Pelajar OKU cemerlang STPM
CHII MOU (kiri), Anis Nabilah (tengah) dan Ting Fong berkongsi kegembiraan selepas menerima keputusan STPM masing-masing di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Kecacatan tidak menghalang pelajar orang kelainan upaya (OKU) mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011.Itulah yang dibuktikan oleh tiga pelajar OKU, Anis Nabilah Wahab, Eric Su Chii Mou dan Yeow Ting Fong yang masing-masing mengalami masalah kecacatan penglihatan, rabun dan spastik.
Bagi Anis Nabilah, 19, yang memperoleh 2A dan 2B, keyakinan terhadap keupayaan diri untuk menggenggam kejayaan menjadi prinsip hidupnya walaupun dilahirkan buta sejak lahir.
"Saya percaya kejayaan pasti datang jika seseorang itu percaya pada kemampuan diri dan yakin bahawa Allah sentiasa ada untuk membantu jika usaha berterusan dilakukan," katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan STPM 2011 oleh Majlis Peperiksaan Malaysia di sini semalam.
Sementara itu, Ting Fong, 19, pula melahirkan rasa gembira kerana tidak menyangka memperoleh keputusan 4A.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen