adalah dipelawa daripada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda mulai Sesi 2012/2013 di Institusi Pengajian Tinggi Awam (kecuali UPSI) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta Bertaraf GLC (Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Multimedia sahaja) untuk mendapatkan biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengalami masalah teknikal melalui laman sesawang permohonan penajaan JPA di http://esilav2.jpa.gov.my pada 7 dan 8 Ogos 2012 . Sehubungan itu, tarikh tutup permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2012 secara dalam talian (online) telah dilanjutkan sehingga jam 11.59 malam pada 16 Ogos 2012 (Khamis).

Dokumen sokongan perlu diterima oleh Jabatan ini selewat-lewatnya pada 30 Ogos 2012 (Khamis).


SYARAT AM

  • Warganegara Malaysia;
  • Umur tidak melebihi 25 tahun pada atau sebelum 1 Januari 2012;
  • Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Telah menerima tawaran kemasukan ke tahun pertama (1) pengajian (Bagi lepasan Matrikulasi/Asasi/STPM) atau tahun kedua (2) dan ke atas di peringkat ijazah pertama dan mempunyai baki 2 tahun pengajian; dan
  • Tahun pertama peringkat diploma dari mana-mana IPTA (kecuali UPSI).

SYARAT KHUSUS

  • Pemohon yang sedang mengikuti pengajian atau pemohon yang telah diterima masuk ke IPT seperti yang disenaraikan di perenggan 2 sama ada peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda mulai Sesi 2010/2011 perlu mempunyai salah satu kelayakan akademik seperti berikut:
  1. Bagi pelajar tahun satu IPTA adalah menggunakan CGPA terkini - CGPA 3.30 
  2. Bagi tahun satu dan ke atas di IPTS dan Kampus Cawangan adalah menggunakan CGPA terkini atau setara - CGPA 3.50
  3. Matrikulasi/Asasi/STPM - CGPA 3.75
  4. Diploma/Lepasan Diploma - CGPA 3.5
BIDANG TAJAAN

1. Keutamaan
  • Perubatan, Pergigian dan Farmasi
2. Sains Kesihatan Bersekutu
  • Dietetik, Bioteknologi Perubatan, Sains Veterinar, Sains Forensik, Fisioterapi, Sains Pemakanan, Pertuturan, Sains Kesihatan Pemulihan Cara Kerja, Audiologi, Optometri, Bersekutu Pengimejan, Radioterapi Persekitaran, Sains Perubatan Kecemasan dan sebagainya.
3. Sains Sosial
  • Perakaunan, Undang-undang, Ekonomi, Perhubungan Antarabangsa, Ekonomi Antarabangsa, Sains Politik, Psikologi, Sosologi, Komunikasi, Perniagaan, Pemasaran, Kewangan, Perbankan, Perdagangan, Pengurusan Sumber Manusia, Pelancongan, Sains Perhutanan, Sains Kesihatan Bersekutu, Sains Pengurusan Alam Sekitar, Sains Pertanian, Sains Aktuari, Bioteknologi, Teknologi Maklumat, Sains dan Teknologi, Teknologi Diperbaharui, CCI dan lain-lain bidang NKEA.
4. Sastera
  • Bahasa, Pengajian Islam, Syariah, Usuluddin
5. Sains Tulen
  • Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik
6. Kejuteraan
  • Mekanikal, Elektrik, Elektronik, Kimia, Aeronautik, Automatif, Seni Bina, Ukur Bahan, Ukur Tanah, Perancangan Bandar dan Wilayah.
PROGRAM DAN INSTITUSI YANG DITAJA SEPERTI BERIKUT:


Program dan institusi-institusi yang ditaja adalah seperti berikut:
PROGRAM
INSTITUSI
Ijazah/Diploma
(IPTA)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)
Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Malaya (UM)
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Universiti Utara Malaysia (UUM)
Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Ijazah
(IPTS)
Universiti Multimedia (MMU)
Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Kampus Cawangan Luar Negara di Malaysia seperti dalam gambar di atas.

57 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2012 & 2013

KADAR BIASISWA


Tambang Kapal Terbang (2 Hala) Peringkat Diploma/Ijazah Setahun:

  • Pelajar Semenanjung ke Sarawak dan sebaliknya - RM700.00
  • Pelajar Semenanjung ke Sabah dan sebaliknya - RM1,000.00
  • Pelajar Labuan ke Sarawak dan sebaliknya ­- RM400.00
  • Pelajar Labuan ke Sabah dan sebaliknya - RM100.00
  • Pelajar Sarawak ke Sabah dan sebaliknya - RM500.00
TEMPOH KONTRAK

Pemohon yang menerima tawaran biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam dikehendaki berkhidmat dengan Kerajaan dan sekiranya enggan, tuntutan ganti rugi akan dikenakan. Tempoh berkhidmat dengan Kerajaan dan amaun tuntutan ganti rugi adalah seperti di bawah:

Pemohon yang menerima tawaran biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam dikehendaki berkhidmat dengan Kerajaan dan sekiranya enggan, tuntutan ganti rugi akan dikenakan. Tempoh berkhidmat dengan Kerajaan dan amaun tuntutan ganti rugi adalah seperti di bawah:

PERINGKAT/TEMPOH PENGAJIAN
TEMPOH BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN
AMAUN GANTI RUGI (RM)
Kursus Bukan Profesional
Kursus Profesional*

IPTA

IPTS

Peringkat Diploma:
3 tahun atau kurang
Lebih dari 3 tahun


3
4


5
6


70,000
100,000




Kos
Sebenar

Peringkat Ijazah:
4 tahun atau kurang
Lebih dari 4 tahun
Kursus Perubatan dan Pergigian


4
5
-


6
7
10


110,000
130,000
250,000




Kos
Sebenar
*Catatan: Kursus Profesional meliputi kursus-kursus seperti Perubatan, Pergigian, Farmasi, Sains Perubatan Veterinar, Kejuruteraan, Seni Bina, Perakaunan, Kejururawatan, Undang-Undang, Penilaian Harta, Ukur Bahan dan Ukur Tanah.

CARA MEMOHON
  1. Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai 6 Ogos 2012 dengan melayari laman sesawang http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my;
  2. Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemas kini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;
  3. Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;
  4. Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2012”;
  5. Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2012” sebagai bukti permohonan telah dibuat;

PERTANYAAN MASALAH TEKNIKAL

Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menghubungi 03-88853453, 03-88853541 atau 03-88853532. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang (Isnin-Jumaat).

PERTANYAAN PROGRAM TAJAAN

Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853049 (10 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang atau melalui e-mel di alamat pidn2012@jpa.gov.my 

KEPUTUSAN PERMOHONAN

Keputusan permohonan biasiswa Program Ijazah Dalam Negara dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://esilav2.jpa.gov.my pada 21 September 2012 (Jumaat).

Maklumat lanjut sila layari,IKLAN TAWARAN PIDN 2012 .
dan di FAQ PIDN 2012

57 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2012 & 2013

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .