Pages - Menu

Pages - Menu

Jururawat bergelar 'doktor'

 Jururawat bergelar 'doktor'

Artikel Jururawat bergelar 'doktor' ini diambil dari Akhbar Kosmo Online, Ahad, 27 Jun 2010 untuk kemudahan rujukan pemilik blog.

TIDAK pernah penulis membayangkan betapa sukarnya menjadi jururawat sehinggalah menemui Prof. Madya Dr. Khatijah Lim Abdullah baru-baru ini.

Bukan apa, mungkin kerana pandangan remeh yang sering dilemparkan kepada kerjaya itu membuatkan sesetengah kita terlepas pandang kepayahan mereka.

Apabila penerima anugerah kejururawatan, Anugerah Tuanku Bainun minggu lalu itu bercerita, terasa ada batu besar yang digalas di bahu jururawat.

Bayangkan, hanya anda yang berada bersama pesakit-pesakit yang tenat di hospital pada waktu malam kala doktor sudah pulang beristirehat. Soal hidup dan mati insan lain kini di tangan anda.

Jika ada apa-apa yang berlaku kepada pesakit, andalah pembuat keputusannya. Sama ada perlu untuk 'membangkitkan' doktor atau tidak semuanya berdasarkan percaturan anda.

Hendak tanya pesakit sendiri, pesakit pula terlantar tidak boleh menjawab. Hendak memanggil doktor kembali bertugas bimbang dimarahi andai kata pesakit sebenarnya tidak ada masalah.

Kena marah

"Tekanannya besar. Kami boleh memantau, kami boleh menilai tetapi kami bukan doktor.

"Kalau benar sesuatu yang buruk terjadi dan kami tidak memanggil doktor, nanti kami yang rasa bersalah dan dipersalahkan. Kami berdepan dengan soal hidup mati seseorang.

"Saya lebih rela kena marah dengan doktor kerana mengejutkannya daripada saya melakukan kesilapan.

"Tetapi itu pun setelah saya pastikan betul-betul bahawa memang ada yang tidak kena berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang terhimpun di dada," ujar Khatijah, 49, ketika ditemui di pejabatnya di Jabatan Sains Kejururawatan, Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Khatijah merupakan individu terpilih yang menerima Anugerah Tuanku Bainun yang disampaikan sendiri oleh Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun di Subang Jaya sempena Hari Jururawat Sedunia baru-baru ini.

Beliau juga antara individu penting yang membawa kepada terlaksananya pengajian sarjana bagi bidang kejururawatan di UM dan negara ini bermula tahun 2007.

Penawaran pengajian sarjana itu membawa kepada penukaran nama Unit Sains Kejururawatan kepada Jabatan Sains Kejururawatan.

"Sekarang kami menyasarkan untuk mendapatkan gelaran fakulti bagi institusi ini tetapi kami perlu lebih ramai lagi profesor di sini," katanya.

Khatijah mempunyai pengalaman menjadi jururawat selama 14 tahun termasuk di empat buah hospital di Britain sebelum menjadi pensyarah di UM.

Penjual ikan

Khatijah seorang yang amat mementingkan pendidikan. Mungkin bagi sesetengah jururawat menganggap tidak perlulah mengambil jurusan kejururawatan sehingga ke tahap Ph.D sedangkan kerja mereka hanya di belakang doktor.

Khatijah merupakan pensyarah pertama di UM yang memiliki kelulusan doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang kejururawatan.

Beliau juga antara individu penting yang membawa kepada terlaksananya pengajian sarjana bagi bidang kejururawatan di UM dan negara ini bermula tahun 2007.

Penawaran pengajian sarjana itu membawa kepada penukaran nama Unit Sains Kejururawatan kepada Jabatan Sains Kejururawatan.

"Sekarang kami menyasarkan untuk mendapatkan gelaran fakulti bagi institusi ini tetapi kami perlu lebih ramai lagi profesor di sini," katanya.

Khatijah mempunyai pengalaman menjadi jururawat selama 14 tahun termasuk di empat buah hospital di Britain sebelum menjadi pensyarah di UM.

Penjual ikan

Khatijah seorang yang amat mementingkan pendidikan. Mungkin bagi sesetengah jururawat menganggap tidak perlulah mengambil jurusan kejururawatan sehingga ke tahap Ph.D sedangkan kerja mereka hanya di belakang doktor.

"Saya menggalakkan jururawat kita agar berilmu tinggi. Bagi saya, ilmu yang tinggi menjadikan anda lebih yakin.

"Sekarang pesakit dah bijak, kalau mereka lebih arif daripada kita tentang sesuatu penyakit bukankah itu sesuatu yang memalukan?" katanya.

Khatijah dibesarkan dalam keluarga Tionghua di Seremban, Negeri Sembilan yang berpandangan tradisional.
Semasa memberitahu dirinya ingin menjadi jururawat, ibunya tidak bersetuju. Bahkan, impiannya untuk belajar tinggi juga dibimbangi ibunya kerana ditakuti susah hendak mencari suami.

"Ibu saya kata, orang perempuan baiklah jadi cikgu. Jadi jururawat kerja kotor, cuci-cuci.
"Kerja syif nanti tak boleh kahwin. Tak payahlah belajar tinggi-tinggi, nanti lelaki pun tidak mahu dekat," ceritanya.

Namun, ibunya menyedari satu bakatnya sejak kecil iaitu suka menolong orang.

"Sebenarnya saya pun tidak sedar. Mak sayalah selalu cakap saya ni kepohchi (suka menyibuk) sejak kecil lagi.
"Sejak saya di tingkatan satu lagi, saya rasa saya tahu sahaja apa nak buat bila sesuatu berlaku.
"Emak saya selalu cerita ketika dia panik melihat anak jiran berdarah hidungnya, saya boleh tenang dan saya terus dongakkan kepalanya dan ambil ketulan ais," katanya.

Ada dua perkara yang memotivasikan Khatijah untuk menjadi jururawat dan berpelajaran tinggi. Pertama, keluarganya sangat miskin dengan bapanya bekerja sebagai penjual ikan. Kedua, Florence Nightingale.
"Semasa di tingkatan satu, cikgu mengajar satu topik iaitu tentang wanita-wanita berjaya di dunia.

"Saya amat tertarik dengan salah seorang daripadanya iaitu Florence Nightingale, seorang jururawat yang sangat suka membantu orang.

"Hati saya terus terdetik, saya mahu menjadi sepertinya," katanya.

Britain

Khatijah mengikuti pengajian kejururawatan di peringkat sijil di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada awal 1980-an sebelum menjadi jururawat terlatih pada tahun 1983.

Selepas lima tahun berkhidmat sebagai jururawat terlatih dia memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejururawatan di peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana.
"Saya tidak ada pilihan. Pada masa itu, tidak ada pengajian itu di sini. Saya pun ke Britain. Selama sembilan tahun saya belajar dan bekerja di situ.
"Saya tidak ada masalah untuk mendapat kerja di situ. Saya sempat berkhidmat dengan empat buah hospital.
"Ini menunjukkan tidak ada cacat celanya pembelajaran di peringkat sijil di Malaysia," katanya.
Tetapi beritahu Khatijah dia ada masalah penyesuaian diri di sana. Di Britain, jururawat mereka lebih banyak berkomunikasi dengan pesakit.
"Pada mulanya, saya tidak tahu apa yang hendak dicakapkan dengan pesakit. Sememangnya budaya kita dibesarkan kurang berkomunikasi. Kita malu dan terlalu merendah diri.
"Bagi saya orang putih bukan bijak, mereka sama saja dengan kita. Apa yang membezakan mereka dengan kita hanyalah cara mereka berkomunikasi.
"Bagi mereka, thank you dan please itu satu perkataan wajib. Mereka mudah menzahirkan apresiasi tapi kita cenderung menyembunyikannya," ujarnya.
Kemudian, Khatijah kembali ke Malaysia dan bergelar pensyarah kejururawatan di UM.
Beliau kembali meneruskan pengajian Ph.D lima tahun kemudiannya di Britain selepas berumah tangga.
"Saya sebenarnya bercinta dengan suami saya sejak saya belajar di UM lagi. Dia doktor.
"Dia setia tunggu saya sembilan tahun untuk habiskan pengajian ijazah dan sarjana di Britain.
"Saya kata kepada dia yang saya hendak melanjutkan pengajian tinggi. Saya pun hendak ada gelaran 'doktor' juga," kata Khatijah tertawa.
Ditanya tentang perkembangan kerjaya jururawat di negara ini, Khatijah berkata sektor itu kini sungguh memberangsangkan.
"Apabila saya balik dari Britain kali pertama pada 1997, saya gembira apabila mengetahui sudah terdapat pengajian ijazah sarjana muda bagi kejururawatan di negara ini iaitu sejak 1993.
Kini, semakin banyak institusi tinggi yang menawarkan pengajian kejururawatan.
"Sekarang kita ada 75,000 jururawat di Malaysia dengan kata lain, berdasarkan nisbah 24 juta rakyat Malaysia, seorang jururawat bersamaan 350 pesakit.
"Berbanding tiga hingga lima tahun dulu, nisbah seorang jururawat bersamaan 600 pesakit. Matlamat kita adalah untuk mencapai satu jururawat, 200 pesakit.
"Cuma yang saya sedihkan, daripada 75,000 jururawat kurang daripada satu peratus yang mempunyai ijazah.
"Ada jururawat tempatan yang memilih untuk berkhidmat di luar negara seperti Arab Saudi dengan gaji lumayan sehingga RM20,000 sebulan.
"Saya faham, itu pilihan individu dan mungkin atas desakan hidup. Tetapi kalau berlarutan, ia boleh mengurangkan bilangan jururawat di negara ini.
"Dulu jururawat kurang, sekarang sudah banyak, tetapi takut jadi kembali kurang kerana jururawat-jururawat memilih untuk ke luar. Itu sesuatu yang perlu difikirkan juga," katanya.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen