SELF-DIRECTED SEARCH [SDS]
John L. Holland / alihbahasa oleh Sidek Mohd Noah (Ph.D)
Terdapat 6 jenis personaliti manusia yang berbeza .
[Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising & Convensional].
REALISTIK [R]
Individu ini suka akan kerja-kerja R seperti mekanik, motor, tukang kayu, juruelektrik, tukang masak, dan penternak. Individu berpersonaliti R biasanya mempunyai kemahiran mekanik dan keupayaan fizikal. Orang jenis R suka bekerja di luar dan mereka suka bekerja menggunakan peralatan mesin. Individu R lebih suka menggunakan peralatan berbanding bergaul dengan orang lain. Individu R bersifat ikhlas, rendah diri, praktikal bersahaja, pemalu dan jimat cermat.
Contoh pekerjaan:
Juruteknik Kejuruteraan Awam/Mekanikal, Juru teknik servis komputer, Pelukis Pelan, Jurueletrik, Mekanik Peralatan, Jurutera Lokomotif, Juru ukur, Ahli Bomba, Pegawai Penguatkuasa Undang-Undang, Pengawal Keselamatan, Tukang masak.
INVESTIGATIF [I]
Individu ini suka bekerja dalam bidang penyelidikan seperti pembantu makmal, inspektor produk, juruteknik perubatan. Individu I biasanya mempunyai kemahiran matematik dan sains. Mereka suka bekerja bersendirian dan suka menyelesaikan masalah. Individu jenis I lebih suka melibatkan idea berbanding manusia dan benda. Individu I mempunyai sifat logik, ingin tahu, ketepatan, bijak berhati-hati dan berdikari.
Contoh pekerjaan:
Doktor Gigi, Pakar Diet, Pengarah Pendidikan, Jururawat, Ahli Terapi, Pakar Bedah, Pegawai Lalulintas Udara, Ahli Teknologi Komputer, Kejuruteraan, Juruterbang, Ahli Astronomer, Ahli Biologi, Ahli Geologi, Pegawai Perhutanan, Pakar Kaji Cuaca, Guru Sain.
ARTISTIK [A]
Individu A suka akan kerja-kerja seni seperti pemain muzik, penyanyi dan pelelong. Mereka biasanya mempunyai kebolehan dalam bidang seni, hasil kerja mereka berbeza dari kebiasaan dan mempunyai pemikiran yang kreatif. Individu A secara umumnya lebih gemar tugas yang melibatkan idea berbanding benda-benda. Individu A lazimnya bersikap terbuka, imaginatif dan original.
Contoh:
Editor, Penulis Drama, Penterjemah, Wartawan, Penulis, Penari, Pelakon, Pemimpin Okestra, Model, Juru makeup, Pemain Muzik, Deejay, Penulis Kaligrafi, Artis Grafik, Pereka Dalaman, Jurugambar, Pencetak Stensil, Arketik.
SOSIAL [S]
Individu S suka akan kerja-kerja sosial seperti guru, pelayan restoran, makanan segera, kaunselordan jururawat. Individu S ini suka berada bersama orang lain. Mereka berminat untuk mengetahui tentang perhubungan sesama insan. Individu S ini suka bekerja dengan orang ramai berbanding dengan benda. Mereka ini suka membantu, bertanggungjawab, mesra, bekerjasama, idealistik, peramah, baik hati, pemurah & penyabar.
Contoh:
Pekerja Asuhan Kanak-Kanak, Pegawai Pembangunan Masyarakat, KAunselor, Perancang Kurikulum, Diplomat, Jurubahasa, Guru Agama, Perunding Image, Pegawai Polis, Ahli Psikologi, Penterjemah, Pakar Kecantikan, Kakitangan Penerbangan, Jurulatih/Atlit, Juru Arkib, Ahli Sejarah, Pustakawan.
ENTERPRISING [E]
Individu E suka akan bidang keusahawanan seperti jurujual, pelayan, agen pelancongan, penyelia & pengurusan kedai. Individu jenis E mempunyai keupayaan memimpin dan berucap. Mereka berminat dalam wang dan politik. Individu E ini suka mempengaruhi orang lain. Mereka lebih suka bekerja dengan orang ramai dan idea berbanding dengan benda. Individu E bersifat peramah, suka menerima cabaran, cergas, optimistik, mudah bersetuju, suka bergaul, berkeyakinan tinggi dan bercita-cita tinggi.
Contoh:
Eksekutif Periklanan, Pakar Pemasaran, Pegawai Perhubungan Awam, Pengarah Penyiaran, Usahawan, Pegawai Pentadbir Kerajaan, Pentadbir Hospital, Pengurus Restoran, Pengetua Sekolah/Kolej, Hakim, Ahli Politik, Broker, Penjual Insuran, Agen Hartanah, Agen amah/pekerja, Ahli Ekonomi, Peguam.
CONVENSIONAL [C]
Individu C suka akan kerja-kerja C seperti juruwang, setiausaha setiausaha, kerani pejabat dan kakitangan penyelidikan. Individu C mempunyai kemahiran perkeranian dan pengiraan. Mereka suka kerja-kerja pejabat dan gemar merancang. Mereka suka akan tugasan melibatkan perkataan dan nombor. Individu C disifatkan sebagai penurut, praktikal, berhati-hati, berjimat cermat, teratur dan tekun.
Contoh pekerjaan:
Kerani Bank, Juruwang, Pengendali Komputer, Setiausaha pejabat, Pengendali Telefon, Kerani Berkomputer, Akauntan, Juruaudit, Penganalisa Kewangan, Pegawai Pinjaman, Aktuari, Pegawai Kastam/Imigresen, Pakar Statistik.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen