Belajar Untuk Peperiksaan (i)
(Dedikasi untuk mereka yang mengenali diri ini
dan khasnya pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM)
(Dedikasi untuk mereka yang mengenali diri ini
dan khasnya pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM)
Ramai pelajar yang rajin belajar tetapi tidak memperoleh keputusan yang setimpal dengan usaha mereka. Keadaan ini berlaku disebabkan mereka tidak belajar dengan pendekatan untuk cemerlang dalam peperiksaan. Mereka tidak merancang jadual belajar dan masa mereka dengan betul. berikut sedikit tips yang akan membincangkan apa yang perlu kamu lakukan mulai sekarang hinggalah ke dewan peperiksaan.
1) Bersedia Untuk Belajar
Peperiksaan semakin hampir. Kamu perlub melakukan persediaan bagi memastikan kamu mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di kolej ataupun universiti. Sekiranya kamu memang telah belajar dari awal, pastinya tidak banyak yang perlu kamu risaukan. Tetapi bagaimana pula jika kamu baru bersungguh-sungguh untuk mengulangkaji? Lebih-lebih lagi jika kamu bakal menduduki SPM?
2) Jadual belajar Untuk Peperiksaan
Jangan Panik! Itu adalah pesan saya yang paling utama. Walaupun kamu rasakan masih banyak yang perlu kamu telaah, masih banyak yang tidak difahami dan diingati, jangan sekali-kali kamu berasa panik dan gelabah. Jika kamu panik, kamu akan mengundang lebih banyak masalah berbanding penyelesaian.
Mulakan langkah anda sekarang dengan tenang. Bersolat dan doa selalu agar jiwamu tenteram. kemudian mula lakukan semakkan semua buku-buku yang ada termasuk nota, buku teks, buku rujukan, soalan-soalan ramalan dan soalan-soalan tahun lepas. Pastikan semuanya lengkap dan dalam keadaan baik.
Langkah pertama, kenal pasti bab-bab yang susah dan belum kamu kuasai.
Langkah kedua, buatkan analisa soalan sejak 5 tahun lepas. Lihat bab yang sring keluar darinya.
Langkah ketiga, buatkan jadual perancangan jadual belajar kamu. Agihkan tajuk-tajuk dari sekarang. Namun, jangan diganggu minggu terakhir sebelum peperiksaan sebab minggu terakhir ini adalah untuk kamu lakukan semakan terakhir nanti.
3) Mengingati Tajuk
4) Buatkan Nota
5)Latih diri untuk peperiksaan
Syarat-syarat Latihan peperiksaan:
- Latih mengeluarkan maklumat dengan banyak, cepat dan tepat.
Perbanyakkan latihan seperti:
- Menjawab soalan.
- Menceritakan semula apa yang telah dipelajari.
- Melakarkan kembalai dalam peta konsep atau peta minda.
- Mengadakan perbincangan dengan rakan secara bermatlamat yang jelas.
- Menyediakan kad imbasan kecil.
- Menggambarcarakan apa yang telah dipelajari.
- Sekiranya kamu pelajar SPM atau STPM atau STAM, cuba hasilkan model jawapan soalan esei berdasarkan soalan-soalan yang ada. cuba pecahkan fakta-fakta penting dalam bentuk peta minda. ini memudahkan kamu mengingati isi-isinya dalam peperiksaan sebenar kelak.
- Latih dalam tempoh masa yang tertentu.
- Anggapkan setiap latihan seperti peperiksaan sebenar.
- Latih menjawab mengikut strategi menjawab soalan yang berkesan.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen