Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Sekolah Dalam Hospital Beri Harapan Baru

Sekolah Dalam Hospital Beri Harapan Baru
 Kepada Pesakit Muda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bagi saya secara peribadi, Sekolah Dalam Hospital telah memberi harapan baru kepada pesakit muda yang terpaksa menjadi penghuni wad hospital. 

Pesakit-pesakit ini yang juga merupakan murid dan pelajar sekolah terpaksa berehat seketika daripada menjalani rutin harian sebagai pelajar sekolah atas sebab-sebab perlu menjalani rawatan pemulihan dan kesihatan di wad hospital. Ada kalanya memakan masa berminggu-minggu bahkan ada berbulan-bulan. 

 Dalam tempoh menjadi pesakit di dalam wad, apabila diberi peluang menjalani proses pengajaran dan pembelajaran sekurang-kurangnya ia memberi harapan baru kepada anak-anak ini. Ia bagaikan terapi minda positif menjalani hari muka dengan lebih baik walaupun terpaksa merasai  kesakitan yang telah bercambah dan bersarang di dalam tubuh.

 Artikel-artikel berkaitan Sekolah Dalam Hospital pernah saya muatkan di blog wordpress saya.

Projek sekolah dalam hospital diterus

Sekolah Dalam Hospital yang dilancarkan oleh
 Y.A.B. Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 26 Julai 2011 di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur.
Sumber Gambar : Website KPM

 




Putrajaya: Program sekolah dalam hospital (SDH) yang sudah memanfaatkan 6,550 pelajar prasekolah hingga Tingkatan Enam, diiktiraf sebagai projek kekal Kementerian Pelajaran, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri, berkata jumlah pelajar itu dicatat dalam tempoh 10 bulan persekolahan di tiga SDH yang program perintisnya dimulakan pada Julai 2011 di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Ampang dan Hospital Serdang.



"Hari ini (semalam), empat lagi SDH diwujudkan iaitu di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru (Johor); Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh (Pahang); Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras (Kuala Lumpur) dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.


SDH sebagai program tetap

"Pada peringkat Kementerian Pelajaran, kita buat keputusan baru-baru ini untuk institusikan SDH sebagai program tetap dengan meletakkan pegawai sepenuh masa dan guru di hospital tetapi masih di bawah penyeliaan kementerian.

"Komitmen kita menunjukkan projek ini adalah sesuatu yang perlu kita laksana dalam tempoh tidak terlalu panjang selain memperluaskannya ke hospital di negeri lain," katanya ketika berucap pada majlis menandatangani memorandum perjanjian (MoA) pelaksanaan 'Projek Hati Nurani: SDH di PPUKM dan HUSM ', di sini semalam.

Hadir sama, isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abd Rahman, yang juga penaung 'Projek Hati Nurani: SDH'; Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dan Timbalan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Ahmad Shukri Mustapa Kamal.


MoA semalam ditandatangani oleh Kementerian Pelajaran, PPUKM, HUSM dan badan bukan kerajaan (NGO) Yayasan Nurul Yaqeen, yang juga badan induk Projek Hati Nurani iaitu rakan kongsi pintar program SDH.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr Rosli Mohamed menurunkan tandatangan bagi pihak kementerian, PPUKM diwakili Dr Sharifah; HUSM diwakili Shukri manakala, menurunkan tandatangan bagi pihak Yayasan Nurul Yaqeen ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanahnya, Datuk Dr Ismail Ibrahim.


Sambutan menggalakkan

Bagi hospital di bawah Kementerian Kesihatan termasuk dua SDH baru di Johor dan Pahang, tertakluk kepada memorandum persefahaman (MoU) antara Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan dan Yayasan Nurul Yaqeen yang ditandatangan pada 26 Julai tahun lalu.

Bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, SDH Hospital Serdang mencatatkan jumlah tertinggi murid prasekolah iaitu 328 orang, murid sekolah rendah pula paling ramai di SDH HKL (1,370) manakala jumlah tertinggi pelajar sekolah menengah iaitu 855, dicatatkan di SDH Hospital Ampang.

“Berdasarkan sambutan menggalakkan ini, saya minta semua pihak terbabit berusaha memperluaskan SDH pada peringkat negeri dan harap fasa kedua akan meneruskan kejayaan,” katanya. 


Sumber; Berita harian, 2012/10/13

 Artikel di bawah dipetik daripada website Hospital Serdang;

SDH adalah satu inisiatif bersama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dan Yayasan Nurul Yaqeen (YNY)

Pengenalan

Penubuhan “Sekolah Dalam Hospital” di Malaysia telah dilancarkan dengan rasminya pada 26 Julai 2011 oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. 
Adalah satu inisiatif bersama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM)  dan Yayasan Nurul Yaqeen (YNY)

Penubuhan SDH

  • Selaras dengan hasrat yang diperjuangkan oleh UNESCO iaitu ‘Education For All’ dan pendidikan berterusan.
  • Boleh diakses oleh semua kanak-kanak dan remaja umur persekolahan tanpa mengira keadaan dan tempat  termasuk murid yang menerima rawatan di wad hospital.
  • Diamalkan oleh beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Australia.
  • Di Malaysia, KKM dengan kerjasama badan sukarelawan secara tidak formal 
  • telah memulakan inisiatif  seumpama ini sejak awal tahun 1990an.

Model SDH

  • Laporan lawatan ke Sydney, Australia dan kertas cadangan penubuhan SDH telah dibentang dan diterima dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Projek Hati Nurani,  Sekolah Dalam Hospital pada 15 April 2011 yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran. 
  • Penggunaan nama “Sekolah Dalam Hospital (SDH)” telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Projek Khas Hati Nurani bertarikh 19 Mei 2011 yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
  • Model SDH Malaysia berpandukan kepada model SDH Australia yang disesuaikan mengikut konteks Malaysia. 

Program SDH

  • Satu bentuk perkhidmatan pendidikan yang berterusan secara formal & berstruktur.
  • Berfokuskan kepada kesediaan & keupayaan murid yang sedang menerima rawatan di wad hospital.
  • Didik Hibur & Fleksibel.
  • Guru sebagai pemudahcara.
  • Pembangunan modal insan dapat  diteruskan di luar amalan persekolahan yang konvensional.
 

Konsep Pelaksanaan

Sukatan Pelajaran

Berteraskan kurikulum Kebangsaan Kementerian Pelajaran Malaysia sedia ada dan digunakan secara fleksibel berdasarkan Akta Pendidikan 1996.

Prosedur PDP di SDH Serdang

  • Kaedah Kemasukan Murid
    • Terima senarai nama bercetak komputer dari pihak hospital (intranet)
      • 1. Keperluan surat kebenaran ibu bapa/ penjaga untuk kemasukan ke SDH ( Diperolehi sewaktu pendaftaran masuk wad)
      • 2. Kebanyakan murid SDH berusia 4-12 tahun dari wad Pediatrik dan selebihnya murid sekolah menengah  (usia 13- 18 tahun ) dari wad Pembedahan, Kardiologi, Nefrologi, Medical, Ortopedik.
  • Taklimat Persediaan Pengajaran oleh Penyelia
    • Pembahagian murid untuk diajar oleh guru-guru (kelas dan wad)
    • Taklimat pengurusan pentadbiran dan kurikulum
  • Guru Membuat Persediaan Mengajar
    • Guru merangka dan mengubahsuai pengajaran mengikut keperluan murid yang akan diajar.
  • Guru Bergerak Ke Lokasi Pengajaran
    • Kelas Sekolah Menengah, Kelas Sekolah Rendah dan Wad. 
 Sumber; klik di sini.
 sumber di sini

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .