Bencana Jerebu Jun 2013
Muar kembali ke paras berbahaya, IPU 373
ASEAN perlu bersatu atasi masalah jerebu
PBB prihatin kemerosotan kualiti udara di Asia Tenggara
Jerebu tebal dari Indonesia yang kini merebak ke Singapura dan Malaysia mendorong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuat gesaan agar langkah pantas segera diambil untuk meningkatkan kualiti udara di Asia Tenggara.Dalam reaksinya tentang asbut tebal yang memenuhi ruang udara kebanyakan bandar raya di Asia Tenggara, seorang pegawai kanan PBB menggesa kerajaan di rantau itu supaya mengambil tindakan segera dan berkesan untuk menghadapi cabaran serius daripada kemerosotan kualiti udara yang boleh menjejaskan kesihatan penduduk di sana.
Sejajar dengan itu, beliau menyeru kerajaan di rantau itu supaya memberi keutamaan terhadap isu kualiti udara dan kesihatan manusia.
“Pencemaran rentas sempadan adalah sesuatu yang kompleks dari segi politik, namun ia perlu ditangani dengan segera. Kita memerlukan rangka kerja lebih berkesan untuk mengurus perkhidmatan ekosistem seperti udara dan air, yang melangkaui sempadan pentadbiran dan politik," katanya.
Beliau berkata perkara itu merupakan isu serantau yang perlu ditangani di peringkat serantau, nasional dan tempatan.
Menurut ESCAP, jumlah kematian akibat pencemaran yang berpunca daripada kenderaan, industri dan kegiatan penghasilan tenaga di bandar raya Asia adalah tinggi, dengan anggaran 500,000 kes kematian pramatang berlaku setiap tahun.
Memandangkan lebih 1.7 bilion penduduk di rantau Asia Pasifik bergantung pada najis haiwan, kayu, sisa pertanian dan arang batu untuk memenuhi keperluan asas mereka terhadap tenaga, maka pencemaran udara dari dalam rumah yang berpunca daripada penggunaan bahan bakar berbentuk pepejal dianggap menjadi punca bagi lebih 1.6 juta kematian, dengan jumlah korban paling tinggi membabitkan wanita dan kanak-kanak.
Heyzer berkata oleh kerana kesihatan merupakan "pendaya paling penting bagi pembangunan", maka sebuah rantau yang lebih lestari perlu dibina dengan memberi keutamaan terhadap langkah mencegah "pencemaran udara, air dan makanan kita serta barangan lain yang menjadi kegunaan bersama di rantau ini".
Beliau berkata pelaburan dalam sistem penjagaan kesihatan hanya merupakan suatu pembaziran jika pada waktu yang sama, sumber paling asas daripada alam sekitar yang begitu penting bagi kesihatan manusia, dimusnahkan.
Pengeluaran karbon dioksida menjadi topik utama dalam perbincangan berkaitan kualiti udara di peringkat serantau dan global berikutan perubahan iklim yang semakin teruk dan ini menunjukkan dengan jelas bahawa antara isu paling serius dan berat berkaitan pencemaran udara, terutama di rantau yang mengalami proses pesat perbandaran, ialah kepekatan zarahan, yang meningkatkan dengan banyaknya risiko penyakit jantung, paru-paru dan kanser.
“Komitmen kami terhadap pembangunan lestari di rantau Asia dan Pasifik akhirnya bergantung pada sejauh mana respons diberi terhadap isu ini," katanya sambil menambah bahawa dengan memperkemaskan mekanisme sedia ada dan melalui platform antara kerajaan yang bersifat inklusif, seperti ESCAP, maka cabaran itu akan dapat ditangani dengan sebaik-baiknya demi manfaat seluruh penduduk di rantau itu. - BERNAMA
Muar kembali ke paras berbahaya, IPU 373
Pada IPU 7 pagi tadi, bacaan di Muar adalah 276 iaitu di paras 'sangat tidak sihat' namun melonjak jam 11 pagi tadi ke paras 'berbahaya'.
Sumber; Berita Harian, Sabtu, 22/6/2013
Jerebu: 211 sekolah di Muar, Ledang ditutup
MUAR 20 Jun - Sebanyak 211 buah sekolah rendah dan menengah di daerah ini dan Ledang ditutup mulai tengah hari ini berikutan keadaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) telah mencatat bacaan 350, melebihi paras bahaya.Pegawai Pendidikan daerah, Ahmad Othman berkata, surat pekeliling mengenai penutupan itu telah dikeluarkan kepada semua sekolah kedua-dua daerah berkenaan.
Menurutnya, sekolah berkenaan akan ditutup beberapa hari bergantung kepada perkembangan IPU semasa. - UTUSAN ONLINE
ASEAN perlu bersatu atasi masalah jerebu
Malaysia adakan perjumpaan dengan menteri Indonesia
Kuala
Lumpur: Negara anggota ASEAN perlu saling membantu dalam semangat
kerjasama untuk menangani masalah jerebu dan isu kualiti udara ketika
ini.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan yang dikeluarkan
di sini, semalam, menyatakan adalah penting bagi perkumpulan serantau
itu untuk saling bekerjasama dalam menangani isu berkenaan.
Syarikat kena patuh
“Syarikat milik Malaysia yang beroperasi di Indonesia juga perlu mematuhi semua undang-undang dan peraturan tempatan dan memastikan mereka tidak menyumbang kepada masalah alam sekitar,” katanya.
Kenyataan itu juga menggesa orang ramai mematuhi nasihat kesihatan yang dikeluarkan pihak berkuasa berikutan keadaan berjerebu di negara.
Jerebu yang menyelubungi selatan Semenanjung Malaysia semakin teruk semalam apabila sekolah di tiga lagi daerah di Johor diarah ditutup.
Ini menjadikan semuanya 610 sekolah di enam daerah di Johor ditutup sehingga semalam.
Sekolah diminta prihatin
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, meminta pentadbiran sekolah prihatin dalam menjamin kesihatan dan keselamatan pelajar ketika musim jerebu ini.
Perdana Menteri menerusi twitternya semalam berkata, sekolah perlu bertindak sewajarnya mengikut situasi bagi memastikan kesihatan dan keselamatan pelajar sentiasa terjaga.
“Pihak sekolah perlu lebih prihatin untuk menjamin kesihatan dan keselamatan pelajar pada musim jerebu. Bertindak sewajarnya mengikut situasi,” katanya.
IPU Pasir Gudang tertinggi
Sehingga tengah hari semalam, kawasan terbabit jerebu di Johor terus mencatat peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dengan Pasir Gudang merekodkan bacaan tertinggi pada 323, iaitu berbahaya.
Bacaan IPU antara kosong dan 50 dikategori sebagai baik; 51 hingga 100, sederhana; 101 hingga 200, tidak sihat; 201 hingga 300, sangat tidak sihat dan lebih 301, berbahaya.
BERNAMA
Malaysia
Haze order: Schools must close if API hits 301
Director-General of Education Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud said school administrators need to take the action under the National Haze Action Plan.
Schools should also stop all co-curriculum and outdoor activities if the API is higher than 250 and stop all outdoor activities for high-risk students if the API exceeds 150, he said in a statement in Kuala Lumpur today.
"The Education Ministry takes a serious view of the haze phenomenon currently affecting the country. Following the decision of the Cabinet meeting on Aug 15, 2012, on the amendment to the National Haze Action Plan, the ministry issued a circular on the measures to ensure the safety of students in areas affected by critical levels of haze," he said.
Abdul Ghafar said state education departments, district education offices and schools had been directed to monitor developments through the mass media and the Department of Environment (DoE) website.
He said the ministry had also opened an operations room to monitor the situation.
"Pupils have been advised to wear masks and schools should take unwell students to the nearest clinic or hospital to ensure their safety," he said.
More than 200 schools in Muar, Johor, were ordered to be closed today when the API there hit 383. - Bernama, June 20, 2013.
Memang bahaya, elakkan aktiviti luar yang tidak penting.
ReplyDeleteAssalamualaikum. Esok pagi, pada 24 Jun 2013, ada pendaftaran di Kolej Kemahiran Tinggi, Ledang. Saya mahu tanya, adakah pendaftaran akan berjalan seperti biasa, ataupun ditangguhkan ke hari lain?
ReplyDeleteTerima kasih.
Lynn Munir
ReplyDeletebetul tu, macam skrg saya dah mula batuk2..
tq Lynn sudi ke blog saya
Waalaikumussalam Nazrin.
ReplyDeletecuba saudara hubungi terus KKTM Ledang ya.