Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

STPM 2012 TERENGGANU UNGGUL

STPM 2012 TERENGGANU UNGGUL


Terengganu unggul

KUALA TERENGGANU – Terengganu terus unggul dalam keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Ia berikutan peratusan calon Terengganu yang layak mendapat sijil lebih tinggi iaitu 96.01 peratus (%) berbanding peratusan peringkat negara, 94.44 % iaitu peratusan lulus negeri mengatasi nasional 1.57 peratus.

Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Hashim Mohd Zin berkata, pada 2012, seramai 2,980 calon sekolah kerajaan duduki peperiksaan STPM berbanding 2,810 calon pada 2011. 





Menurutnya, seramai 2,861 calon (96.01%) telah mencapai lulus penuh sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dan layak mendapat sijil berbanding peratusan 2011 iaitu 95.34 %, meningkat 0.67 %.

“Peratusan calon Terengganu yang layak mendapat sijil STPM ialah 96.01 % berbanding peratusan peringkat negara, 94.44 % iaitu peratusan lulus negeri mengatasi nasional 1.57 %.

“Seramai 15 calon mendapat keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00, malah Terengganu juga berjaya mencipta rekod baru apabila dua pelajar tersenarai sebagai calon terbaik negara," katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Hashim berkata, kedua-duanya adalah calon dari daerah Besut iaitu Normadia Manaf dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putra yang mendapat keputusan A untuk lima subjek yang diambilnya iaitu Pengajian Am, Bahasa Malaysia, Sejarah, Geografi dan Seni Visual.

“Manakala Nor Izyan Suhaimi dari SMK Renek yang mendapat PNGK 4.00 dengan memperoleh A bagi subjek Pengajian Am, Bahasa Malaysia, Sejarah, Geografi dan A- Ekonomi juga terpilih terbaik negara bagi kategori luar bandar,” katanya.

Menurutnya, Gred Purata Sekolah (GPS) juga meningkat kepada 2.40 berbanding 2.33 pada tahun 2011, iaitu menunjukkan peningkatan 0.07 mata.

Katanya, sebanyak 13 sekolah yang melebihi GPS 2.60 iaitu Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin dengan GPS 3.05; SMK Renek, Besut (2.86); SMK Durian Guling, Marang (2.85); SMK Tengku Ibrahim, Setiu (2.85); SMK Tengku Mahmud, Besut (2.77); SMK Sultan Ismail, Kemaman (2.75); SMK Badrul Alam Shah, Kemaman (2.75); SMK Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu (2.73); SMK Chukai, Kemaman (2.69); SMK Agama Sheikh Abdul Malik, Kuala Terengganu (2.68); SMK Bukit Besar, Kuala Terengganu (2.66); SMK Chung Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu (2.66) dan SMK Maarif, Besut dengan GPS 2.62.     

"Peratusan mata pelajaran negeri juga mengatasi nasional bagi enam subjek iaitu Bahasa Malaysia 85.47 % berbanding negara 74.28 %, Syariah 85.60 %, (80.26 %), Usuluddin 82.56%  (75.73%), Geografi  79.61 % (72.13%), Komputer 82.3 % (75.99) dan Sains Sukan dengan  84.04% berbanding nasional 76.75 %," katanya.


SUMBER ; SINAR HARIAN


KUALA TERENGGANU 18 Mac - Terengganu terus mencipta rekod tersendiri apabila dua daripada 15 orang calon di negeri itu yang berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PGNK) 4.00 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diumum antara pelajar terbaik negara.


Dua pelajar dari daerah Besut itu ialah Normadia Manaf dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putra dan Nor Izyani Suhaimi dari SMK Renek. Masing-masing memperoleh 5A dan 4A 1A-.


Sementara itu, daripada keseluruhan 2,980 calon yang menduduki peperiksaan itu di seluruh Terengganu pada tahun lalu, seramai 2,861 orang atau 96.01 peratus mendapat lulus penuh sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dan layak mendapat sijil berbanding peratusan kebangsaan 94.44 peratus.


Selain itu, 13 buah sekolah memperoleh Gred Purata Sekolah (GPS) melebihi 2.60 berbanding GPS negeri iaitu 2.40, antaranya Sekolah Menengah Atas (Agama) Sultan Zainal Abidin,(3.05), SMK Renek (2.86), SMK (Agama) Durian Guling (2.85) dan SMK Tengku Ibrahim (2.85). - UTUSAN

Sumber; Utusan Malaysia

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .