Pages - Menu

Pages - Menu

Rosmalizai, salah seorang daripada tiga pelajar terbaik Terengganu,

Rosmalizai, salah seorang daripada tiga pelajar terbaik Terengganu,



Rosmalizai Adanan (kanan) menunjukkan slip peperiksaan STPM kepada ibunya, Faizah Mat Din di rumahnya di Kampung Kederang, Setiu, semalam.



SETIU 7 Mac - Dua tahun lalu, Rosmalizai Adanan, 19, menolak untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kerana kursus yang ditawarkan dirasakan tidak sesuai dengan jiwanya.
Dia tidak menganggap keputusan untuk meneruskan pembelajaran ke tingkatan enam bagi mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) suatu yang merugikan.

Hari ini dia diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga pelajar terbaik Terengganu dengan mendapat keputusan 4A 1B.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ibrahim dekat sini berkata, dengan kejayaan tersebut, peluang lebih luas untuk mengikuti pengajian dalam bidang pilihannya sendiri mungkin tercapai.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen