Berehat dari Menulis Educational Blog di Blogsphere
Alhamdulillah telah lama Dunia Cikgu Kaunseling berehat dari educational blog blogspehere. Walaupun telah lama Dunia Cikgu Kaunseling berehat dari update blog ini, namun masih ada yang sudi menjadi follower blog ini. Dunia Cikgu Kaunseling ucapkan ribuan terima kasih.
Sebenarnya banyak yang ingin saya kongsikan di sini. Termasuk beberapa aktiviti.
Dunia Cikgu Kaunseling berada di blogsphere kerana cinta Dunia Cikgu Kaunseling kepada dunia pendidikan. Blog Dunia Cikgu Kaunseling ini adalah wadah untuk Dunia Cikgu Kaunseling menabur sedikit bakti. Di Dunia Cikgu Kaunseling, terdapat sedikit rakaman memori seorang guru yang pernah memegang jawatan Guru Bimbingan Kaunseling Sepenuh Masa suatu ketika dahulu.
Di kesempatan ini, Dunia Cikgu Kaunseling ingin menegaskan sekali lagi, adalah diharap jika ada pihak ingin copy paste entry di sini, diharap silakan link kan sekali alamat Dunia Cikgu Kaunseling di atas.
Ini adalah kerana terdapat blog komersial yang menyedut masuk entry Dunia Cikgu Kaunseling terutama pada kategori "Motivasi" ke dalam blog komersialnya tanpa memberi kredit kepada Dunia Cikgu Kaunseling.
Dunia Cikgu Kaunseling sedar ilmu itu hak Allah. Namun Dunia Cikgu Kaunseling memohon pengertian untuk berikan kredit kepada blog Dunia Cikgu Kaunseling.
Memandangkan sebenarnya untuk menulis di atas keyboard bagi seorang OKU seperti penulis Dunia Cikgu Kaunseling adalah suatu yang agak sukar.
Di sini Dunia Cikgu Kaunseling menyertakan sekali lagi, Disclaimer.
Disclaimer
Blog peribadi seorang Cikgu Kaunseling OKU. Kehadiran blog ini adalah untuk memeriahkan dunia pendidikan terutama dalam e-kaunseling. Untuk sesi kaunseling individu pelajar SMKJP2 boleh hubungi saya pada boring yang disediakan di muka utama blog ini. Malah digalakkan bertemu bersemuka dengan saya di sekolah.
Setiap tulisan yang tersiar di blog ini dihasilkan oleh pemilik blog untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Tulisan itu berdasarkan rujukan sumber nota kuliah, buku-buku dan majalah. Ia juga berdasarkan pemerhatian dan pengamatan pemilik blog.
Pembaca diizinkan menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat blog hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.
Manakala untuk penerbitan yang berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada penulisan ini tidak boleh diterbitkan dalam apa jua bentuk sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.
Untuk klip video, pemilik blog memuat turun ke blog ini dari youtube dan mixpod. Semua rakaman itu bukanlah dihasilkan oleh pemilik blog. Ia dimuatkan di sini semata-mata bertujuan pendidikan.
Blog ini juga memuatkan beberapa sesi kaunseling bertulis bersama pakar kaunseling tanahair. Sesi bersama Dr Sapora Sipon dan Dang Setia di Harian Metro. Juga sesi bersama Dr Rubiah K. Hamzah di Berita Minggu. Semua salinan balik ke blog ini adalah untuk tujuan pendidikan.
Pandangan di sini tidak semestinya pandangan pemilik blog. Pemilik blog juga tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan dan kehilangan fail semasa melayari blog ini.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen