Solat Sunat Taubat
Setiap manusia tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Menyesali apa sahaja yang telah berlaku dan mahu bertaubat adalah jalan terbaik untuk mendapat keampunan-Nya. Sebagai bukti kesungguhan kita mahu berubah, marilah kita sama mengerjakan amalan solat Sunat Taubat.
Solat ini boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat, 4 rakaat sehingga 6 rakaat.
Cara mengerjakan Solat Sunat Taubat:
Lafaz niat:
“Aku berniat solat sunat Taubat 2 rakaat kerana Allah Taala”.
Rakaat pertama baca Al Fatihah diikuti dnegan Surah Al Kafirun.
Rakaat kedua baca Al Fatihah diikuti dnegan Surah Al Ikhlas.
Selepas member salam, istighfar sebanyak 100 kali.
Akhirnya berdoa kepada Allah, Mohon keampunan bersungguh-sungguh di atas segala kesalahan yang telah dilakukan. Jika kita tidak tahu berdoa di dalam Bahasa Arab, kita boleh berdoa dalam Bahasa Melayu.
Apa yang penting doa yang dipohon itu kita fahami maksudnya. Sesungguhnya Allah yang bersifat Al Amin sangat mengetahui setiap apa yang kita pohon.
Orang yang ingin menyucikan hatinya dengan Allah akan sentiasa berusaha menunaikan Solat Sunat Taubat ini setiap hari.
Tidak kira pada waktu siang atau malam, sebaiknya sebelum melakukan solat-solat sunat lain, mulakan dengan melaksanakan solat sunat Taubat.
Solat ini menjadi penawar gundah hulana terhadap pelbagai masalah yang kita hadapi setiap hari.
Yakinlah, Allah akan membuka pintu keberkatanNya. Satu demi satu kepada orang-orang yang bersungguh-sungguh mahu mendampingiNya.
Semoga kita sama-sama mengamalkannya, terutama untuk diri yang menulis ini juga.InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen