Pages - Menu

Pages - Menu

Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) Jom Masuk U!


Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) Jom Masuk U

KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA (KPTN) – ‘JOM MASUK U’ TAHUN 2010 merupakan Program Outreach tahunan Kementerian Pengajian Tinggi yang telah dilaksanakan semenjak Tahun 2005 berdasarkan maklum balas positif yang diterima dari kaunselor, pendidik, pelajar, ibu bapa, masyarakat umum dan stake holders lain. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Mulai tahun 2010 KPTN akan menjadi “signature programme” Kementerian Pengajian Tinggi.


Jom ramai-ramai ke Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN); Jom Masuk U. Khususnya kepada remaja lepasan SPM atau sijil atau diploma dan sesiapa yang berminat hendak melanjutkan pengajian ke IPTA, ambillah peluang program outreach seumpama ini. Bertemu dan bertanya sendiri dengan wakil-wakil IPTA seluruh Malaysia; apakah syarat,kriteria dan juga mungkin ingin tahu suasana pembelajaran di kampus impian masing-masing.

Peringkat Zon 1; Majlis pelancarannya di Persada JB.

Eh tak nak pergi? Rasa tak layak nak masuk U sebab rasa tak confident SPM dapat cemerlang? Manalah tahu kan...di tengah-tengah rasa tak layak nak masuk U..anda rupanya layak ke IPTA?

atau rezeki anda... mungkin tidak selaju dan sepantas orang lain, tetapi bermula tangga demi tangga untuk mendapat segulung ijazah...takpe.sesetengah orang rezekinya selaju nak naik lif,sesetengahnya pula kena naik tangga. Ops saya dah mula menceceh ni...

Yang penting...pengalaman yang dikutip sepanjang menuju kejayaan adalah butiran mutiara hikmah yang tak ternilai harganya...kerna apa yang dialalui kini adalah latihan hari esok. Yang penting, Yakinlah Allah bersama anda jika anda telah buat semua perintahNya dan jauhi laranganNya.


Ok,jom ke Karnival Pengajian Tinggi Negara.  ‘JOM MASUK U’ TAHUN 2010

6 comments:

  1. thn baru...rumah pun baru.

    kat pesada johor...dah dekat dgn opis zue...nak masuk u lagi ke?

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih atas maklumat yang diberikan.

    Saya pun memang teringin sangat nak masuk universiti ni

    manalah tahu ada rezeki nanti dapat masuk universiti di Kuantan

    ReplyDelete
  3. Saya mgkn akan pergi juga..Berminat untuk permohonan kemasukan pelajar di Segi Unversity bagi bidang Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sila Hubungi En Amran 0123791871
    Tolong sebarkan dan Terima kasih. #SPM dan #STPM dan #SEGI #SEGI UNIVERSITY..http://segiintake.blogspot.com/2012/04/permohonan-kemasukkan-ke-segi.html

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen