Ramadhan Yang Dinanti
Ya Allah
Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban
dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan".
(Hadith Riwayat Ahmad dan At Tabrani daripada Anas)
Ramadhan Yang kian mendekat,
apakah daku dapat bertemunya lagi pada kali ini?
ataukah saat perjanjian terlebih awal menantiku
lantas tiada lagi peluang untukku bersamamu?
Ramadhan yang kian menghampiri
bagai gamitan sang kekasih kepada kekasih
apakah sudah bersedia sang pecinta bertemu dengan kekasihnya?
ataukah sang pecinta masih lagi termangu
hanya menanti tanpa bekal
hanya berharap tanpa usaha..
Ramadhan
apakah daku bisa sampai padamu
dengan penuh kasih dan cinta?
Ya Allah mudah-mudahan tahun kali ini, daku dapat berpuasa dengan berjaya.Biarlah macam mana keadaan pun, Mudah-mudahan daku tak perlu terpaksa berbuka Ya Allah. Tambahan pula, tahun ini daku sudah tidak menyusukan lagi bayiku. Semoga dikau berikanku kekuatan Ya Allah.
“Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”
Telah berlalu hari, minggu, dan bulan. Sedar atau tidak, kita semakin mendekati bulan yang penuh kebaikan, keberkatan, dan rahmat. Bergema di serata dunia doa orang-orang yang beriman; Allahumma Ballighna Ramadhan. Doa yang diwarisi dari kekasih yang dicintai Ar-Rasul s.a.w.
Allahumma Ballighna Ramadhan. Inilah doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini. Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa ‘Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan’ (Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi).
Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik dengan tema yang agung ini; Allahumma Ballighna Ramadhan. Kesannya, mereka menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan. Saudara yang mulia, bagaimanakah halnya kita?
Allahumma Ballighna Ramadhan, merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang salih bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka). Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.
Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramdhan kali ini.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen