Pages - Menu

Pages - Menu

Ceramah Kerjaya Taklimat Kemasukan ke Matrikulasi KPM

Ceramah Kerjaya Taklimat Kemasukan ke Matrikulasi KPM  

 
Ceramah Kerjaya - Taklimat Kemasukan ke Matrikulasi KPM SMK Lepar Hilir 2013
Program Matrikulasi Kolej Matrikulasi Pahang 














Ceramah bimbingan kerjaya daripada  Pegawai HEP Kolej Matrikulasi Pahang Puan Noorhisham untuk pelajar Tingkatan 5S dan 5M SMK Lepar Hilir, Gambang, Kuantan, Pahang 
diadakan di dewan sekolah pada 29.04.2013 dari pukul 9:10 – 10:20 pagi.

Puan Noorhisham telah memberikan taklimat dengan jelas kepada pelajar-pelajar.
Beliau juga memberi cenderamata kepada pelajar-pelajar yang berani menjawab dan mengajukan soalan kepada Puan Noorhisham.

Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) merupakan salah satu kolej matrikulasi yang dikendalikan oleh Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia.Proses pembinaannya bermula dari bulan Februari 1999 dan siap sepenuhnya pada bulan Januari 2003.Kawasan kolej ini adalah seluas 75 hektar berhampiran Pekan Gambang. Dibuka pada 1 Mac 2003 dan menerima kemasukan pelajar pertama seramai 1857 orang dari seluruh negara pada 5 April 2003

Dari segi kedudukannya, Kolej ini terletak berhampiran jalan utama yang menghubungkan Kuantan dan Kuala Lumpur. Jarak diantara bandar Kuantan pula hanyalah 35 km dan terdapat perkhidmatan bas yang berulang alik diantara Kolej Matrikulasi Pahang dan bandar Kuantan.Kolej ini juga akan berada berhampiran dengan Lebuh raya Pantai Timur mula dibuka pada Disember 2004.



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen