Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

KISAH DI BALIK PKP #COVID19: SEBUAH PENGALAMAN BEHARGA BERSAMA MASYARAKAT DI SAAT PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (MCO) DI PERLIS MALAYSIA

KISAH DI BALIK PKP #COVID19: SEBUAH PENGALAMAN BEHARGA BERSAMA MASYARAKAT DI SAAT PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (MCO) DI PERLIS MALAYSIA




Hasil jualan beg-beg ini, adalah untuk Projek Kebajikan CSR Persatuan Kaunselor pendidikan Malaysia (PEKAKPM).


Nasi Tomato ayam merah untuk hidangan berbuka puasa
 kepada golongan asnaf di PERLIS.





Àlhamdulillah. Kita dah memasuki fasa 10 akhir Ramadan 1441 Hijrah.
Di saat ini, kita juga telah beralih dari Fasa PKP kepada Fasa PKPB.


Pada post saya sebelum ini,
Saya ada berkongsi kisah penemuan saya dengan seorang wanita berjiwa kental.
"Kak sihat, dik. Boleh jalan kaki. Ada anak ni boleh bawak motor. Takpa aih. Kak boleh ja tolong edar-edar makanan ni,"


"Dik. Kak pun nak jugak saham akhirat, dik. Kak tak mampu nak bagi duit,"
"Kak mampu buat lagu ni ja lah. Mai tolong oramg mana yang kak buleh tolong,"
"Ceq habaq mai ja kat kak. Nak mintak tolong apa. Kak cuba tolong cheq,"
Kak N membahasakan diri saya , asalnya dik. Sekarang dah panggil saya,"Cheq".
Saya terasa dekat dengan Kak N. Walau baru kenal.
"Ni kat rumah akak ada sekampit beras lagi hat kecik. Ritu. Belum dok rumah saja..ada orang mai hantaq zakat. Bagi beras. Ada lebih ,"
"Kak bagi habih kat jiran. Kesian anak ramai. Ibu tunggal pulak,"
"Habis . Akak makan apa?" tanya saya. Kasihan campur hairan.
"Beras sendiri takde. Tapi akak ni sanggup bagi ke orang lain. Pasti kakak ini orang hebat," getus hati saya.
Teringat saya kepada kisah Syaidatina Fatimah Az Zahrah r.anha. Saat datang peminta sedekah di hadapan rumahnya.
Dia bertanya, "Wahai Fatimah. Aku lapar. Aku perlukan makanan,"
Fatimah terdiam. Saat itu. Di rumahnya tiada apa yang tinggal untuk diberi makan kepada orang yang meminta makanan itu.
Fatimah terpandang kepada sehelai tikar yang ada di sudut rumahnya.
"Ambillah tikar ini, tuan. Tuan juallah tikar ini. Hasil jualan tikar ini, tuan ambillah,"
"Tapi untuk apa Wahai Fatimah puteri Rasululliah SAW?" tanya peminta makanan itu.
"Tuan ambillah hasil jualan tikar ini. Untuk membeli makanan dan keperluan tuan," kata Syaidatina Fatimah Az Zahrah.
Peminta makanan itu menerima pemberian Syaidatina Fatimah az zahrah dengan girang.
Peminta makanan itu tidak tahu. Di rumah Syaidatina Fatimah az Zahrah sendiri sudah ketiadaan makanan.


Saat lain. Ketika Syaidina Ali telah memperoleh buah delima yang Syaidatina Fatimah idamkan, ketika Syaidatina Fatimah sedang hamil.
Di perjalanan pulang ketika membawakan buah yang isterinya mengidam, datang lelaki peminta sedekah ke arah Syaidina Ali.
Syaidina Ali memberikan buah delima itu tanpa berkira. Walaupun ia tahu, isterinya mengidam sangat akan buah itu.
Oh iya. Sebsnarnya. Waktu PKP Fasa 2. Setelah menerima panggilan telefon dari seorang wanita yang mengadu akan masalahnya, berkaitan perlu bantuan pek makanan.
Saya kemudiannya menghubungi beberapa pihak di sini. Alhamdulillah. Mereka semua terus mengambil tindakan.
Terima kasih sukarelawan JKM dan team MAIPs yang sangat pantas memberikan bantuan.
Kemudian. Saya juga telah menghubungi Dr Siti Taniza Toha, Presiden PEKA. Bagi membincangkan masalah yang berlaku.
Tanpa saya duga. PEKA terus memberikan sumbangan untuk beberapa orang masyarakat di Perlis yang terjejas.
Terus juga saya mendapat bantuan daripada Mini Market Beseri. Alhamdulillah . Pada PKP Fasa 2, urusan Penyampaian Sumbangan PEKA kepada insan yang memerlukan telah selamat sampai kepada tangan penerima.
Begitu juga saat hendak memberi makanan kepada pihak yang nemerlukan berbuka puasa, PEKA juga telah menghulurkan sumbangan.
Kisahnya bermula apabila seorang peniaga COD makanan secara kecil-kecilan telah memberitahu saya,
"Saya berniaga makanan ni, cik, sebab saya tidak ada gaji dan pendapatan sepanjang PKP ni,"
"Anak-anak saya ramai. Jadi. Inilah yang saya buat, cik. Nak bagi anak-anak makan," kata dia.
Lalu. Makanan untuk berbuka puasa disediakan. Untuk golongan terjejas PKP Fasa 3. Fokus kepada ibu tunggal beranak ramai, OKU dan warga emas menjaga cucu.
"Ya Allah. Terima kasih, banyaklah , ceq. Tok ni dah lama tak makan nasi sedap macam ni. Nasi tomato lauk ayam,"
"Lama dah tak makan sedap-sedap sejak kita kena dok rumah saja,"
"Masa belum PKP pun. Kami lagu ni lah ceq. Makan ja apa ada. Tok dah tua. Tak kuat sangat nak buat kerja bendang,"
"Duit yang MAIPs bagi tu. Tok simpan buat belanja sekolah tu ha Si Fiza (bukan nama sebemar) cucu tok," kata nenek itu.
"Bila agaknya semua ni habis ya, ceq? Tok ni dah tua. Tak larat,"
" Duit pun takdak," wanita usoa 70an itu termenung jauh.
"Tok. Kita sama-sama doa naaa..Semoga virus ni ada penawarnya. Semoga virus ini segera berakhir," kata saya.
"Allah sayang tok. Sebab tu. Allah beri ujian yang berat ni pada tok," sambung saya lagi.
🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷
Saat saya menghubungi Pak Ngah salah seorang sukarelawan di Kuala Sanglang, Perlis.
Sebenarnya. Saya teringat kepada seorang ibu muda yang kental. Seorang pesakit Talesemia. Rakan sebelah katil saya semasa saya dalam wad Kangar pada tahun lepas.
Saat wayar berselirat di badan kami. Ia tidak menghalang kami berbual dari 1 topik ke 1 topik.
Hebat ibu muda sebelah katil saya itu. Ideanya selalu bernas. Cuma nasib tidak menyebelahinya. Ayahnya nelayan. Adik beradik ramai. Dia mengalah. Tidak melanjutkan pengajian.
Suaminya juga seorang nelayan. Bermain dengan laut dan ombak yang ganas. Demi sesuap rezeki yang halal. Laut adalah dunianya.
"Cikgu nak Pak Ngah berikan di kawasan Pak Ngah, ke?" soal Pak Ngah kepada saya.
"Iya, Pak Ngah. Kalau boleh. Tolong sampaikan juga kepada Adik B ya," tutur saya.
"InshaAllah. Cikgu,"kata Pak Ngah.
🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷
"Cikgu. Depa semua suka tak sangga. Ada dapat kurma sekali. Boleh buat berbuka puasa,"
"Alhamdulillah," tutur saya.
"Depa semua mintak Pak Ngah habaq kat cikgu. Depa mintak sampaikan salam depa kat orang Shah Alam tu.
"Hat bagi depa makanan tu",
"Depa nak ucapkan terim kasih. Kat suma-suma lah. Yang bagi duit. Yang tolong semua,"
"Depa doakan..semoga berkat rezeki semua penderma. Semua yang sumbang," kata Pak Ngah panjang lebar.
Alhamdulillah. Saya hanya memanjangkan amanah para penyumbang.
CSR PEKA sebenarnya telah lama. Semasa banjir besar di Kelantan, Terengganu dan Pahang pada beberapa tahun dahulu, PEKA (Persatuan KaunSelor Pendidikan Malaysia) juga telah memberikan sumbangannya.
Teringat juga pengalaman CSR PEKA Di Acheh Pasca Gempa Bumi.😭
Juga CSR PEKA pasca gempa bumi di Gunung Kinabalu, Sabah.
CSR PEKA di Lombok..membantu masyarakat di Lombok..
Dan juga CSR PEKA di Jordan dan Bumi Syam.....
Banyak lagi CSR PEKA.
Terima kasih, PEKA di atas kesudian membantu masyarakat di Perlis. Terima kasih. Dr Siti Taniza Toha atas bimbingan dr kepada saya cara untuk mengendalikan depression/ stress individu yang terganggu / terjejas denga Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia.
Lebih kurang 200 orang penerima telah menerima sumbangan PEKA sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan fasa 1 -3
Terima kasih juga kepada CEO MAIPS yang terus mengambil tindakan pantas.
Terima kasih juga kepada Sukarelawan Pusat Bantuan JKM dan MAIPs.
Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat Polis...Saya telah mendapat cadangan bantuan yang baik dari pihak polis di sini kaedah terbaik dalam menyampaikan bantuan saat PKP. Lalu saya akur dengan peraturan yang telah diberikan.
Anda semua insan hebat. Frontliners yang sanggup bergadai nyawa demi keselamatan kami.
Terima kasih kepada para penyumbang CSR PEKA, individu, peniaga, polis, pihak berkuasa tempatan, sukarelawan JKM, MAIPs, JKM Perlis dan semua pihak di atas kerjasama sepanjang CSR PEKA Perlis 2020.
Terima kasih kepada semua
Semoga Allah merahmati semua pihak yang membantu melicinkan perjalanan ini.
....
🌷Asma', Rabu. 13/5/2020.🌷

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .