Pages - Menu

Pages - Menu

Solat Istikharah jawapan kekeliruan

Solat Istikharah jawapan untuk kekeliruan

 

2010/02/01

Entry ini dimuatkan di blog cikgubimbingan-kaunseling sebagai rujukan pemilik blog ini. Ia diambil dari Harian Metro, ruangan kaunseling remaja bersama Dr Sapora Sipon.Semoga mendapat manfaatnya.


SOALAN

SAYA mempunyai masalah membuat keputusan atau pilihan. Semuanya tidak meyakinkan.
Selepas membuat sesuatu keputusan, saya akan memikirkan kembali keputusan yang sudah dibuat itu.
Kadangkala, keputusan saya akan berubah kepada satu keputusan lain.


Tolonglah saya Dr bagaimana untuk membuat keputusan dengan penuh keyakinan? Bagaimana kaedah diguna pakai Islam dalam membuat keputusan?

Ingin tahu
Kuala Lumpur

JAWAPAN:

KESUKARAN membuat keputusan yang baik boleh memberi masalah kepada adik.

Dalam Islam, sebelum membuat sebarang keputusan, kita dicadangkan menunaikan solat Istikharah. 

Solat ini bagi memohon petunjuk dari Allah dalam membuat sesuatu keputusan.


Istikharah bermaksud ‘meminta Allah mengilhamkan sesuatu dalam sesuatu urusan’ adalah senjata terbaik untuk membuat pilihan yang tepat.

Adik bukan sahaja boleh melakukan solat Istikharah yang membabitkan pemilihan bakal pasangan, tetapi memohon petunjuk Allah dalam perkara lain.
Solat Istikharah membantu adik memohon petunjuk mesngenai perkara yang menimbulkan keraguan dalam membuat sesuatu penentuan atau pilihan.
Apabila adik melakukan solat dan doa Istikharah, ia bererti adik memohon semoga Allah menunjukkan keputusan yang terbaik.

Kata Jabir bin Abdullah: “Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: ‘Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini.

‘Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan…) adalah bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya.” (sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).’”

Melakukan solat istikharah memberi faedah besar kerana Allah berfirman: “…dan berbincanglah dengan mereka (sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dan lain-lain). Apabila kamu sudah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah…” (AQ Ali Imran 3:159) (HR Bukhari 7/162)

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan solat Istikharah adalah seperti berikut;

1. Pertama, waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar jam 2 pagi). Bagaimanapun, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang diharuskan solat contohnya selepas Maghrib.

2. Niatnya ‘Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala.’

3. Dalam rakaat pertama selepas surah Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

4. Dalam rakaat kedua selepas surah Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

5. Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).
Semoga sedikit penerangan Dr mengenai solat Istikharah ini dapat membantu adik menjawab persoalan diri serta membantu adik dalam membuat keputusan yang baik.

Adik boleh mengetahui lebih lanjut mengenai solat istikharah ini dengan bertanya orang yang arif seperti ustaz atau membaca buku yang berkaitan.

2 comments:

  1. boleh kh tolong sa dr...sa sekrang dalam keliru siapa harus sa pilih antara dua orang lelaki...yg meminang sa bekas bf sa...lagi pun sa sekrang ada bf sudah...mcam mna kh sa hrus lalui semua itu

    ReplyDelete
  2. Nisa, sebaiknya jika sya dapat detail permasalahan Nisa adalah elbih baik. Oleh ekrana secara umum Nisa membicarakan maslah Nisa, saya cuba bantu semampu saya. pandangan saya ini bagaimanapun bukanlah yg terbaik. Ia sebagai panduan utk Nisa berfikir...

    pertama utk memilih bakal suami, sebagai seorang Muslim, kita kena pilih di manakah antara dua pihak yang lebih mengamalkan agama islam dalam kehidupan seharian.

    Misalnya jika jejaka A seorang yang solat 5 waktu dan puasa bulan Ramadhan yang cukup. manakala jejaka B tidak cukup solat lima waktu, dan ada tertinggal2 puasa bulan Ramadhan, maka lebih baik pilih jejaka A.

    selain tu eloklah kita mohon petunjuk Allah dgn mendirikan solat istikharah dan solat hajat agar Allah berikan petunjuk kpd kita memilih bakal suami.

    selepas solat hajat dan istikharah, buatlah perbincangan dgn orang tua Nisa kerana orang tua kita lebih memahami kita kerana orang tua kita telah membesarkan kita dari kita bayi lagi.

    cinta dan kasih sayang itu fitrah kita sbg manusia ciptaan Allah. Tinggal lagi bagaimana kita memilih cinta agar cinta itu bukan bebanan pada kita pada kemudian hari.

    dalam kehidupan kita, kdg kala kita dihadapkan dgn pelbagai pilihan. Hingga kadg2 kita terkeliru. Jadi usah terburu2.


    Antara BF DAN BEKAS BF, nisa yang lebih kenal diri mereka. jadi buatlah pilihan yang tepat demi masa depan anda.

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen