Pages - Menu

Pages - Menu

Minyak naik? Jom Berjimat

Minyak naik? Jom Berjimat



Benar, ada cadangan supaya kita beralih semula kepada penggunaan kenderaan awam. Namun tidak semua destinasi boleh kita gunakan kenderaan awam.

Begitu juga pada golongan OKU. Tidak semua pengangkutan awam mesra OKU dan bersedia mengambil penumpang OKU.

Tidak dinafikan, kenaikan seperti ini tidak dapat dielakkan. Namun sebagai pengguna, kita boleh jadi lebih bestari dan menjadi pengguna bijak serta pengguna bestari dengan mengetahui amalan penjimatan petrol ketika berkereta.

Dengan Garis Panduan yang diberikan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ini, anda dapat menjimatkan antara 30 hingga 50 peratus penggunaan minyak.

Jom kita ikuti tips jimat minyak ini;

1. Sikap Pemandu

  • Selalu fikirkan mengenai penjimatan minyak semasa memandu.

  • Elakkan memandu jika anda dalam keadaan marah dan kecewa.

  • Gunakan pengangkutan awam jika ada kesempatan.


2. Panaskan enjin 30 saat

  • Matikan semua peralatan yang menggunakan tenaga sebelum menghidupkan enjin untuk meminimumkan penggunaan bateri semasa permulaan berikutnya.

  • Biarkan enjin berbunyi semasa menghidupkannya tidak lebih daripada 30 saat. Enjin kereta lebih cepat panas apabila ia bergerak.

  • Jika enjin dibiarkan lebih 30 saat, bukan sahaja membazir minyak  tetapi  juga boleh merosakkan enjin kereta kerana minyak tidak dapat melakukan fungsi pelinciran dengan baik melainkan apabila ia bergerak.

  • Tekan pemecut sekali sahaja kerana jika ditekan berkali-kali akan mengepam lebih banyak minyak.

  • Jangan meligatkan enjin sebelum menghentikannya. Ini akan melonggokkan minyak menah ke dinding silinder, membuang lapisan minyak pelincir dan meningkatkan kerosakan enjin ketika menghidupkan enjin selepas itu. Ini juga akan membazirkan minyak.


3. Elakkan permulaan ciutan

  • Pecutan tersentak-sentak atau permulaan ciutan boleh meningkatkan penggunaan minyak dengan mengurangkan hampir 1 kilometer untuk seliter dalam pemanduan di bandar.

  • Kurangkan kelajuan di jalan berbatu atau licin.


4. Pandu pada kelajuan sederhana

  • Biasakan diri menekan minyak dengan lembut kerana dapat menjimatkan minyak.

  • Patuhi tahap kelajuan kerana itu akan menjimatkan minyak dan wang anda.

  • pandu bawah had kelajuan yang dibenarkan di lebuh raya akan menjimatkan minyak.


5. Elakkan gear rendah, cepatkan kelajuan.

  • Kekalkan kelajuan kereta melebihi 35 kilometer sejam jika boleh.

  • Lompat gear, pergi dari gear satu ke 3 atau 4. Jika anda di jalan rata atau turun bukit.

  • Masuk semua gear dengan cepat dan cermat semasa naik bukit.

  • Dengan transmisi automatik, gerakkan kereta, kemudian kurangkan tekanan pada pedal minyak sambil mendaki bukit dengan cepat.

  • Jika mempunyai trasmisi pacu dengan lima kelajuan, jangan fikir gear lima hanya digunakan di lebuh raya. Jika enjin bergerak lancar dalam  5 gear pada kelajuan rendah, gunakan gear tersebut, kerana ia akan menjimatkan minyak anda.


6. Teknik pemanduan semasa naik bukit.

Memandu di kawasan berbukit, menggunakan lebih banak berbanding di jalan raya. panduan ini dapat menjimatkan minyak;

  • Bina kelajuan sebelum mendekati bukit untuk mengelak pembaziran minyak dengan kelajuan semasa atas bukit nanti.

  • Keseimbangan yang dibina akan membawa kenderaan anda ke kemuncak dan graviti akan membantu anda menuruni bukit.




7. Tayar bertekanan tinggi.

Pastikan tayar mempunyai tekanan seperti yang disarankan:

  • Tayar yang kurang angin boleh meningkatkan penggunaan minyak. Ia juga akan meningkatkan kehausan di bahagian tepi luar tayar, selain merosakkan brek dan kuasa tarikan semula jadi.

  • tayar yang terlebih angin pula akan menyebabkan bahagian tengah cepat haus dan menjadikan pemanduan tidak lancar. elakkan juga terkena benda tajam seperti bebendul jalan, batu atau lubang.


8. Elakkan perjalanan dekat antara 1 sehingga 8km

  • Perjalanan dekat menyebabkan penggunaan banyak minyak kerana enjin yang sejuk, tayar yang sejuk dan pelinciran enjin yang tidak sempurna.

  • Ia memerlukan sekurang-kurangnya 25 kilometer untuk melicinkan pergerakan minyak sesebuah kenderaan.

  • Rancang perjalanan, senaraikan destinasi, kemudian jadikan dalam satu perjalanan.


9. Pilih laluan untuk jimatkan minyak

  • Jalan raya di bandar yang kerap sesak sehingga menyebabkan kita terpaksa memberhentikan kenderaan berkali-kali sebenarnya menyebabkan poembaziran masa dan minyak.

  • Jalan raya yaag kasar atau licin boleh mengurangkan penjimatan minyak sebanyak 10 peratus sehingga 30 peratus.

  • Pilih laluan yang agak jauh, rata dan tidak sesak, sebagai ganti laluan yang dekat, sesak dan berbukit.

  • Letak kenderaan di ruang letak yang mula-mula ditemui.


10. Menjangkakan keadaan pemanduan

Corak pemanduan yang lancar menjimatkan  penggunaan minyak kenderaan anda;

  • Lihat di jalan raya sekurang-kurangnya dua kereta di hadapan dan elakkan kerap berhenti dan bergerak kerana ia membazirkan minyak.

  • Kerap membrek dan berhenti yang tidak penting bermakna lebih pecutan dan penggunaan minyak untuk kembali kepada kelajuan.

  • Minyak dibazirkan jika memandu terlalu hampir dengan kereta di hadapan anda kerana anda harus selalu menggunakan brek dan pedal minyak.

  • Elakkan menggunakan penyaman udara pada kelajuan rendah.

  • Bergerak ketika bukan amsa puncak apabila jalan raya kurang sibuk.


11. Penyelenggaraan Secara Keseluruhan

  • Untuk menjadikan bateri kereta lebih tahan, periksa paras asid setiap sel dalam bateri dan tambah cecair jika perlu. Pastikan bateri berada di tempatnya dan tidak bergerak. gegaran dan kejutan boleh merosakkan bateri.

  • Untuk mendapatkan tabiat pemanduan yang menjimatkan minyak, anda juga perlu menjaga enjin supaya ditala dengan betul.

  • Yang penting, pastikan kereta dalam berkeadaan baik dengan sentiasa diselanggarakan. Carilah mekanik dan bengkel yang boleh dipercayai.

8 comments:

  1. salam ummu.
    jenjalan ziarah ummu moga tabah selalu.
    t kasih. tips yg baik!

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum ummu

    Semoga sihat dan dalam redha Allah.

    Panduan yang berguna untuk diamalkan oleh pemandu berhemah, orang seperti kak hanya dapat duduk di sebelah pemandu sahaja... apa-apapun harga minyak yang naik tu kadang-kadang tak dapat diterima juga.

    ReplyDelete
  3. assalam Umuu,

    Bila minyak naik, secara automatik barang lain mesti naikkan.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak ummu..
    semoga kak ummu sentiasa sihat dan berada dalam rahmat dan kasih sayangNya, insyaAllah...

    thanks kak ummu for the tips, fida pagi2 la..nak pi keje....walaupun awal dan tak lambat, tapi entah kenapa asyik nak pecut je....maklumlah jalan putrajaya ni lancar je tak jem..hehe. insyaAllah lepas ni memang kene ubah, tak yah pecut2 la..

    ReplyDelete
  5. assalam kak ummu..

    bila minyak naik..rakyat lah yg pasti menerima kesannya..moga terus bersabar..

    ReplyDelete
  6. waalaikumussalam Deena
    waktu begini,kita mmg kena banyak bersabar kan deena
    dan berjimat cermat nampaknya.

    ReplyDelete
  7. Waalikumussalam kak ani
    tu yang payah nya kan kak
    nilai wang jadi makin sikit jadinya

    ReplyDelete
  8. waalaikumussalam Fida
    yelah kalau kat Putrajaya tu taklah sesibuk kat lembah klang kan,Fida
    terima aksih atas doa dan harapan Fida.alhamdulillah

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen