IMAM MUDA DAN JENAZAH PEMBAWA HIV
Pada episod minggu lepas, kesemua Imam Muda (IM) memulakan Medan Imam Muda dengan tazkirah tentang kematian diiringi bacaan Yaasin sebagai permulaan yang menyentuh perasaan.
Tugasan minggu lepas, kesemua IM diberi tugasan menguruskan jenazah yang tidak dituntut dan berisiko tinggi (HIV). Jenazah ini terdiri dari jenazah pembawa HIV yang tidak dituntut oleh waris dan sudah melebihi jangkamasa 3 bulan di Hospital.
Sebelum memulakan tugasan, kesemua IM di bawa ke Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur untuk diberi keterangan dan maklumat tentang etika dan cara menguruskan jenazah daripada urusan pemandian, kafan, sembahyang dan pengkebumian.
Mereka diiringi dan dipantau oleh Ustaz Abdul Malik dari JAWI dan Tn Hj Abu Bakar Lajis dari Jabatan Forensik HKL dan dipimpin oleh 4 mursyid Imam Muda Musim ke-2.
Seringkali diingatkan kepada semua IM bahawa mereka perlu sentiasa menghormati jenazah dengan melakukan setiap prosedur tanpa banyak soal dan bercakap.
Kesemua IM juga dibawa ke tanah perkuburan Karak, Kuala Lumpur untuk melihat tempat di mana jenazah hendak dikebumikan seperti episod dalam Imam Muda musim pertama. Dalam keadaan tersebut, kesemua IM nampak begitu fokus dengan memberi sepenuh perhatian kepada tugasan kerana ia adalah satu tugas yang berat.
Pihak JAWI memberi penerangan berkaitan pengurusan jenazah dan menunjukkan demonstrasi pemakaian khas bagi melaksanakan tugas fardhu kifayah ini iaitu apron, penutup kepala, mask (penutup hidung), dan sarung tangan.
Setelah selesai, diingatkan kepada semua IM bahawa HIV atau AIDS sebenarnya tak akan berjangkit setelah seseorang itu mati dan jangan sesekali memandang serong terhadap jenazah yang sedemikian rupa serta perlu senantiasa menghormati jenazah semasa melakukan prosedur-prosedur wajib.
Setelah selesai, jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Karak, Kuala Lumpur untuk disemadikan. Kesemua IM berkesempatan menguruskan pengebumian jenazah dan dalam semua prosedur.
Kelengkapan Pengurusan Jenazah Kifayah
- RM 165.00, BERAT 3,000.00 Grams
Pengurusan Jenazah.
Segala
kelengkapan untuk mandian dan mengkafankan telah siap disediakan didalam
Kit ini. Ini sedikit perincian berkenaan item-item yang terkandung di
dalam Kit yang bersifat Universal tersebut:
1) Kain Kapan 3 Helai
2) Kain kemban 1 Helai
3) Sarban / Tudung 1 Helai
4) Baju / Gamis 1 helai
5) Sarung Bantal / Sarung tangan kain 4 Helai
6) Tal 5 helai
7) Kapas 2 Gulung
8 Air Mawar
9) Air Sintok
10) Celak
11) Kapur barus
12) Minyak Attar
13) Sabun
14) Serbuk Cendana /Pacai
15) Apron Plastik
16) Plastik Sampah
17) Sarung Tangan getah 2 Set
18) Topeng Muka 1 set
2) Kain kemban 1 Helai
3) Sarban / Tudung 1 Helai
4) Baju / Gamis 1 helai
5) Sarung Bantal / Sarung tangan kain 4 Helai
6) Tal 5 helai
7) Kapas 2 Gulung
8 Air Mawar
9) Air Sintok
10) Celak
11) Kapur barus
12) Minyak Attar
13) Sabun
14) Serbuk Cendana /Pacai
15) Apron Plastik
16) Plastik Sampah
17) Sarung Tangan getah 2 Set
18) Topeng Muka 1 set
Rasulullah SAW bersabda “Agama itu mudah oleh itu permudahkanlah jangan memayahkan, gembirakanlah, jangan meliarkan (menakutkan)' Untuk mendapatkan set kelengkapan jenazah ini boleh hubungi
Encik Sulaiman 019 9851773
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen