Permohonan Kemasukan Ke UiTM Sesi 2 2011
Permohonan Online Bagi Kemasukan Ke UiTM Bagi Program Diploma/ Asasi Dan Program Profesional Dibuka Pada 12 Tengahari 01 Julai 2011 Sehingga 31 Julai 2011. Pembelian No. Slip Melalui BSN Adalah Diperlukan Bagi Permohonan Online Tersebut.
CARA MEMOHON MELALUI APLIKASI DALAM TALIAN (ONLINE APPLICATION) | |
1. | Permohonan untuk program yang ditawarkan adalah melalui aplikasi dalam talian (Online). |
2. | Permohonan dalam talian melalui laman web www.online.uitm.edu.my akan dibuka pada 1 Julai 2011 (Jumaat) Jam 12 Tengahari. |
3. | Pemohon dikehendaki membuat pembayaran yuran pemprosesan dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil), di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). |
4. | Setelah membuat pembayaran, pemohon boleh melakukan permohonan melalui laman Web Aplikasi Elektronik UiTM yang beralamat www.online.uitm.edu.my dengan memasukkan nombor slip yang didapati dari kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). |
5. | Pemohon dinasihatkan mencetak maklumat permohonan yang telah muktamad tersebut sebagai bukti permohonan telah dibuat. |
"NOTA: Pemohon diingatkan agar menyimpan slip pembayaran untuk tujuan rujukan dan sebagai bukti sah pembayaran."
Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen