Pages - Menu

Pages - Menu

Dikhianati Rakan

Hati pilu dikhianati rakan 


Entry ini dimuatkan di cikgubimbingan-kaunseling.blogspot sebagai rujukan pemilik blog ini. Ia diambil dari Harian Metro, ruangan kaunseling remaja bersama Dr Sapora Sipon.Semoga mendapat manfaatnya.

SAYA mempunyai sahabat baik dan bekerja di syarikat yang sama. Kami seperti adik-beradik, malah keluarga saya menerimanya sebagai anak angkat.

Teman saya banyak menimbulkan masalah di pejabat dan nyaris diberhentikan kerana kurang produktif serta tidak menunjukkan minat dalam kerja.

Saya berusaha membantunya supaya dia tidak diberhentikan walaupun terpaksa menerima cacian (ramai tahu sikapnya yang pemalas).

Entah di mana silapnya, dia berubah sikap dan apabila di bawa berbincang, dia menengking, memaki-hamun dan menuduh saya macam-macam. Dia mendakwa saya menyebabkannya tertekan.

Apabila disiasat, ia berpunca daripada orang yang tidak menyenangi persahabatan kami. Bila diberitahu, dia tidak mempercayainya, malah menuduh saya mereka-reka cerita.

Lebih menyakitkan hati, dia mengaku berkawan dengan saya semata-mata untuk kepentingan dirinya, malah dia mendoakan kematian saya.

Justeru, saya membawa diri kerana terlalu tertekan sehingga jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Sepanjang tempoh itu, saya banyak menerima SMS daripada orang tidak dikenali berbentuk ugutan dan cacian.

Apabila disiasat, SMS itu daripada teman saya, malah saya mendapat tahu dia sudah melakukan perbuatan itu dengan ramai orang. Ini membuatkan saya sukar untuk percaya.

Sehingga kini, dia masih menyalahkan saya tanpa sebarang perbincangan. Perbuatannya itu turut menjejaskan persahabatan saya dengan rakan lain.

Kini, saya lebih gemar menyediri kerana terlalu sakit hati dengan perbuatan kawan baik saya itu.

Saya cuba melupakannya tetapi gagal. Apa pun, saya tidak dapat memaafkan perbuatannya walaupun suatu hari nanti dia memohon maaf.

Bantulah saya bagaimana mahu menghadapi keperitan hidup ini. Saya masih menyayanginya tetapi amat tertekan kerananya.

INSAN TERLUKA,
Dya

JAWAPAN


MELALUI kepahitan persahabatan memang menyakitkan dan melukakan. Apatah lagi, hubungan persahabatan yang dibina dengan kawan baik bagaikan adik-beradik.

Namun, persahabatan sama seperti hubungan lain iaitu perlu melalui banyak pahit manisnya. Kata-kata 'sahabat pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok' bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Adik sendiri melaluinya.

Ada ahli psikologi mengatakan walaupun mempunyai kawan baik adalah penting untuk kesejahteraan kesihatan mental dan fizikal, persahabatan juga boleh membawa kepada perasaan tertekan jika bertukar menjadi permusuhan.

Andaian dan pemikiran bahawa persahabatan antara kawan baik akan kekal selama-lamanya adalah permulaan kepada kegagalan dalam persahabatan.

Adik memulakan persahabatan dengan pemikiran dan jangkaan tinggi hubungan ini akan berjalan manis berjaya.

Justeru, tidak hairanlah adik sanggup berkorban masa, tenaga serta emosi untuk kawan adik itu. Sebagai balasannya, adik inginkan sahabat berkorban untuk adik. Realitinya, apa yang berlaku tidak memenuhi jangkaan.

Itulah permulaan kepada segala tekanan adik. Sahabat yang dijangka membawa sinar dalam hidup rupa-rupanya khianati adik sehingga membawa begitu banyak penderitaan.

Kata-kata bahawa 'persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman' tidak lagi wujud dalam kamus persahabatan adik.

Sikap suka membantu memang baik, tetapi adik perlu bertanya sama ada kawan baik adik selesa dengan pengorbanan dan sikap ambil berat itu.

Kawan adik perlu bertanggungjawab di atas sikapnya di tempat kerja. Terlalu melindungi dan mempertahankan kawan adik boleh memberi persepsi yang salah di pihaknya.

Anggapan bahawa adik sengaja membuatnya tertekan dan mahu memusnahkan hidupnya mungkin datang dari peristiwa di mana adik sendiri tidak tahu puncanya.

Perubahan sikap kawan adik tidak semestinya datang daripada kesilapan mana-mana pihak. Setiap masa dan saat manusia boleh berubah.

Sikap kawan baik yang mengakui mengambil kesempatan dalam persahabatan kalian demi kepentingan dirinya serta mendoakan kematian adik memang sikap tidak bertanggungjawab.

Ketika ini, adik dan kawan baik dipenuhi dengan emosi. Jadi, berilah masa dan ruang untuk adik berdua melihat serta menilai semula persahabatan itu.

Dalam permasalahan diri adik, apa yang perlu dilakukan ialah melihat kepada persoalan serta isu sebenar. Sikap terlalu mengambil berat boleh diakibatkan dari sikap tidak percaya, ingin mengawal dan mengatur persahabatan seperti yang diinginkan.

Persoalan, dalam hubungan persahabatan kalian berdua, adakah apa yang diinginkan oleh adik selari dengan apa yang diinginkan kawan baik adik itu?

Penyelesaian kepada masalah adik berdua adalah satu proses yang berterusan. Akan wujud tangisan dan tawa dalam proses ini. Bersedialah untuk memaafkan dan tidak salah menyalahkan.

Adik juga perlu bersedia berkawan dengan orang lain. Bersahabat dengan ramai orang dan mencari rakan baru mungkin mengubat kesedihan adik.

Dr memahami mengapa adik tidak mungkin dapat memaafkannya sehingga akhir hayat. Tiada siapa yang boleh menangani masalah adik kerana sebagaimana bersedianya adik untuk meneruskan kehidupan, adik akan berasa kepedihannya.

Justeru, adik perlu lalui kesakitan dan kepedihan ini dengan penuh tabah. Dapatkan khidmat kaunseling bagi mengurangkan tekanan atau luahkan kepada orang yang adik percaya.

Apabila hati dan emosi tenang, cuba maafkan kawan adik itu. Kesediaan adik untuk memaafkan kawan baik sesuatu yang mulia kerana Allah merahmati seseorang yang melapangkan tempat buat saudaranya.

Namun, jika adik masih gagal memaafkan dia, anggaplah apa yang berlaku mengajar adik menjadi lebih matang dan berhati-hati memilih sahabat.

Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) Jom Masuk U!


Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) Jom Masuk U

KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA (KPTN) – ‘JOM MASUK U’ TAHUN 2010 merupakan Program Outreach tahunan Kementerian Pengajian Tinggi yang telah dilaksanakan semenjak Tahun 2005 berdasarkan maklum balas positif yang diterima dari kaunselor, pendidik, pelajar, ibu bapa, masyarakat umum dan stake holders lain. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Mulai tahun 2010 KPTN akan menjadi “signature programme” Kementerian Pengajian Tinggi.


Jom ramai-ramai ke Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN); Jom Masuk U. Khususnya kepada remaja lepasan SPM atau sijil atau diploma dan sesiapa yang berminat hendak melanjutkan pengajian ke IPTA, ambillah peluang program outreach seumpama ini. Bertemu dan bertanya sendiri dengan wakil-wakil IPTA seluruh Malaysia; apakah syarat,kriteria dan juga mungkin ingin tahu suasana pembelajaran di kampus impian masing-masing.

Peringkat Zon 1; Majlis pelancarannya di Persada JB.

Eh tak nak pergi? Rasa tak layak nak masuk U sebab rasa tak confident SPM dapat cemerlang? Manalah tahu kan...di tengah-tengah rasa tak layak nak masuk U..anda rupanya layak ke IPTA?

atau rezeki anda... mungkin tidak selaju dan sepantas orang lain, tetapi bermula tangga demi tangga untuk mendapat segulung ijazah...takpe.sesetengah orang rezekinya selaju nak naik lif,sesetengahnya pula kena naik tangga. Ops saya dah mula menceceh ni...

Yang penting...pengalaman yang dikutip sepanjang menuju kejayaan adalah butiran mutiara hikmah yang tak ternilai harganya...kerna apa yang dialalui kini adalah latihan hari esok. Yang penting, Yakinlah Allah bersama anda jika anda telah buat semua perintahNya dan jauhi laranganNya.


Ok,jom ke Karnival Pengajian Tinggi Negara.  ‘JOM MASUK U’ TAHUN 2010

JOM MASUK U

















KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA 2010

JOM MASUK U

TUJUAN

Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) Tahun 2009 adalah Anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Dengan Kerjasama Kementerian Pelajaran MALAYSIA. "JOM MASUK U" merupakan program tahunan KPT dan telah dilaksanakan semenjak tahun 2005. Program ini diteruskan pada tahun 2009 untuk tahun ke 5 pelaksanaan berdasarkan maklum balas positif yang diterima dari kaunselor, pendidik, pelajar, ibu bapa, masyarakat umum dan stake holders lain. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
KPT telah menggunakan tagline ‘’JOM MASUK U’’ bagi memotivasikan para pemohon untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini mengenai peluang pendidikan tinggi di Malaysia.
  • Objektif program adalah menjadi Pusat Sehenti (One Stop Centre) bermaklumat kepada kumpulan sasaran seperti pemohon, ibu bapa, guru dan komuniti setempat untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi akreditasi dan pembiayaan bagi Lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf.

  • Program ini juga ingin mendidik dan memupuk kesedaran di kalangan pemohon dan masyarakat awam mengenai pelaksanaan permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian (Online) .

  • Menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan dasar pemilihan Kemasukan ke IPTA yang mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum

  • Menerangkan kaedah pemarkahan kokurikulum berasaskan sekolah yang diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi permohonan Kemasukan ke IPTA.

  • Mempromosi serta menyebarluaskan maklumat mengenai program pengajian baru yang ditawarkan oleh IPTA dan institusi lain mulai sesi akademik 2009/2010.

Sasaran kehadiran pengunjung ke pameran pendidikan ialah 100,000 yang terdiri daripada :
  1. Pelajar SPM/STPM/Diploma/Matrikulasi/STAM sedang belajar
  2. Lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma dan lain-lain
  3. Guru,kaunselor, ibu bapa, masyarakat setempat.
  • Forum Hala Tuju Lepasan SPM/STPM ke IPTA (Kaunselor terpilih).
  • Ceramah dan forum yang interaktif dan berfokus kepada kumpulan sasaran oleh IPTA, Bahagian /Agensi KPT/KPM seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara(PTPTN), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM), Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan Jabatan Pengajian Tinggi.
  • Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN), “JOM MASUK U’’ oleh IPTA, Agensi/Institusi, Bahagian di bawah Kementerian Pengajian Tinggi / Kementerian Pelajaran Malaysia / Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan dan IPTS serta lain – lain institusi yang menawarkan peluang Pendidikan Tinggi.
  • Cabutan bertuah ‘’JOM MASUK U’’ kepada pengunjung.
  • Penyediaan brosur program pengajian yang ditawarkan oleh IPTA, IPTS, Politeknik, Kolej komuniti dan pelbagai agensi lain; dan Khidmat Kaunseling.


Program ini akan disertai bersama oleh 20 IPTA, Bahagian/Agensi di KPT seperti BPKP JPT, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), PTPTN, MQA, IPTS serta Agensi/Bahagian di KPM seperti Bahagian Sekolah, Bahagian Matrikulasi KPM, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) KPM, Majlis Kaunselor Negeri, Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta lain-lain agensi yang terlibat dengan pendidikan tinggi.



  • Penceramah yang mempunyai kepakaran mengikut bidang tertentu akan dikenal pasti untuk dijemput memberi ceramah dalam forum.
  • Jabatan Pelajaran Negeri, Kolej Matrikulasi KPM/Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM), Asasi UiTM dan Politeknik akan menentukan senarai kaunselor terpilih termasuk kaunselor dari Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) sekolah, Wakil Majlis Kaunseling Sekolah Rendah serta Wakil Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) berdasarkan formula yang ditetapkan oleh BPKP Jabatan Pengajian Tinggi.
SUMBER: http://upu.mohe.gov.my/