Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Program Jelajah Psikososial Zon Pantai Timur Kuantan Pahang 2013

Program Jelajah Psikososial Zon Pantai Timur Kali ke 2 Kuantan Pahang 2013


Program Jelajah Psikososial Zon Pantai Timur 
Kuantan Pahang 2013


Alhamdulillah pada Hari Selasa, 2 Julai 2013 yang lalu, penulis blog cikgukaunseling.com berkesempatan mengikuti
Program Jelajah Psikososial Zon Pantai Timur Kuantan Pahang 2013
di  BTPN Beserah, Kuantan, Pahang.

Maaf ye pelayar blog ini sebab saya dah kurang dapat kemaskini blog ini memandangkan banyak tugas hakiki di alam realiti yang perlu saya tuntasi.
Terima kasih kepada anak-anak SMK Lepar Hilir yang membuatkan
Bilik Unit Bimbingan Kaunseling SMK Lepar Hilir sentaisa hot market,:).

Berita yang saya tulis ini pun dah seminggu berlalu, namun saya tetap akan muatnaik di sini memandangkan bagi saya program ini sangat bermanfaat kepada semua peserta program.



Peserta Program Jelajah Psikososial Zon Pantai Timur Kuantan Pahang 2013 dibahagikan kepada 4 kumpulan. Kumpulan pertama terdiri daripada Pengetua dan Guru Besar di Daerah Kuantan. Kumpulan kedua terdiri daripada Guru/ Staf Pool, Ibu Istimewa, Ahli AKRAB dan beberapa orang guru terpilih.

Kumpulan ketiga terdiri daripada Guru Bimbingan Kaunseling SMK.
Saya termasuk dalam kelompok ketiga ini. Secara peribadi saya rasa sangat berfaedah dapat menajdi peserta dalam program ini.

Kumpulan kami diberi taklimat berkaitan Art Therapy oleh
Dr Siti Taniza Binti Toha, Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Pembangunan Psikologi dan Kaunseling.

Ringkas kata, Art Therapy adalah salah satu tools yang menarik diguna pakai dalam sesi kaunseling...

Oleh sebab terikat dengan kerahsiaan dalam kaunseling saya tidaklah memuatnaik aktiviti dan dapatan yang telah kami lakukan.

Kumpulan saya dikendalikan oleh Pegawai PPD Jerantut, Encik Mohd Nadzri B Mahamud. Ahli-ahli lain terdiri daripada GBK Kuantan seperti Encik Mokhtar Said SMK Pandan, Puan Azrinawati Arifin, Puan Soh Sew SMK Tanah Putih, Cikgu Tai Hwa Yih, SMK Gudang Rasau dan Encik Rosli Yahya.

Kumpulan ke 4 dari GBK Sekolah kebangsaan sekitar Daerah Kuantan.

Antara Kumpulan Pengurusan yang terlibat sebagai Penceramah dan fasilitator ialah Puan  Dr Ruziati Binti Mior Ahamad Ariffin, Puan Dr Siti Taniza Binti Toha, Tuan Haji Nazmi Bin Mohd Noor, Puan Hajah Rasidah Binti Dato' Omar dan Tuan Haji Engliman Bin Roslan.


Program Jelajah Psikososial Zon Pantai Timur Kuantan Pahang 2013 ini dianjurkan oleh Bahagian Psikologi dan Kaunseling (BPsK) Kementerian Pendidikan Malaysia bersama Sektor Psikologi dan Kaunseling (BPsK) Jabatan Pelajaran Pahang.
Dengan motto "Bersama Mencipta Kesejahteraan Modal Insan' ianya sangat bertepatan dengan dapatan program ini.

panel profesional yang berkaliber dalam bidang psikologi dan kaunseling

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .