VISI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH.
Menjadikan Unit PPDa SK Muhibbahraya sebagai sub institusi yang menggerakkan komitmen dan kerjasama warga sekolah untuk merealisasikan matlamat Sekolah Bebas Dadah menjelang 2012.
MISI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH.
Merancang, menyelaras, memantau dan menilai aktiviti pendidikan pencegahan dadah sebagai pelengkap kepada sistem pendidikan bagi membentuk ketrampilan sahsiah pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Melahirkan pelajar bebas daripada dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah yang mantap dan berkesan dalam mempastikan sekolah bebas daripada dadah.
MATLAMAT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH.
Memberi pengetahuan, kemahiran, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru dan kakitangan pendidikan serta ibu bapa agar mereka menjauhi rokok, inhalan, dadah, alkohol danHIV/Aids dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran “Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012″.
BIDANG TUGAS PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH.
* Pendidikan Pencegahan Rokok.
* Pendidikan Pencegahan Alkohol.
* Pendidikan Pencegahan Inhalan.
* Pendidikan pencegahan Dadah.
* Pendidikan Pencegahan HIV/Aids.
OBJEKTIF PPDa.
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah SKMT adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan segala aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah, Rokok, Alkohol, Inhalan, HIV/Aids supaya mencapai objektif-objektif seperti berikut:
Mempertingkatkan kesedaran tentang bahaya dadah / ancaman penggunaan dadah, rokok, alkohol, inhalan, HIV/Aids dikalangan murid, guru dan ibu bapa.
Membina kekuatan dalaman murid dan menyediakan mereka dari segi pemikiran dan tindakan supaya menjauhi dadah, rokok, alkohol, inhalan dan HIV/Aids.
Mengesan murid yang terlibat dengan pengunaan dadah, rokok, alkohol dan inhalan untuk proses bimbingan pemulihan sahsiah.
Mempastikan tindakan segera diambil untuk membantu murid yang berisiko tinggi berkaiatan penggunaan dadah, rokok, alkohol, inhalan dan HIV/Aids.
Memantau dan membimbing, membantu mengawal dan menyelia murid yang terlibat dengan penggunaan dadah, rokok, alkohol dan inhalan supaya meninggalkan tabiat buruk mereka.
Mengesan, membantu, membimbing dan memantau murid supaya tidak terlibat dengan HIV/Aids. Mewujudkan perhubungan dua hala diantara guru dengan ibu bapa, polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, PEMADAM, pertubuhan dan agensi lain atau masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah di dalam usaha mencegah penggunaan dadah, rokok, alkohol, inhalan dan HIV/Aids.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen