Pages - Menu

Pages - Menu

Anak Istimewa Kelas Mereka

Anak Istimewa:Kenangan Terindah;

Kelas Untuk Pelajar Bekeperluan Khas yang Indah




scan0003

scan0001
Gambar  pada Jun 2006

Anak-anak bekeperluan khas sangat dekat di hatiku.

kenangan -kenangan indah bersama mereka..

amat mahal harganya

Kekuatan semangat, kasih sayang dan perhatian mereka

buat guru-guru mereka amat tebal

walau di mana

apabila mereka bertemu bekas guru mereka

pasti tanpa segan silu

ditegurnya gurunya itu.

Jika tahu gurunya sakit

segera diambilnya minyak angin disapu ke tangan gurunya

meski yang sakit di tempat lain

namun telatah mereka membahagiakan..

meski kadang kala lelah dan sukar untuk memahami jiwa anak-anak ini


Semalam, seorang anak ini berpapasan dengan bekas gurunya

Lalu dia yang ingat-ingat lupa

Segera menuju ke kereta gurunya

Melihat nombor plat kereta gurunya

Digaru-garunya kepalanya yang tak gatal

Digenyeh-genyehnya matanya melihat kereta

kemudian pergi kepada bekas gurunya

yang sedia menunggunya dengan senyuman

lalu dia pun turut tersenyum

....oh ingat orang lain tadi....


p/s: sedih dengan kejadian yang menimpa adik Haresvarran.Perginya si kecil yang comel...di kaki seorang yang berjiwa kejam.

19 comments:

  1. Pernah suatu ketika setelah selesai urusanku mengiringi isteri berjumpa doktor, aku ke farmasi untuk mendapatkan bekalan ubat. terdengar laungan yang agak kuat "Assalamua'laikum cikgu"..kerena terasa diriku juga bertugas sebagai cikgu lantas aku menoleh terlihat seorang jejaka yang agak handsome dengan bag digalas tersenyum memandangku. bekas pelajar berkeperluan khas TJ. aku senyum kepada ibunya yang berlalu pergi dengan wajah tanpa perasaan. malu agaknya anaknya begitu...jejaka ini jua yang bertemu dgnku semalam...:-) aku bukan gurunya tp pernah bekerja disekolah itu :-), Mak dan ayah pelajar ini mempunyai dua anak yang berkeperluan khas. semoga ibu bapa ini tabah mengharungi ujian yang maha esa.

    ReplyDelete
  2. kalau lah semua guru p. khas begini...

    ReplyDelete
  3. salam kak masyitah...

    ni lah pengorbanan seorang guru yg begitu sabar melayan anak2 istimewa...bagaimana jika sy berada di tempat akak, adakah sy berjaya melakukannya...

    disinilah tahap kesabaran & keimanan kita dicabar...mudah2an akak berjaya menempuhinya...

    ReplyDelete
  4. tak sama kan, mengajar pelajar biasa dan pendidikan khas...
    dan, saya rasa cabarannya lebih besar untuk pend. khas...

    memang geram dengan manusia yang dah bertukar sifat sekarang ni...

    ReplyDelete
  5. Salam ummu,moga sht n ceria selalu.Mg sesiapa yg bergelar guru tetap guru smpai akhir hayat..jasa seorg yg mulia dlm smpaikan ilmu.

    ReplyDelete
  6. mmg respect dgn guru2 pemulihan khas nie...mrk semua mmg tabah n gigih...

    Mmg ank2 istimewa ni tahu menghargai jasa....

    ReplyDelete
  7. waalaikumussalam,jazakillah khu khairan katsira
    atas doamu...

    ReplyDelete
  8. Anak2 istimewa terlalu polos kak...
    moga mereka dapat uruskan diri
    dan membina kehidupan seperti insan lain

    ReplyDelete
  9. betul pndangan Sya
    kalau tak kuat hati,dan ter simpati lebih
    jadi, kena lebih kepada emphati...

    ReplyDelete
  10. waalaikumussalam white rose
    terima kasih atas pandangan dan doa mu.
    p/s: buat masa ini,akak menjadi housewife je dik.
    gambar kenangan di atas pada tahun 2006..

    ReplyDelete
  11. kawan fisa ada 2 orang anak istimewa...
    fisa salute kat die sebabnya anak dia yg jenis agak agresif...
    tabah sungguh die menghadapinya...
    tapi berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul kan...

    ReplyDelete
  12. 2 orang Fisa?ya allah..sabarnya..
    Berat lagi mereka yang melaluinya...

    ReplyDelete
  13. salam,
    Turut bersedih dgn nasib anak2 yg didera hingga maut itu...dunia akhir zaman..

    ReplyDelete
  14. waalaikumussalam,betul encik mazru
    maybe itu mungkian tanda2 akhir zaman..

    ReplyDelete
  15. As Salam. Sya juga mempunyai seorang anak istimewa, anak kedua dari tiga beradik. bersekolah di sek pendidikan khas di salah sebuah sekolah di Klang. Malangnya, tak semua guru sekarang berilmu dan penuh dgn rasa tanggung jawab lebih2 lagi guru2 muda perempuan. Yg dpt saya lihat, mereka berpakaian cantik2 ke sekolah.

    Sedangkan jika anak2 istimewa ini terberak atau terkencing di kelas, mereka sanggup call parents untuk datang bersihkan anak. Bayangkan, pernah saya meeting di PJ, mereka suruh saya dtg, sedangkan saya dah sediakan keperluan seperti susu, roti, baju, seluar, diapers, tuala dan even sabun di dalam beg. Mereka kata tak ada. Pendek cerita, masa saya pergi ambil anak, anak saya dengan keadaan berak & terkencing sehingga air kencing mengalir dari wheelchair hingga ke lantai tak berbasuh.

    Saya tunjukkan pada cikgu di kelas, ini begnya, ini brg2 keperluannya, sanggup cikgu2 semua hidu bau busuk sekelas kerana tak sanggup kotorkan tangan dan baju2 cikgu yg cantik2.

    Menangis saya pada waktu itu mengenangkan ""jasa"" cikgu yg sebegitu !!

    As Salam.

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen