Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Peneroka FELDA Dapat Duit Raya 2013

Peneroka FELDA Dapat Duit Raya 2013

RM32.3 juta duit raya peneroka FELDA

 Jumlah berdasarkan kedudukan harga sawit

Sungkai: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan duit raya RM32.313 juta kepada 112,635 peneroka FELDA bagi menyambut Aidilfitri.

Setiap peneroka akan menerima RM300, manakala yang tidak menghantar hasil ladang dan tanam semula bersama FELDA pula akan menerima separuh daripada jumlah itu.

“Jumlah itu dianggap munasabah berdasarkan kedudukan harga sawit yang menurun sekarang. Lagipun peneroka baru saja menerima dividen daripada saham Felda Global Ventures.

Ringan beban peneroka

“Saya harap ini akan meringankan beban peneroka membuat persiapan Syawal,” katanya pada program Ihya Rahmat Ramadan Warga FELDA peringkat kebangsaan di FELDA Besout 2, dekat sini, petang semalam.

Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM5.1 juta diagihkan kepada peneroka di wilayah Johor Bahru, Raja Alias (RM4.6 juta), Kuantan (RM4.3 juta), Jengka (RM4.2 juta), Mempaga (RM3.8 juta), Segamat (RM3.2 juta), Trolak (RM2.3 juta), Terengganu (RM2.1 juta), Alor Setar (RM1.2 juta), Gua Musang (RM908,400) dan Sahabat (494,100).
Bukti FELDA kukuh

Perdana Menteri berkata, pemberian berkenaan secara tidak langsung menunjukkan kedudukan kewangan kumpulan FELDA kukuh dan mantap, tidak seperti yang dikutuk dan difitnah oleh pembangkang.

Beliau berkata, dua tahun lalu, pembangkang ‘meletupkan’ isu kononnya FELDA sudah muflis tetapi sehingga sekarang rakyat dan peneroka boleh melihat sendiri bagaimana agensi terus melonjak sehingga muncul sebagai perusahaan berasaskan komoditi terbesar dunia.

“Nilai saham terkumpul dalam kumpulan FELDA ketika ini jika kita mahu menjualnya sudah bernilai RM8 bilion. Bagaimana ini boleh dikatakan bankrap? Jika FELDA mempunyai kilang di Quebec, Kanada; hotel dan restoran di Makkah dan Kota Kinabalu; tanah di Kalimantan, Indonesia serta kumpulan hotel FELDA seluruh negara.

“Pembangkang asyik kutuk dan tabur fitnah di seluruh negara, tetapi FELDA menabur jasa dan bakti kepada peneroka dan keluarga mereka,” katanya.

Najib turut mengumumkan pembinaan Perumahan Generasi Baru Felda (PGBF) bagi gugusan Besout sebanyak 420 unit di kawasan seluas 19 hektar serta pembinaan dewan serba guna yang berharga RM900,000 di Besout 2.

Sumber; Berita Harian, 18/7/2013

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .