http://cikgubimbingan-kaunseling.blogspot.com/
Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad SAW, para ahli keluarganya, para sahabat dan para pejuang-pejuang Islam yang telah berjuang untuk mengeluarkan umat manusia daripada alam kegelapan (jahiliah) kepada alam yang penuh dengan nur ilmu pengetahuan sepertimana kita kecapi dan nikmati pada hari ini.
Pada entry ini, saya telah memuatnaik Nota Peta Minda untuk calon SPM 2010. Nota ini diadaptasi daripada Ustaz Muhammad Bin Abdullah @ Ab Shatar yang menulis artikel bertajuk, "Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Nyatakan karya peninggalan HAMKA kepada Umat Islam di Nusantara Melayu?"
Para pelajar Tingkatan 5 di SMK Jengka Pusat 2 bolehlah mengambil salinan nota minda di atas untuk kemudahan anda membuat ulangkaji saat akhir. Semoga tips dan perkongsian ini, diambil manfaat oleh pelajar sekalian.
1. Hasil karya HAMKA boleh dibahagikan kepada bidang iaitu:
i. Agama: Kitab Tafsir al-Azhar, Tasawuf Moden, Arkanul Al-Islam, Revolusi Agama, Sejarah Umat Islam
ii. Falsafah: Kitab Falsafah Hidup, Lembaga Hidup, Pandangan Hidup Muslim
iii. Sastera: Novel Tengelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah, Laila Majnun, Menunggu Biduk Berbunyi, Mandi Cahaya Di Tanah Suci.
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar, blog ependidikanislam
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen