Halatuju Selepas STPM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar kawan-kawan myraudhatulukhuwah?
Kali ini, myraudhatulukhuwah ingin mencatatkan sesuatu yang benbentuk akademik sedikit bagi membantu pelayar blog ini terutama insan-insan yang signifikan dalam hidup myraudhatulukhuwah sekarang ini.
Semoga perkongsian ini, kita mendapat menafaatnya. Jika ada kawan-kawan dan pelayar-pelayar ingin memberi cadangan, silakanlah ya. Jangan malu-malu.
Halatuju Selepas STPM
DEBARAN menunggu keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sudah terlerai, tetapi bagi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dengupan penantian belum reda.
Sesekali telefon myraudhatulukhuwah berdering, menandakan beberapa panggilan daripada bekas pelajar calon SPM 2010 yang ingin tahu tentang bilakah keputusan SPM 2010 mereka akan keluar.
PILIH DENGAN TEPAT..
.pelajar perlu memilih bidang yang diminati dan kesesuaian dengan keputusan diperoleh.
.pelajar perlu memilih bidang yang diminati dan kesesuaian dengan keputusan diperoleh.
SETELAH menerima keputusan STPM, lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) kini mula memuktamadkan pemilihan kursus dan institusi pengajian tinggi (IPT) sesuai, yang bakal menentukan hala tuju kerjaya mereka apabila tamat pengajian kelak.
Keputusan di peringkat SPM dan STPM penting kerana ia bakal menentu hala tuju pelajar, sama ada mencongak ke menara gading, memohon pekerjaan atau mengambil jurusan kemahiran atau teknikal. Bagi yang bersedia, mereka sudah tahu apa yang patut dilakukan selepas mendapat keputusan peperiksaan kelak.
Namun, ramai masih keliru serta tidak tahu hala tuju selepas SPM atau STPM apatah lagi jika gagal melanjutkan pengajian di menara gading walaupun mendapat keputusan cemerlang.
Justeru, bagi pelajar SPM atau STPM, ke mana hala tuju mereka selepas mendapat keputusan peperiksaan?
Mengapa menunggu terlalu lama untuk menentukan masa depan sedangkan mereka sepatutnya sudah bersedia atau berbincang dengan guru kerjaya selepas peperiksaan.
Entry myraudhatulukhuwah sebelum ini, HALATUJU SELEPAS PMR, Klik sini.
PROGRAM KERJAYA DI SEKOLAH
Kepada adik-adik pelajar di sekolah menengah, biasanya adik-adik pelajar telah didedahkan kaedah memilih bidang atau kerjaya yang sesuai dengan minat dan akademik.
Seawal Minggu Orientasi Tingkatan 1, biasanya Guru Bimbingan dan Kaunseling anda telah memberi taklimat tentang Dunia Kerjaya. Seterusnya mengadakan Iventori Minat Kerjaya. Oleh itu, myraudhatulukhuwah syorkan kepada dik-adik pelajar, usahlah malu bertemu guru anda.
Sebenarnya, selepas peperiksaan PMR diumumkan, dan kemudian pelajar akan ditempatkan di kelas Tingkatan 4 di sekolah masing-masing. Biasanya, berdasarkan keputusan PMR itu, pelajar akan mengikuti aliran yang bersesuaian dengan tahap kemampuan pelajar dan pencapaian akademik yang dicapai dalam PMR.
Oleh itu, dalam menentukan hala tuju selepas alam persekolah, myraudhatulukhuwah syorkan kepada para pelajar , elok benar datang berjumpa dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling pelajar di sekolah.
Selain untuk mendapatkan pendedahan kerjaya yang bersesuaian dengan aliran yang pelajar ambil semeasa di Tingkatan 4 dan 5, pelajar biasanya akan lebih yakin diri dan mempunyai hala tuju yang jelas selepas bersemuka dengan Guru Bimbingan dan kaunseling pelajar.
Oleh itu, siapa kata peperiksaan PMR itu tidak penting, kan? Myraudhatulukhuwah berharap adik-adik pelajar yang berada di Tingkatan 4 sekarang sudah bersedia menghadapi peperiksaan SPM setahun lebih akan datang, inshaAllah, dengan penuh persediaan rapi.
Tips Pemilihan kursus di universiti
Tentang pemilihan bidang atau kursus yang bakal diambil oleh pelajar di universiti, pada pandangan myraudhatulukhuwah, pelajar lebih elok memilih kursus mengikut minat, tetapi ia turut mengambil kira keputusan peperiksaan.
Minat dan kelayakan akademik memang perkara utama dalam membuat keputusan. Bagaimanapun, suatu hal yang penting, jangan dilupa mengambil kira pasaran kerjaya.
Senario hari ini juga menyaksikan, Jika memilih bidang yang mudah mendapat pekerjaan, ia memang baik. Tetapi jika memilih bidang yang sukar mendapat pekerjaan, kadangkala ia menyebabkan berlakunya kesukaran memperolehi jawatang yang bersesuaian dengan kelulusan sebagai siswazah.
Semua bidang kerjaya mempunyai saingan kerana setiap tahun ramai pelajar menamatkan pengajian, samada lulusan IPTA, atau IPTS, bahkan jua Lulusan dalam dan luar negara kita.
ISI SEGERA BORANG UPU DALAM TALIAN
Bagi pelajar lepasan STPM atau SPM beberapa minggu lagi, perkara yang sering menjadi persoalan mereka ialah tentang penempatan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menerusi pengisian borang Unit Pengambilan Universiti (UPU).
Selesai saja menduduki peperiksaan, calon peperiksaan SPM atau STPM dan yang setaraf dengannya, dinasihatkan perlu mengisi borang UPU secara talian ke IPTA dengan segera.
Selepas mendapat keputusan, mereka hanya perlu mengemas kini borang yang diisi dan kelayakan mereka memasuki IPTA akan dinilai secara terus.
Tetapi pelajar juga harus ingat, kelambatan pelajar mengisi borang UPU menyebabkan peluang mereka ke IPTA tipis walaupun mendapat keputusan cemerlang. Oleh itu, elakkan kesilapan tidak mengemas kini secepat mungkin ini.
Baiklah, tentang borang UPU ini, sering juga kita keliru untuk melakukannya dengan baik. Myraudhtaulukhuwah juga sering mendapat maklumbalas begini ketika membantu pelajar-pelajar myraudhatulukhuwah.
Dalam hal ini, ketika mengisi borang permohonan UPU ini, calon dinasihatkan bersifat bertenang, tidak tergopoh gapah, membaca satu persatu yang terkandung di dalam borang UPU online berkenaan dengan sabar dan meminta pandangan orang yang lebih berpengalaman.
Contohnya, ibu bapa, atau kakak atau abang atau pergi berjumpa guru-guru di sekolah pelajar, khususnya Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
Ketika mengisi borang UPU dan memilih IPTA, pada pandangan myraudhatulukhwuh, adalah lebih baik jika pelajar memilih yang terbaik untuk diri sendiri dengan bimbingan insan-insan yang menyayangi anda.
Contohnya, ada sesetangah calon tidak berminat menjadi guru, tetapi disebabkan desakan ibubapa, calon memohon juga kursus pendidikan. Akhirnya, calon berjaya dipilih menjadi mahasiswa pendidikan.
Dalam hal ini, minat dan cinta boleh dipupuk. Maka, sepanjang kursus atau pengajian itu, elok benar jika pelajar memupuk rasa cinta pada kursus yang diambil seterusnya profesion yang bakal diceburi kelak, sbeaik tamat pengajian anda.
Ada juga sesetengah pemohon U, yang memilih sesuatu kursus atau universiti, sedangkan calon itu tahu kurus yang dipohon tidak sesuai dengan keputusan peperiksaan yang dimilikinya, disebabkan tidak mahu berpisah dnegan kawan baik atau klik-klik pelajar dan juga kekasih hati.
Apa yang penting, pelajar perlu melihat kesesuaian minat dengan keputusan akademik. Jika berminat dan akademik pula baik, ia tiada masalah. Tetapi jika minat tidak sesuai dengan akademik, guru kaunseling akan memberi panduan.
APLIKASI I-MAS-C-U
Aplikasi ini membantu calon membuat pilihan kursus yang bertepatan dengan keputusan STPM calon. Aplikasi ini adalah percuma sahaja.
Sila layari entry sebelum ini,
Tarikh keputusan STPM 2010, klik sini.
atau terus ke Artikel di educational blog ini, di sini ada diterangkan cara menggunakan kaedah apliaksi ini. Aplikasi i-MAS-C-U, Sistem Aplikasi Kelayakan Akademik, klik sini.
Sila rujuk entry myraudhatulukhuwah sebelum ini,
Permohonan ke IPTA, TEVT & ILKA2011, klik sini.
Permohonan ke IPTA Lepasan STPM/ Setaraf 2011/2012, klik sini.
BUKU 50 KERJAYA PILIHAN
Pengarang 50 Kerjaya Pilihan, Mohd Mohamed telah mengarang dan mengolah bukunya secara mudah bertujuan memudahkan para pelajar memilih kerjaya.
Sebahagian daripada bidang-bidang kerjaya yang terdapat di dalam buku tulisannya itu pernah disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia. Buku ini amat sesuai untuk para pelajar sekolah menengah, khususnya bakal calon dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Buku berkenaan juga boleh dijadikan panduan oleh guru-guru dan kaunselor sebagai bahan untuk memberi penerangan dan khidmat nasihat kepada pelajar mereka berkaitan peluang-peluang melanjutkan pelajaran.
Antara bidang-bidang kerjaya yang telah dipilih oleh pengarang buku berkenan ialah aktuari, arkitek, bioteknologi, bioperubatan, verterinar, dietetik, juruterbang, dan sains nuklear.
PERANAN IBUBAPA
Myraudhatulukhuwah juga berpendapat, dalam membantu pelajar mengisi borang UPU, ibu bapa juga berperanan penting bagi membantu pelajar lepasan SPM atau STPM membuat keputusan yang tepat.
Ini memandangkan, ibubapa lebih berpengalaman dan memahami anak mereka jika dibandingkan dengan orang luar.
Dalam membuat pilihan jurusan yang sesuai untuk diambil oleh anak-anak, adalah lebih manis, tiada paksaan daripada ibubapa. Ibubapa boleh memberi pandangan bernas, perkongsian pendapat dan pengalaman dan nasihat serta bimbingan kepada anak-anak seumpama seorang kawan kepada kawannya yang lain.
Ibubapa ada impian sendiri. Anak-anak juga ada impian mereka. Moga kita dapat membimbing anak-anak kita ke jalan yang diredhai Allah SWT.
readmore...
Petikan dari Berita Harian Online, April 2009;
Penentuan Kursus: Lepasan SPM, STPM Perlu Pilih Program Pengajian Tinggi Ikut Minat Dan Kemampuan
Sebahagian petikan berita itu...
Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi, Prof Datuk Radin Umar, berkata analisis data permohonan ke IPTA sebelum ini menunjukkan terdapat kecenderungan pelajar memilih program pengajian melebihi tahap kemampuan dan mensasarkan universiti perdana saja sebagai IPT pilihan.
Beliau berkata, strategi terbaik dalam pemilihan kursus di IPT adalah bersesuaian dengan minat, kebolehan serta tahap kemampuan pelajar yang dicerminkan menerusi keputusan peperiksaan.
Status universiti yang dipohon juga, katanya, adalah faktor penting dalam menentukan kejayaan permohonan pelajar kerana syarat kelayakan minimum bagi bidang yang sama adalah berbeza di kalangan IPT.
“Percaturan strategi permohonan tanpa mengambil kira kedua-dua faktor penting ini boleh mengakibatkan pelajar yang cemerlang sekalipun gagal dalam permohonan mereka mengikuti pengajian bidang diminati.
“Sebagai contoh kebarangkalian bagi lepasan matrikulasi yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.8 dan menetapkan permohonan mengikuti pengajian perubatan di universiti baru sebagai pilihan pertama adalah lebih tinggi berbanding pemohon dengan PNGK 3.999 yang memohon kursus sama di universiti perdana.
“Ini kerana syarat kelayakan bagi program kompetitif seperti perubatan lazimnya lebih rendah di universiti baru dan sederhana berbanding universiti perdana yang turut menerima jumlah permohonan yang amat tinggi serta kebanyakannya berkelulusan PNGK 4.0,” katanya.
Radin berkata, kecenderungan membataskan pilihan bidang pengajian juga antara faktor yang membuatkan pelajar gagal dalam permohonan kerana enggan mengikuti bidang berkaitan sedangkan hakikatnya jurusan alternatif masih dalam skop minat pelajar sementara syarat kelayakannya pula lebih bersesuaian dengan tahap kemampuan mereka.
Katanya, hal ini terbukti apabila masih ada pelajar yang menandakan tidak bagi pilihan memproses permohonan mereka kepada bidang pengajian berkaitan jika gagal mendapat kursus yang diminta.
“Sebagai contoh, jika pelajar gagal dalam permohonan asal mengikuti kejuruteraan kimia kerana tidak mencapai tahap kelayakan ditetapkan, permohonan boleh diproses untuk jurusan berkaitan yang masih dalam skop minatnya tetapi memberi penekanan berbeza seperti kejuruteraan industri.
“Malah, dengan mengikuti program berkaitan di politeknik terlebih dulu sebelum layak mengikuti pengkhususan program di universiti adalah satu lagi alternatif bagi mereka yang berkelayakan rendah tetapi mahu meneruskan minat dalam bidang kejuruteraan. Tetapi tempoh pengajian mereka lebih lama,” katanya.
Justeru, beliau menasihatkan pelajar yang ingin melanjutkan pengajian tinggi supaya meneliti semua pilihan program pengajian yang ada serta IPT yang menawarkannya supaya pilihan dibuat berasaskan pengetahuan dan bukan sekadar ikutan.
Guru kaunseling sekolah, pakar industri dalam bidang berkaitan, ahli akademik serta program hebahan termasuk Karnival Jom Masuk U kementerian serta pameran pendidikan, katanya, antara sumber serta saluran terbaik bagi pelajar mendapatkan bimbingan pemilihan program yang sesuai.
“Pemilihan program pengajian di IPT ini antara keputusan penting dalam kehidupan dan perlu disesuaikan dengan kemampuan, minat dan perawakan pelajar kerana ia juga penentu masa depan kerjaya mereka.
“Justeru biarlah asas pilihan itu adalah pengetahuan dan bukan berasaskan faktor yang tidak sewajarnya seperti mengikut pilihan kawan sedangkan calon tidak tahu langsung apa tuntutan kelayakan serta kriteria bagi membina kerjaya bersesuaian dengan program dipilih,” katanya.
Untuk info lanjut, sila klik;
hello, ahhh adakah pelajar yang mdapat pngk 2.67 layak masuk ke u.....
ReplyDeletehello meha,cubalah mohon dulu ya.
ReplyDelete