SLAD
Skim Lencana Antidadah (SLAD) merupakan satu usaha terancang untuk melibatkan ahli-ahli Persatuan Pkaian Seragam Sekolah Menengah dalam aktiviti antidadah di sekolah dan akhirnya kepada masyarakat luar.
Rasional
Murid lebih mudah ditemui dan diperngaruhi oleh rakan mereka. Oleh itu, penggunaan pengaruh rakan sebaya untuk menyampaikan mesej antidadah dan mengajak mereka supaya memainkan peranan yang lebih berkesan perlu diperluaskan dalam mencegah penggunaan dadah di kalangan rakan, keluarga dan masyarakat sekitar.
Objektif
1. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran menyampaikan mesej antidadah.
2. Dapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan sebaya, ahli keluarga dan masyarakat.
3. Menolong rakan sebaya yang mempunyai risiko tinggi supaya berhubung dengan Guru Bimbingan & Kaunseling
4. Memberi khidmat sukarela dalam aktiviti antidadah apabila tamat persekolahan.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen