Pages - Menu

Pages - Menu

Catatan Perjalanan ke HUSM Alam dan manusia

Catatan Perjalanan ke HUSM Alam dan manusia


Alhamdulillahhirabbila’lamin, syukur pada Allah SWT,atas anugerah rahmat dan taufik hidayahNya,kita dapat bersua kembali di sini. Salawat dan salam buat Rasul junjungan mulia,Nabi Muhammad SAW yang tercinta.

Sesungguhnya emas sebesar Bukit Uhud pun tak dapat menandingi jasa dan pengorbanan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat assabiqunal awwalun,dalam memastikan ummat akhir zaman masih dapat menikmati nikmat Iman dan Islam,nikmat yang terbesar anugerah daripada Allah SWT Yang Maha Esa.

Entry ini adalah lanjutan dari entry sebelum ini, Jalan-jalan Kesihatan, klik sini.

Perjalanan Pergi


Di antara Jerantut ke Lipis...

DSC00357

DSC00359
DSC00264 Sebahagian Pemandangan di Felda Kechau

Photo-0333

DSC00268

2 keping gambar dia tas ni di Kelantan...




ktdintro

Sewaktu mencari jalan ke HUSM, kami asyik tersalah jalan je. Tapi Allah izin, ada hikmahnya. Terjumpa tanda arah ke KTD, Kolej Teknologi Darulnaim, Pengkalan Chepa. Info lanjut tentang kolej ini yang menjalankan program diploma kerjasama dengan UTM dan KUIS, sila klik sini.

DSC00270

Bangunan HUSM

Semasa dalam wad 2TD HUSM

DSC00370

DSC00380
Seorang pekerja sedang membaiki lampu di bilik wad yang saya diami. Candid ya bang,jangan marah tau.


Alhamdulillah, secara keseluruhan saya berpuas hati dengan perkhidmatan di sini. Kebersihan dan kekemasannya sangat baik.  Sejadah, arah kiblat dan poster  cara-cara menunaikan solat bagi orang yang sakit turut ada disediakan.

Begitu jua saya bersyukur Allah menganugerahkan staf nurse yang baik hati belaka. Mereka ramah, mesra dan sedia membantu pada bila-bila masa. Terasa bagai berada di lingkungan keluarga sendiri dengan kemesraan mereka. Semoga mereka terus berdedikasi bertugas.InsyaAllah.

Kebetulan, dalam bulan Mei ini, terdapat sambutan Hari Jururawat pada 12 Mei. Selamat Hari Jururawat buat semua jururawat. Di dalam sejarah Islam, antara wanita muslimah terawal menjadi perawat ialah RUFAIDAH AL-ANSHARIYAH ATAU AL-ASLAMIYAH.

Beliau telah dengan penuh kerelaan mempertingkatkan usaha dalam dunia perawatan dan melatih ramai wanita dan remaja yang terdiri dari muslimah untuk mendalami ilmu perawatan. Beliaulah merupakan pengasas sekolah kejururawatan yang pertama dikalangan umat Islam pada ketika itu . Info lanjut, klik sini.

Perjalanan Balik

Di Jajahan Pasir Puteh

DSC00393

DSC00396

DSC00394

Di Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir.

DSC00415

DSC00410

Di Bandar Kuala Terengganu

DSC00403

DSC00424

Jom Makan di Terengganu...

DSC00420

DSC00427

24 comments:

  1. salam..
    Saja jln2 ke atau ada sakit kronik? Sorry tak brapa ikuti blog ni..
    insyaAllah acik letak link diblog acik spy mudah nk ke sini..^_^

    ReplyDelete
  2. kalo sy kuar kan.. x lekang mata pndang kiri dan kanan.. mcm x pernah jumpa apa yg di tengok hehe.. pas tu sibuk nak snap bagai

    harap ummi sihat ye..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ummu masyitah. semoga sentiasa dilimpahi rahmat kesihatan yang baik oleh Allah SWT.
    jauh masyitah merantau demi kesihatan diri. yang ni kali ke berapa ke HUSM?
    kakchik teramat sibuk sekarang ni sampai tak sempat nak selalu blogwalking macam sblm ni.
    semoga masyitah sentiasa berbahagia bersama suami dan anak-anak.
    selamat hari ibu!

    ReplyDelete
  4. cantik pelangi tu, macam pelangi kat kl jugak yea...

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Ummi sakit apa?
    kenapa buat rawatan jauh ke USM..?

    ReplyDelete
  6. wahh..jauh permandangan luas pengalaman =)

    ReplyDelete
  7. salam ummu..kenapa ke hospital usm..ummu sakit apa..hospital tu dekat je dengan rumah makcik..kalau datang lagi bagitahu boleh makcik melawat diward..

    ReplyDelete
  8. Salam,
    Moga akak diberi kesihatan yang baik hendaknya...aminn Ya Rabb

    ReplyDelete
  9. salam kak mas...

    akak dah ok???

    bgus laa dorang layan akak dengan baik...

    alamak, sedapnya nasi goreng tuh...
    dah 6 hari saya tak makan nasi...

    ReplyDelete
  10. waalaikumussalam Atikah
    amin,amin ya rabbal alamin

    ReplyDelete
  11. waalaikumussalam rose,alhamdulillah,ok.
    wah, rose dah berjaya mendisiplinkan diri.
    tahniah,dik.:)
    nanti akak pun nak ikut jejak langkah rose.
    erk,boleh ke ni?adus susahnya nak disiplinkan diri akak ni.

    ReplyDelete
  12. waalaikumussalam makcik Yam.Terima kasih atas keprihatinan makcik.
    moga Allah berkatimu.

    ReplyDelete
  13. waalaikumussalam sis Faiziah.
    saya ke sana utk radiofrekuensi,sis.
    tentang pembinan blog nanti saya tanya
    dengan orang yang membantu saya membuat blog ini.
    blog ni dah ada seseorang siapkan tapaknya dan fasilitisnya,
    saya tinggal taip entry je,sis.

    ReplyDelete
  14. waalaikumussalam kak chik.
    hi hi memang jauh rasanya
    kalau orang lain 6 jam,
    saya jadi 8-9 jam perjalanan
    maklum lebih banyak berhenti dari jalan terus
    TQ ya kakchik.:)

    ReplyDelete
  15. he he.samalah kita
    saya pun taknak lepaskan peluang tu
    padahal pakai camera hp cikai je.
    yang penting,kita bahagia dan tak kacau orang sudah..

    ReplyDelete
  16. waalaikumussalam Bro Ab Razak
    alhamdulillah dah selamat sampai ke rumah.terima kasih ya.

    ReplyDelete
  17. waalaikumussalam achik
    TQ atas keprihatinan achik.
    ke sana utk wat rawatan,sis.

    ReplyDelete
  18. Salam Ummu,

    Ummu dah dapatkan rwtn banyak kalilah ya. Kak baru sekali, 9hb 6 nnt kali kedua, tak sabar nak menunggu. Kawan kak sama sekolah dulu buat rwtn ni pada 30 hb april yg lepas, alhamdulillah dah tak sakit lagi betisnya.Kak pula sangat kronikmengikut kata dr nizar krn telah dua kali pembedahan sebelum ini.

    Kak sebenarnya dah copy artikel 2 mei tu ke N3 kak tp save as draft, insyaAllah lepas ni publish untuk sesiapa yang terbaca blog kak sebagai pedoman.

    Kak doakan semoga Ummu pulih sepenuhnya insyaAllah. Amin

    ReplyDelete
  19. salam ummu...
    sambil2 pergi berubat, sambil2 menikmati keindahan alam ciptaan Allah kan, ummu...
    cukup lengkap dengan sawah bendang, dengan pantai, dengan pelanginya... :)

    ReplyDelete
  20. waalaikumussalam Sya.
    :) geram sebenarnya nak memanjat bukit
    dan menuruni lembah macam masa anak dara dulu.

    ReplyDelete
  21. waalaikumussalam kak werdah.amin.alhamdulillah atas doa akak.

    Alhamdulillah,bersyukur saya ttg kawan akak tu.
    oh akak 2 kali operation?
    kita berusaha,yang menentukan, Allah jua kan kak.

    saya suka tengok langit biru, hijau pepohonan,
    riang ria si kupu-kupu (saya nampak kupu-kupu kuning
    yang mat banyak sepanjang 7km dari sebelum Mela hingga lepas Mela.
    suami saya cakap,saya ni jakun.:) )
    Bagi saya semua ini, fenomena alam ini kerana pasti
    Allah tak menjadikannya sia-sia.

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen