Banjir di Pahang Disember 2013 Beberapa jalan di Kuantan ditutup
Keadaan air di Jalan Muadzam ke Kuantan berdekatan simpang Chini
Dari malam tadi Allah turunkan hujan. Pagi tadi ku gagahkan diri. Menepati temu janji. Bersama klien yang telah berjanji. Lalu ku meredah cuaca yang sungguh dingin. Air di sungai telah melimpah ke jalan raya. Hujan terus membasahi bumi. Berhenti seketika kemudian menderu lagi. Ketika kaki ini melangkah, ke sekolah, bersama hujan yang terus mencurah. Kulihat calon SPM Hari Isnin, 2 Disember 2013 tekun menjawab peperiksaan. Subhanallah hujan terus menerus rupanya air di sungai telah naik....dan akhirnya berlaku banjir.Ketika admin blog memuat naik artikel ini hujan masih turun dengan lebat.Subhanallah.*
Marilah berdoa bersama2 moga Tuhan lindungi kita semua dari malapetaka
bahaya dikala hujan teruk sebegini dan berhati-hatilah pada musim-musim
begini.
Update Selasa 3.12.2013
Jalan Tanah Putih Baru menghala ke Jambatan
Kuantan / Bandar Kuantan ditutup kepada kenderaan ringan. Kenderaan
ringan boleh lalu jalan atas, jalan atas dibuka menjadi dua laluan.[Credit : Wan Mohd Shahir]
Gambar Banjir di Kuantan
Update Selasa 3.12.2013 4.12 pm
Keadaan banjir di Kuantan Pematang Badak
[Credit : Wan Mohd Shahir]
Keadaan banjir di Sungai Isap Jaya
[Credit : Sirdie Dee)
Keadaan banjir di Kolej Shah Putra
Kolej Shahputra jam 1315 hrs
[Credit : Sirdie Dee)
PUSAT BANJIR KUANTAN 095143799 --
siape yang nak tahu jalan man tidak boleh lalu.
KDYTM Tengku Mahkota Pahang mencemar duli menziarah mangsa-mangsa banjir di SMART pada 3 Disember 2013.
Beberapa jalan di Kuantan ditutup akibat banjir
Gambar Sungai Lembing pagi tadi dari JPS
TERPUTUS
HUBUNGAN... Penduduk-penduduk di sekitar Sungai Lembing melihat jambatan
Sungai Charu ditenggelami air sedalam kira-kira setengah meter pada
Isnin.