Pages - Menu

Pages - Menu

Dunia Wanita Menopaus Bukan Penyakit

Dunia Wanita Menopaus Bukan Penyakit


Assalamu'alaikum w.b.t  & Selamat Sejahtera kepada pelayar teratak myraudhatulukhuwah ini.

Menopaus atau istilah mudahnya, putus haid,  Bukan Penyakit. namun ia adalah pertukaran fasa dalam kehidupan wanita. Fitrah kejadian Allah ek atas wanita ini pasti ada hikmahnya.

Pada entry ini antara yang dikupas ialah kepentingan menjaga kesihatan tulang dan jantung. Ini kerana, ramai yang lupa bahawa kesihatan tulang dan jantung adalah perkara yang perlu diambil berat dan dirisaukan selepas menopaus.

Selain itu, isu berkenaan adakah sebarang perbezaan mengenai menopaus yang dilalui wanita yang berkahwin dan tidak berkahwin turut dikupas.

Membicarakan hal menopaus, suami juga perlu memahami fasa yang dilalui oleh si isteri. Bahkan juga anak-anak perlu memahami fasa peralihan yang sedang dialalui oleh ibu mereka.

Bagi hubungan suami isteri, Jangan pula menopaus menjadi punca keruntuhan rumah tangga. Kebanyakan masalah terjadi kerana suami tidak memahami keadaan yang dilalui isteri.

bila seorang wanita menghampiri putus haid, kitar haid akan menjadi tidak stabil di mana kadang-kadang ianya terjadi terlalu kerap atau terlalu jarang. Selain itu, terdapat simptom-simptom lain yang akan turut berlaku iaitu:


* Kesakitan sendi
* Susah untuk memfokus mengenai sesuatu perkara
* Sakit kepala
* 'Hot flushes'
* Tidak boleh tidur
* Perubahan mood
* Kekeringan bahagian vagina
* Peluh di waktu malam
* Simptom yang dikaitkan dengan simptom sebelum kedatangan haid
* Perpeluhan yang teruk
* Kencing yang kerap


Tidak semestinya semua wanita akan mengalami simptom-simptom ini dan setiap wanita adalah berbeza dari segi pengalaman mengalami putus haid. Tetapi kadang-kadang simptom-simptom ini begitu sukar untuk dijangka dan begitu mengganggu aktiviti harian wanita tersebut. Pengalaman seorang wanita yang mengalami menopause juga boleh dipengaruhi oleh perubahan persekitaran seperti:
* Anak-anak meninggalkan rumah
* Perubahan domestik, sosial dan perhubungan personel
* Perceraian atau kematian suami
* Perubahan identiti dan imej badan
* Persaraan
* Peningkatan kerisauan mengenai penuaan dan kematian
* Kehilangan kawan, orang yang disayangi dan keselamatan kewangan
* Peningkatan tanggungjawab kepada ibubapa yang telah berumur
* Risau mengenai keperluan untuk berdikari, ketidakupayaan atau kesunyian
* Mempunyai cucu yang perlu dijaga


Walauapapun penyebabnya, pengalaman-pengalaman seorang wanita sebelum dan selepas putus haid akan menjadi satu pengalaman yang pahit dalam hidupnya kerana kadang-kadang simptom-simptom yang hadir adalah agak serius. 


Tetapi, ada juga wanita yang langsung tidak pernah mengalami apa-apa simptom semasa dia putus haid. Simptom-simptom yang berlaku untuk kes putus haid yang diakibatkan dari pembedahan adalah lebih cepat dan berlaku secara tiba-tiba.


 Ini kerana paras estrogen akan menurun dengan tiba-tiba dan cepat semasa putus haid yang diakibatkan dari pembedahan terutamanya simptom 'hot flushes' yang selalunya berlaku selama 30 saat sehingga 5 minit. 


'Hot flushes' selalunya bermula dengan sensasi 'tingling' pada jari. Ini diikuti dengan peningkatan suhu yang cepat bermula dari darah ke muka dan jantung berdebar. 'Hot flushes' selalunya termasuk perpeluhan yang teruk sehingga boleh membasahkan katil di waktu malam.

Beberapa tips untuk mengurangkan 'hot flushes':
* Cuba bersenam lebih kerap, mandi menggunakan air sejuk, mengurangkan tekanan dari persekitaran.
* Mengurangkan pengambilan teh, alkohol dan makanan yang pedas.
* Pakai pakaian yang nipis dan senang dibuka.
* Menyimpan diari mengenai kejadian 'hot flushes' dan faktor penyebab.


Wanita yang mempunyai 'hot flushes' selalunya mempunyai berat badan yang lebih rendah daripada wanita yang tidak mengalami 'hot flushe s'.

Pada entry myraudhatulukhuwah kali  ini ,myraudhatulukhuwah turut memuatnaik artikel bertajuk,"Menopaus Bukan Penyakit", dipetik dari Harian Metro,  yang dilaporkan oleh wartawan Harian Metro,Kusyi Hirdan.

About This Blog, klik sini. Myraudhatulukhuwah bukan seorang doktor atau ahli perubatan. Jika pelayar mempunyai pertanyaan kesihatan, saya tidak dapat membantu. Bagaimanapun perkongsian pengalaman tuan puan di komentor  sangat dihargai.

Entry sebelum ini yang mungkin ingin ditinjau;

Menopaus: Fitrah Ilahi Kepada Wanita Pasti Ada Hikmahnya, klik sini.


Kepada pelayar blog ini yang ingin memberikan komentor berbentuk iklan, samada produk yang ingin dijual atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan, sila hubungi pentadbir blog, Sila klik, contact me. Harap maklum.

Baiklah, mari kita ikuti artikel ini.

Sekian, terima kasih.

Menopaus Bukan Penyakit


Jaga Kesihatan Tulang, jantung

PADA zaman moden ini, boleh dikatakan ramai yang tahu mengenai menopaus terutama wanita. Agak janggal sekiranya ada yang mengatakan tidak tahu-menahu mengenai menopaus atau dalam bahasa yang lebih mudah - putus haid.

Wanita sering diingatkan pada fasa peralihan yang bakal mereka lalui itu yang membawa kepada pelbagai perubahan fizikal, psikologi dan emosi.

Menopaus bukan sekadar putus haid. Ada kesan yang perlu dilalui wanita sebelum dan selepasnya. Kesan paling popular tentu sahaja kedatangan haid yang tidak tetap, rasa hangat seluruh badan dan murung.

Namun, ramai yang kurang tahu mengenai kesan jangka panjang melainkan apa yang harus dilalui ‘sebelum dan selepas’ terjadinya menopaus. Ramai yang lupa bahawa kesihatan tulang dan jantung adalah perkara yang perlu diambil berat dan dirisaukan selepas menopaus.

readmore...



“Selepas menopaus, tulang wanita mudah retak terutama pada lengan, pinggang dan tulang belakang,” kata perunding menopaus, Dr Ong Hean Choon yang juga Pengerusi Jawatankuasa Buku Garis Panduan Amalan Klinikal (CPG) pertama mengenai Terapi Hormon Semasa Menopaus Di Kalangan Wanita Malaysia.
Namun kata Dr Ong, perlu diingat, menopaus bukanlah penyakit.

“Ia hanya pertukaran fasa dalam kehidupan wanita yang mesti dihadapi pada masa akan datang walaupun dia mahu atau tidak.

“Justeru, pengetahuan mengenai menopaus sangat penting dan perlu diketahui. Apabila tahu sebab dan kesannya, kita tidak akan berasa takut lagi,” katanya.

Ramai yang menganggap menopaus sebagai penyakit yang tiada ubatnya dan kerana itu, rasa takut, risau dan sedih menghantui wanita.

Sekiranya ilmu mengenai menopaus sudah ada di dada, tentu kedatangan menopaus dilalui dengan tenang, relaks dan berlapang dada.

Adakah sebarang perbezaan mengenai menopaus yang dilalui wanita yang berkahwin dan tidak berkahwin?

“Tidak ada bezanya kerana mereka menempuh pengalaman yang sama sahaja. Mungkin wanita tidak berkahwin tidak mempunyai masalah dalam hal yang berkaitan hubungan kelamin,” katanya.

Ada juga wanita yang tidak mengalami simptom menopaus, sebaliknya terus sahaja melalui fasa kedatangan haid yang tiba-tiba berhenti.

“Biasanya wanita hanya risaukan keadaan mereka pada fasa awal dan fasa pertengahan menopaus. Tetapi bagi doktor, kami lebih risau pada apa yang terjadi pada fasa lebih jauh lagi iaitu masalah jangka panjang.

“Osteoporosis dan penyakit jantung contohnya tidak mung?kin terjadi pada awal menopaus, Maka, walaupun anda tidak melalui simptom biasa pada sebelum dan selepas menopaus, anda mesti berwaspada apa yang berlaku pada kesihatan pada peringkat jangka panjang nanti,” katanya.

Ada beranggapan menopaus tidak mengganggu atau mengubah hidup mereka tetapi mereka tetap dinasihatkan tidak mudah mengambil enteng pada kesan sampingannya.

“Kesan paling besar adalah sakit dan sengal sendi serta kekurangan kecergasan fizikal. Tiga gejala menopaus paling biasa dan teratas yang dialami wanita Malaysia ialah sukar tidur, pening kepala dan kurang nafsu seks.

“Apa yang berlaku hanya 30 peratus wanita yang mengadu mengenai keadaan mereka berhadapan dengan masalah menopaus sedangkan 70 peratus lagi sanggup menderita dalam diam,” katanya.

Menurut Dr Ong, terapi penggantian hormon (HRT) adalah pilihan paling berkesan menangani menopaus. Kurang kesedaran terhadap HRT dikaitkan dengan kurang penggunaannya.

“HRT patut menjadi sebahagian daripada pendekatan menyeluruh untuk menguruskan menopaus. Aspek lain dalam pengurusan menopaus termasuk mengubah suai gaya hidup, mengamalkan diet yang betul, bersenam, berhenti merokok dan mengelakkan pengambilan alkohol,” katanya.

Dua jenis HRT utama adalah Terapi Estrogen dan Terapi Estrogen - Progestin. Setiap individu memerlukan terapi atau dos yang berlainan.

“HRT memberi manfaat kepada wanita menopaus dengan mengurangkan masalah jangka pendek hingga pertengahan, sambil melindungi mereka daripada masalah jangka panjang.

“Faktor utama yang menghalang wanita daripada memulakan HRT ialah kebimbangan terhadap kanser payudara dan perasaan tidak yakin HRT dapat melegakan gejala menopaus.

“Seperti kebanyakan ubat atau terapi, terdapat beberapa kesan sampingan seperti pendarahan bulanan, tompokan darah tidak tetap dan nyeri payudara, yang lebih mudah diuruskan berbanding masalah yang ditimbulkan oleh gejala menopaus itu sendiri,” jelas Dr Ong.

Wanita yang mendapatkan rawatan mengenai menopaus sangat digalakkan membawa bersama orang terdekat mereka terutama suami.

“Suami perlu datang sama bagi memahami apa yang dihadapi si isteri. Apabila suami memahami ia lebih bagus pada pesakit.

“Suami juga perlu memahami kaedah rawatan yang diberi. Jangan pula menopaus menjadi punca keruntuhan rumah tangga. Kebanyakan masalah terjadi kerana suami tidak memahami keadaan yang dilalui isteri,” katanya.

INFO


  • Kolej Obstetrik & Ginekologi, Akademi Perubatan Malaysia (COGAMM) menyediakan buku Garis Panduan Amalan Klinikal (CPG) pertama mengenai Terapi Hormon Semasa Menopaus Di Kalangan Wanita Malaysia.


  • Jawatankuasa CPG dianggotai wakil daripada Kolej Obstetrik & Ginekologi, Akademi Perubatan Malaysia, Persatuan Obstetrik & Ginekologi Malaysia, Persatuan Menopaus Malaysia, Akademi Pakar Perubatan Keluarga Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah naungan Kolej Obstetrik & Ginekologi, Akademi Perubatan Malaysia.

  • INFO TAMBAHAN:gejala menopaus putus haid

    ecara biologi, apabila wanita menjangkau usia melebihi 40-an, fungsi ovari akan menurun dan seterusnya hormon estrogen akan tergugat.Lama-kelamaan paras estrogen akan menurun ke satu tahap di mana hormon tersebut tidak lagi berupaya menyediakan lapisan dalaman rahim untuk persedian kehadiran janin, menyebabkan kehadiran haid akan berhenti dan pada titik inilah bermulanya keadaan menopaus.Tidak perlu runsing atau panik kerana ini adalah satu kitaran biologi yang normal untuk seorang wanita.
    .
    Kekurangan hormon estrogen juga akan menyebabkan wanita mengalami panas-panas badan serta kekeringan faraj. Tulang turut mengalami kerapuhan. Atas dasar inilah, rawatan penggantian hormon estrogen mungkin diberikan kepada wanita.Sebelum rawatan penggantian hormon dimulakan, adalah lebih baik sekiranya anda mengetahui aspek-aspek hormon estrogen seperti :* bagaimana rawatan hormon ini berfungsi* jenis-jenis rawatan hormon* kebaikan dan juga risiko-risiko yang mungkin dihadapi.
    .
    HORMON
    .
    Selain daripada hormon estrogen dan progesteron, ovari juga mengeluarkan hormon testosteron, yang juga dikenali sebagai hormon lelaki (androgen), yang dihasilkan oleh testis pada kaum adam. Tujuan hormon ini sebagai pengutus nafsu syahwat.Ovari mengeluarkan hormon estrogen dari akil baligh hinggalah ke menopaus. Estrogen menyebabkan seseorang menjadi seorang wanita, iaitu perubahan setiap bulan dengan kehadiran darah haid. Estrogen juga memberikan implikasi pada tulang serta kesihatan jantung dan juga salur-salur darah.Estrogen hadir sepanjang kitaran haid dan menyebabkan lapisan dalam rahim yang dikenali sebagai endometrium menebal sebagai persedian untuk menerima janin.
    .
    MENOPAUS
    .
    Jumlah hormon estrogen menurun dengan kematangan umur. Lama-kelamaan paras hormon ini terlampau sedikit sehinggakan tidak lagi memberikan pengaruhnya pada lapisan dalaman rahim. Apabila lapisan ini tidak lagi terbentuk dan juga menebal, haid terhenti dan menopaus berlangsung.Umur di mana ovari wanita bercelaru fungsinya adalah di antara julat umur 45 hingga 55 tahun. Umur purata di mana wanita akan mengalami haid terakhir mungkin pada umur 50 tahun.Sekiranya seseorang wanita terpaksa melalui pembedahan yang melibatkan pembuangan kedua-dua ovari, rungutan menopaus akan dialami lebih awal dan lazimnya rungutan tersebut datang mendadak akibat dari penurunan paras hormon yang berlaku secara tiba-tiba.Rawatan penggantian hormon wanita bergantung kepada sama ada wanita masih lagi mempunyai rahim ataupun tidak kerana sekiranya hormon estrogen diberikan secara tunggal dan berlarutan, ini akan menyebabkan lapisan dalaman rahim (endometrium) menebal dan terus menebal, meningkatkan risiko kehadiran barah rahim.Sebab itulah, hormon wanita kedua iaitu hormon progesteron dibekalkan bersama supaya penebalan ini berlaku secara terkawal.
    .
    PANAS BADAN
    .
    Panas-panas badan merupakan satu keadaan ataupun perasaan kepanasan yang berlaku dari atas pusat hingga ke muka, dan kehadirannya secara spontan, tiba-tiba, mungkin dari beberapa saat sehinggalah ke beberapa minit.Muka akan menjadi merah dan juga berpeluh. Anda tidak perlu runsing kerana 75% wanita menopaus akan mengalami gejala rungutan ini. Mungkin kehadiran panas-panas badan dan muka berlaku beberapa kali sehari dan kehadirannya pada waktu malam mungkin akan mengacau keamanan tidur.
    .
    FARAJ KERING
    .
    Organ-organ reproduksi wanita dipengaruhi oleh hormon estrogen. Faraj juga akan berubah. Lapisannya akan menjadi nipis dan kering. Kenikmatan hubungan kelamin juga tergugat akibat daripada lubrikasi (pelinciran) yang kurang berkesan dan mencetuskan rasa sakit.Selain itu, apabila faraj menjadi nipis serta kering, jangkitan kuman lebih mudah berlaku. Sistem perkumuhan (salur kencing) juga dipengaruhi oleh hormon estrogen. Salur uretra (salur yang menyambungkan pundi kencing ke luar) menjadi kering, mengalami keradangan dan juga merah-merah.Kekerapan ke tandas berlaku untuk membuang air kencing mungkin semakin ketara. Risiko jangkitan kuman pada pundi kencing juga meningkat.
    .
    OSTEOPORESIS
    .
    Estrogen merangsang sel osteoblas yang membentuk tulang. Apabila hormon ini semakin kurang, kerapuhan tulang berlaku. Kerana itulah wanita yang berumur lebih mudah patang tulang terutamanya pada bahagian pinggang, tulang belakang serta pergelangan tangan.Penggantian hormon estrogen memperlahankan proses kerapuhan tulang. Hormon ini juga membantu penyerapan zat kalsium yang diperlukan oleh tulang.Anda juga perlu melakukan senaman badan seperti berjalan atau joging, yang mana senaman ini menguatkan otot-otot dan juga tulang.Doktor akan memberi preskripsi penggantian hormon estrogen pada dos yang sesuai dengan niat perawatan sesingkat yang mungkin.
    .

    sUMBER SILA KLIK: http://subiharon.blogspot.com/2011/01/gejala-menopaus-putus-haid.html

    No comments:

    Post a Comment

    Terima Kasih sudi komen