Macam Mana Nak Buang Tabiat Merokok, Cikgu?
Dipetik daripada http://ppdasmkjp2.blogspot.com/
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para pelayar web blog ini khususnya para pelajar sekolah, bersama-samalah kita menghindari perbuatan yang boleh menjerumuskan kita ke lembah kebinasaan.
Sebagai contoh, perbuatan merokok. Merokok ternyata membawa lebih banyak kebinasaan daripada kebaikan. Terdapat insan yang ingin berubah ke arah kebaikan.
Sebagai rakan, sama-samalah kita menyokong niat dan usaha murni rakan dan sahabat baik kita itu. Bukanlah membantu orang lain yang ingin berubah kepada kebaikan, sangat disukai oleh Tuhan?
"Saya merokok sebab nampak macho lah,"
Oh alasan seperti di atas tidak bertepatan langsung untuk pelajar merokok. Merokok tidak menyebabkan anda menjadi macho.
Baiklah di bawah ini, sedikit perkongsian cikgu, Tip Membuang Tabiat Merokok. Percayalah, anda boleh melakukannya. Jom bertindak sekarang, jom berubah ke arah kebaikan skearang.
Tabiat Merokok Boleh Menyebabkan Mati Otak

GUNAKAN KAEDAH YANG BETUL UNTUK BERHENTI MEROKOK :)
- tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
- yakinkan diri
- buat nota peringatan
- katakan pada diri"aku bukan perokok"
- tumpukan pada hari itu
- sentiasa berfikiran positif
- dapatkan sokongan
- lawan keinginan untuk merokok
- gunakan terapi gantian nikotin(contoh macam niquitin)
- amalkan petua 12M untuk berhenti merokok
Amalkan Petua 12M Untuk Berhenti Merokok
- Melengah- lengah untuk merokok
- Minum banyak air
- Lakukan senaman pernafasan/tarik nafas panjang
- Membuat sesuatu/menyibukkan diri
- Menjauhkan diri dari orang/kawan yang merokok
- Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah
- Mandi dengan kerap
- Melakukan senaman rengangan
- Meditasi
- Mengelakkan diri dari situasi yang mendorong untuk merokok
- Dekatkan diri dengan Tuhan Selalu. Bagi pelajar Muslim, dirikanlah solat 5 waktu dengan khusuk dan ikhlas.
- Memberi pertolongan kepada sahabat yang memerlukannya tanpa menunggu dia memintanya. Kalau dia memohon bantuan, wajib kita bantu setakat termampu. Allah menolong seseorang selagimana dia menolong sesama insan dalam kebaikan.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen