Anak penjual laksa antara calon Melayu terbaik
BUKIT MERTAJAM 7 Mac - Anak penjual laksa, Nor Atikah Abd. Rahman, 20, muncul salah seorang calon Melayu terbaik Pulau Pinang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 yang diumumkan hari ini.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Bukit Mertajam itu memperoleh 4A dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00.
Dia memperoleh 4A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah dan Pengajian Perniagaan.
Nor Atikah berkata, keputusan itu tidak dijangka kerana ketika peperiksaan percubaan dia cuma mendapat PNGK 3.42.
"Keputusan ini adalah hadiah paling bermakna untuk ibu, Che Piah Darus dan ayah, Abd. Rahman Hassan yang tidak jemu-jemu memberi galakan kepada saya," katanya ketika ditemui di sekolah itu hari ini.
Sementara itu, pencapaian STPM di negeri ini menunjukkan peningkatan berbanding 2010 dengan 2,410 calon yang menduduki peperiksaan STPM tahun lalu lulus penuh antara 1 hingga 5 prinsipal iaitu 97.02 peratus.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen