Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Che Liyana 'Izzati Che Rosli dari SMK Jengka 2 Pahang antara Pelajar Cemerlang STPM 2012 Peringkat Kebangsaan

Che Liyana 'Izzati Che Rosli dari SMK Jengka 2 Pahang antara   Pelajar Cemerlang STPM 2012 Peringkat Kebangsaan




TahniahChe Liyana 'Izzati Che Rosli dari SMK Jengka 2, Bandar Tun Razak Jengka, Maran atas kejayaan cemerlang anda.

STPM 2012 Pahang atasi nasional

KUANTAN 18 Mac - Pahang berjaya mengatasi pencapaian peringkat nasional dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 yang diumumkan hari ini apabila mencatat kelulusan penuh sebanyak 96.51 peratus berbanding 94.44 peratus di peringkat nasional.

Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Pahang, Rosdi Ismail berkata, sebanyak 2,435 calon daripada 2,523 yang menduduki peperiksaan mendapat kelulusan penuh dengan sekurang-kurangnya satu mata pelajaran lulus penuh.


"Peratus kelulusan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 2.69 peratus berbanding pencapaian sebanyak 93.82 peratus pada tahun lalu.




"Malah, jumlah calon yang memperoleh kelayakan minimum untuk memohon ke institut pengajian tinggi awam (IPTA) juga meningkat iaitu seramai 1,862 orang," katanya kepada pemberita di sini.


Menurut Rosdi, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cenderawasih di sini muncul sebagai sekolah terbaik negeri ini apabila mencapai Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.17 dengan calonnya mendapat kelulusan penuh 100 peratus.


"Manakala, terdapat tiga sekolah mengekalkan prestasi kelulusan penuh 100 peratus selama tiga tahun berturut-turut iaitu SMK Padang Saujana, Jerantut; SMK Tersang, Raub dan SMK Seri Rompin, Kuala Rompin.


"Daripada 49 sekolah yang mendaftarkan calon untuk STPM, sebanyak 20 sekolah mencapai prestasi kelulusan penuh 100 peratus iaitu meningkat berbanding 13 sekolah pada tahun lalu," jelasnya.

Katanya, dua calon iaitu Che Liyana 'Izzati Che Rosli dari SMK Jengka 2, Bandar Tun Razak Jengka, Maran dan Mohamad Shamsul Amin Md. Yusof dari SMK Agama Pahang, Muadzam Shah, Rompin dipilih sebagai penerima Anugerah Pelajar Cemerlang STPM 2012 Peringkat Kebangsaan.

"Kedua-dua mereka menunjukkan kecemerlangan apabila mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diambil," ujarnya.

Sumber; Utusan Malaysia



0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .