Bandar Jengka atau dahulunya dikenali sebagai Bandar Pusat Jengka merupakan sebuah bandar utama di Pahang, Malaysia.
Wilayah Jengka merupakan penempatan FELDA terbesar di Malaysia yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur, satu daripada projek kerajaan Malaysia ke atas penduduk Malaysia.. Wilayah Jengka juga dikenali sebagai Segitiga Jengka kerana kedudukannya meliputi tiga daerah iaitu Temerloh, Jerantut dan Maran.
Bandar Pusat Jengka menjadi pusat kepada Segitiga Jengka atau dikenali sebagai Felda Jengka. Segitiga Jengka ialah sebuah gugusan terbesar FELDA di Malaysia, satu daripada projek kerajaan Malaysia ke atas penduduk Malaysia.
Bandar Jengka adalah satu inspirasi bekas Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak untuk menwujudkan satu bandar 100 peratus orang melayu.Kini, Bandar Jengka telah diubah nama kepada Bandar Tun Razak Jengka, Pahang.
Sejarah pembentukan FELDA Segitiga Jengka
Sejarah Jengka
Jengka dibuka secara rasmi pada 1967. Nama Jengka diambil daripada nama sebatang sungai iaitu Sungai Jengka.
Sungai ini pula mendapat nama daripada satu kisah seorang wanita bernama Yang Jangka yang mati lemas di sungai ini. Dalam tempoh tiga dekad (1967-1997), Jengka ditadbir oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ). Setelah LKWJ dibubarkan pada 1997, Pentadbiran Jengka telah diserahkan kepada Majlis Daerah Maran (MDM) hingga ke hari ini.
Jengka ditubuhkan melalaui satu projek iaitu Segitiga Jengka oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Nama Segitiga Jengka digunakan dengan mengambilkira lokasi Jengka yang terletak diantara tiga daerah iaitu Temerloh, Maran dan Jerantut.
Wilayah Jengka terdiri daripada 25 buah rancangan FELDA yang menjadi pengeluar sawit dan getah. Terdapat 25 buah Jengka yang ditandai dengan nombor 1 hingga 25, di samping nombor yang diberikan berdasarkan kawasan yang lebih awal dibuka, Jengka-jengka tersebut juga diberikan nama mengikut nama bunga.
Pemilihan nama bunga juga adalah mengikut abjad bagi mengenal pasti kawasan yang lebih awal dibuka. Hal ini bermakna Jengka yang pertama dibuka ialah Jengka 1 manakala Jengka yang terakhir dibuka ialah Jengka 25.
Dalam kawasan Jengka juga terdapat tanah rancangan Felda yang tidak menggunakan nama Jengka, kerana ianya di tubuhkan lebih dahulu dari Jengka itu sendiri. Antaranya ialah Felda Kampong Awah 1963, Felda Ulu Jempol pada 1965, Felda Sungai Nerek pada 1967.
Setiap kawasan penempatan Jengka mengandungi antara 300 hingga 600 buah keluarga. Sebagaimana di tanah rancangan FELDA lain, penduduk Jengka juga disebut sebagai 'peneroka felda' manakala isteri mereka di panggil 'Penerokawati ' dan ditadbir oleh seorang pengurus yang dilantik oleh pihak pegurusan FELDA.
Senarai FELDA di Jengka
- FELDA Anggerik Jengka 1
- FELDA Cempaka Jengka 2
- FELDA Dahlia Jengka 3
- FELDA Kemboja Jengka 4
- FELDA Kekwa Jengka 5
- FELDA Keembong Jengka 6
- FELDA Kenanga Jengka 7
- FELDA Kesidang Jengka 8
- FELDA Kesumba Jengka 9
- FELDA Mawar Jengka 10
- FELDA Melati Jengka 11
- FELDA Melor Jengka 12
- FELDA Puteri Malu Jengka 13
- FELDA Raya Jengka 14
- FELDA Semarak Jengka 15
- FELDA Sena Jengka 16
- FELDA Seri Pagi Jengka 17
- FELDA Seroja Jengka 18
- FELDA Siantan Jengka 19
- FELDA Tanjung Jengka 20
- FELDA Teratai Jengka 21
- FELDA Terkis Jengka 22
- FELDA Tonkin Jengka 23
- FELDA Jengka 24
- FELDA Jengka 25
FELDA Yang Tidak Menggunakan Nama Jengka
Politik
Senarai ADUN Jengka
- Sariah Kamiso (BN) 1974-1982
- Datuk Zainal Hassan (BN) 1982-1999
- Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas) 1999-2004
- Abdul Rahman Ibrahim (BN) 2004-2008
- Wan Salman Wan Ismail (BN) 2008-sekarang
Pendidikan
- Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang - Kampus Bandar Jengka
- Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang,- Cawangan Jengka
- Kolej Sentral
- Sekolah Kebangsaan Jengka Pusat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat
- Maahad Tahfiz Sultan Haji Ahmad Shah
- Sekolah Kebangsaan Jengka Pusat 2
- Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat 2
- Sekolah Menengah Teknik Jengka
- Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Jaya
- Sekolah Kebangsaan Desa Jaya
- Hospital Jengka
- Masjid Sultan Ahmad Shah, Bandar Pusat Jengka
- Bank Islam Malaysia Bhd
- Bank Rakyat
- Bank Simpanan Nasional
- Maybank
- Affin Bank
- Tabung Haji
- Perpustakaan
- Pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Pahang
- Balai polis
- Jabatan Bomba dan Penyelamat
- Jabatan Pendaftaran Negara
- Jabatan Pengangkutan Jalan Raya
- Pejabat Tenaga Nasional
- Pejabat Jabatan Bekalan Air Pahang
- Terminal Bas Nadi Kota, Bandar Pusat Jengka
- Klinik Kesihatan Komuniti Bandar Jengka
Pelancongan
Destinasi-destinasi Menarik
Gunung Senyum yang terletak di Felda Jengka 25 merupakan kawasan hutan simpan yang memiliki pelbagai gua seperti Gua Jebak Puyuh dan Gua Terang Bulan. Kawasan gunung ini kaya dengan pelbagai khazanah flora dan fauna selain menawarkan pemandangan yang cukup indah.
Pengunjung juga boleh mengunjungi Felda Residence Tekam yang terletak di Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR). Destinasi pelancongan ini menawarkan pelbagai kemudahan seperti dusun buah-buahan, tempat penginapan, kolam renang dan padang golf.
Selain itu, Gua Gelanggi yang terletak berhampiran Jengka 8 juga sangat menarik untuk dikunjungi.
Diubahsuai berdasarkan sumber:
1) Pahangcommunity,klik sini.
2) The Jengka Triangle; klik sini.
3) LKTP1436, klik sini.
4) Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang, klik sini.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen