Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Niosh sasar 500 syarikat diiktiraf menjelang 2005

 Niosh sasar 500 syarikat diiktiraf menjelang 2005

KOTA KINABALU - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) menyasarkan sebanyak 500 syarikat menerima sijil pengiktirafan bagi Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MS 1722 dan OHSAS 18001) menjelang 2015.


  
Pengerusi NIOSH Tan Sri Lee Lam Thye berkata sehingga kini, kira-kira 200 syarikat mendapat sijil itu, termasuk dua dari Sabah iaitu Lahad Datu Edible Oil dan TSH Wilma.
  
"Persijilan itu dikelolakan oleh NIOSH Certification Sdn Bhd (NCSB) iaitu badan pensijilan yang diiktiraf dan merupakan anak syarikat milik penuh NIOSH di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia," katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Apresiasi Media 2013 di sini hari ini.


  

Beliau berkata NCSB akan menawarkan latihan sistem pengurusan seperti program kesedaran, kursus Ketua Juruaudit dan Audit Dalaman.
  
"Bagi tempoh 2010 hingga 2012, sebanyak 829 kursus berjaya dianjurkan NIOSH Sabah membabitkan penyertaan seramai 15,244 peserta dari seluruh negeri," katanya.
  
Terdahulu, ketika berucap, Lee memuji peranan dan sumbangan pengamal media kerana berjaya mempromosi budaya kerja selamat serta sihat dalam semua industri di negeri ini.
  
Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan penganjuran Konvensyen dan Pameran Bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) Borneo ketiga dari 16 hingga 18 Jun depan di Kota Kinabalu.  - Bernama

sumber; Sinar Harian, 28/1/2013


0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .