KEMASUKAN KE KOLEJ VOKASIONAL UNTUK PELAJAR PMR 2011
KEMASUKAN KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL DI INSTITUSI PENGAJIAN SWASTA 2012 AMBILAN JULAI 2012.
TEMPOH PENGAJIAN 4 TAHUN.
TAWARAN KEPADA PELAJAR TINGKATAN 4 (PMR 2011).
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa para pelajar yang layak untuk memohon kemasukan ke Program Kolej Vokasional di Institusi Pendidikan Swasta (IPS) sesi Julai 2012.
Syarat Kemasukan
Syarat umum kelayakan masuk Kolej Vokasional IPS;
- Warganegara
- Tingkatan 4 tahun 2012
- Sihat dan sesuai fizikal
- Bebas dari sakit kronik
Syarat khusus kelayakan masuk Kolej Vokasional IPS adalah mempunyai kelayakan minimum PMR 2011 berikut;
- Bahasa Melayu – B
- Bahasa Inggeris – B
- Matematik – B
- Sains – B
- Kemahiran Hidup – B
- Lulus mata pelajaran lain
Institusi dan Kursus
Institusi dan Kursus
Kemudahan
Yuran pengajian, makan dan penginapan akan dibiayai sepenuhnya oleh pihak kerajaan.
MAKLUMAT PROGRAM, SILA KLIK:
PERMOHONAN
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di
http://apps.moe.gov.my/esptv/kv_swasta2012/ MULAI 20 JUN 2012 .
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan kemasukan Program Kolej Vokasional di IPS ini adalah 30 Jun 2012.
Pertanyaan
Jika terdapat sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan permohonan Program Kolej Vokasional ini sila hubungi;
- Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 5 & 6, Blok E14 Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Telefon : 03-8884 5154/ 5031
Faks: 03-8884 5033
Emel: info@bptv.edu.my
TERIMA KASIH.
boleh saya tahu ini kursus untuk kolej vokasional untuk seluruh malaysia ke?
ReplyDelete