Remyzal Errie Zulkafli mengucup slip keputusan STPM selepas mendapat keputusan cemerlang di Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar, Kuantan, semalam.
Hasrat masuk IPT ditebus Remyzal
KUANTAN 7 Mac - Hasrat Remyzal Errie Zulkafli, 20, untuk menebus kekecewaannya kerana tidak dapat menjejakkan kaki ke institusi pengajian tinggi (IPT) selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2009 mungkin akan tercapai.
Ini kerana, dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 yang diumumkan hari ini, dia antara pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abu Bakar di sini yang mendapat kelulusan cemerlang dalam peperiksaan itu.
Anak muda berasal dari Perkampungan Sungai Isap itu mendapat empat prinsipal iaitu 3A, IB dalam empat mata pelajaran aliran sastera yang diambilnya iaitu Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah dan Pengajian Perniagaan.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen