Rancanglah Cuti Sekolah Anak Kita
Rancanglah Cuti Sekolah Anak Kita
Sekarang cuti sekolah telah pun bermula. Di dalam tempoh lebih kurang 2 minggu ini, anak-anak kita tidak lagi perlu ke sekolah. Namun kebanyakan pelajar di tahun peperiksaan, pihak sekolah telah mengadakan kelas tambahan.
Pada waktu cuti sekolah begini, anak-anak kita berpeluang melakukan apa sahaja aktiviti yang tidak boleh mereka lakukan sebelum ini.
Sekarang cuti sekolah telah pun bermula. Di dalam tempoh lebih kurang 2 minggu ini, anak-anak kita tidak lagi perlu ke sekolah. Namun kebanyakan pelajar di tahun peperiksaan, pihak sekolah telah mengadakan kelas tambahan.
Pada waktu cuti sekolah begini, anak-anak kita berpeluang melakukan apa sahaja aktiviti yang tidak boleh mereka lakukan sebelum ini.
Apakah aktiviti yang akan mereka lakukan? Siapakah yang bertanggungjawab mengaturnya?
Meneliti situasi pada hari ini, para ibu
bapa terlalu sibuk dengan urusan kerjaya sehinggakan anak-anak tidak
mendapat perhatian sebaiknya. Hasilnya, cuti anak-anak tidak pernah
terisi dengan perkara yang berfaedah.
Anak-anak di bandar umumnya terdedah
kepada pelbagai pengaruh antaranya ialah pengaruh televisyen yang
mengandungi 1001 saluran, internet yang melekakan, games, filem-filem
tempatan dan antarabangsa yang boleh ditonton dengan membeli CD atau
mendownloadnya sahaja.
Selain itu, mereka juga terdedah dengan pengaruh
rakan-rakan yang mengajak mereka melakukan perkara yang tidak sepatutnya
mereka lakukan seperti merokok, merayau di tengah malam dan sebagainya.
Persoalan
Adakah para ibu bapa sanggup melihat
anak-anak mereka membuang masa di hadapan tv atau laptop selama
berjam-jam lamanya? Adakah mereka sanggup membiarkan anak-anak mereka
bangun daripada tidur hanya selepas matahari naik mencacak di atas
kepala?
Di manakah sensitiviti seorang ayah dan
ibu yang mahukan anak-anaknya menjadi penyejuk mata hati seperti yang
difirmankan Allah di dalam Surah Al-Furqan, ayat ke-74?
Menurut Imam Al-Bughawi di dalam tafsirnya, Qurratu A’yun bererti anak-anak yang baik, bertaqwa yang mampu menyejukkan hati dan pandangan mereka. Inilah yang kita doakan setiap waktu.
Menurut Imam Al-Bughawi di dalam tafsirnya, Qurratu A’yun bererti anak-anak yang baik, bertaqwa yang mampu menyejukkan hati dan pandangan mereka. Inilah yang kita doakan setiap waktu.
Mainkan peranan sebagai ibu bapa
Sebelum kita menyalahkan orang lain,
para ibu bapa wajib dipersalahkan terlebih dahulu. Apakah perancangan
mereka untuk anak-anak mereka jika mereka mampu menyiapkan perancangan
tahunan jabatan dan organisasi mereka bekerja?
Janganlah dianggap makan minum, pakaian
dan tempat tinggal yang disediakan sudah cukup untuk membuktikan
tanggungjawab sebagai ibu bapa sudah ditunaikan. Tidak! Peranan ibu bapa
terhadap anak-anak lebih lagi daripada itu.
Anak-anak perlukan perhatian, belaian
dan kasih sayang. Setiap apa yang mereka lakukan, mereka memerlukan
sokongan dan dukungan. Paling kurang mereka memerlukan respon sama ada
setuju atau tidak.
Sesungguhnya tiadalah sesebuah negara
itu melainkan terdiri daripada kelompok masyarakat di dalamnya. Begitu
juga masyarakat, tiada lain yang mengisi kelompok masyarakat itu
melainkan keluarga-keluarga yang berada di dalamnya.
Demikian juga keluarga, anak-anak sebenarnya yang menjadi komponen negara seterusnya menjadi tunjang di dalam kebangkitan sesebuah tamadun atau keruntuhannya.
Demikian juga keluarga, anak-anak sebenarnya yang menjadi komponen negara seterusnya menjadi tunjang di dalam kebangkitan sesebuah tamadun atau keruntuhannya.
Jika baik anak-anak, bererti baiklah
keluarga. Jika baik keluarga, maka baiklah masyarakat. Dan jika baik
masyarakat, maka cita-cita dan impian mewujudkan negara Islam yang
rakyatnya benar-benar melaksanakan segala ajarannya akan terlaksana.
Contoh pengisian cuti sekolah
Luangkanlah sedikit masa merancang
pengisian anak-anak walaupun hakikatnya bukan sahaja untuk musim cuti
sekolah, bahkan setiap masa.
Kita boleh menjadikan solat berjemaah di rumah sebagai budaya, dengan itu kita boleh melatih anak-anak lelaki menjadi imam seterusnya ia mampu melatih sifat berani dan kepimpinan di dalam diri selain dapat menghafal beberapa ayat sebagai bacaan di dalam solat.
Kita boleh menjadikan solat berjemaah di rumah sebagai budaya, dengan itu kita boleh melatih anak-anak lelaki menjadi imam seterusnya ia mampu melatih sifat berani dan kepimpinan di dalam diri selain dapat menghafal beberapa ayat sebagai bacaan di dalam solat.
Budaya makan bersama juga boleh
diamalkan. Dengan makan bersama, kasih sayang akan terjalin dan hubungan
akan lebih erat. Ibu bapa berpeluang mengambil tahu perkembangan
anak-anak ketika itu.
Aktiviti gotong-royong membersihkan
rumah akan mendidik anak-anak tentang kebersihan. Jika perkara ini
menjadi kebiasaan, akan lahir sifat pembersih di dalam diri mereka.
Selain itu, aktiviti ini akan melatih mereka menjadi anak yang taat kepada setiap arahan ibu bapa.
Selain itu, aktiviti ini akan melatih mereka menjadi anak yang taat kepada setiap arahan ibu bapa.
Kem-kem motivasi dan kem ibadah semakin
banyak diadakan sempena cuti sekolah. Memang benar yuran yang dikenakan
agak mahal walaupun program tersebut hanya berjalan selama beberapa
hari, namun anggaplah yuran tersebut sebagai pelaburan jangka masa
panjang.
Agak pelik juga apabila terdapat ibu bapa yang sanggup membayar harga yang mahal untuk membeli kereta dan perabot rumah tetapi tidak sanggup membayar untuk kebaikan anak-anak mereka.
Agak pelik juga apabila terdapat ibu bapa yang sanggup membayar harga yang mahal untuk membeli kereta dan perabot rumah tetapi tidak sanggup membayar untuk kebaikan anak-anak mereka.
Jika di negara Mesir, cuti sekolah
anak-anak diisi dengan program hafazan Al-Quran di masjid-masjid.
Perkara ini amat positif kerana ia memupuk kecintaan kepada Al-Quran di
dalam hati anak-anak. Menariknya, program ini dijalankan secara percuma
dan turut dianjurkan pertandingan hafazan sebelum cuti berakhir.
Ada juga ibu bapa yang menghantar anak-anak pulang ke kampun. Suasana desa yang permai memang bagus untuk kesihatan kita.
Memang seronok balik kampung kerana kebanyakana anak-anak kecil apabila di kampung dapat lepas bebas ke sana ke mari. Bahkan dapat berkawan dengan anak-anak kampung yang juga biasanya saudara-mara.
Berbasikal, berpanas, terjun sungai, mandi di air terjun, membantu jiran tetangga yang mengadakan kenduri kahwin dengan mencuci cawan dan gelas misalnya, atau pergi ke ladang mengutip buah sawit yang lerai bersama datuk atau merentas desa menjadi aktiviti anak-anak kita apabila di desa.
Menghantar anak pulang ke kampung apabila cuti sekolah adalah fenomena biasa bagi ibu berkerjaya. Antara sebabnya, risau anak sendirian di rumah sedangkan sebelum itu masa mereka banyak dihabiskan di sekolah dan kelas agama.
Ibu bapa mengambil pendekatan menghantar anak pulang ke kampung kerana hati lebih tenang. Ada orang menjaga dan mereka tidak susah hati memikirkan makan pakai si anak. Namun ada anak-anak yang merungut kerana sudahlah hari biasa jarang bertemu dan berkomunikasi dengan ibu bapa yang sibuk, cuti sekolah pun dihantar balik ke kampung!
Ada juga ahli keluarga nenek di kampung yang tidak senang kerana setiap kali cuti sekolah, orang tua itu akan kepenatan melayan kerenah cucu yang nakal dan manja. Menjaga kanak-kanak atau mengemas rumah yang berkecah bukanlah kerja yang mudah.
Anak-anak bagaimanapun sebenarnya boleh dihantar pulang ke kampung nenek mereka ketika cuti sekolah tetapi bukan begitu lama, sehingga cuti sekolah tmat.
Mungkin hanya beberapa hari atau bagi cuti yang panjang, seminggu dua. Selebihnya mereka sepatutnya menghabiskan cuti dengan ibu bapa dan keluarga sendiri.
Waktu cuti sekolah, ibu bapa boleh memantau sikap sebenar anak sendiri. Melatih anak berdisiplin dari segi tanggungjawab terhadap keluarga dan juga terhadap Allah.
Ketika ini, ibu bapa (walaupun kedua-duanya bekerja) boleh mula melatih ciri-ciri kedewasaan kepada anak terutama sekiranya mereka sudah 11 atau 12 tahun.
Bagi ibu yang berkerjaya, tidak mendapat cuti pada cuti sekolah, apa yang boleh anda lakukan?
Cuti sekolah ini elok melatih anak sama ada lelaki atau perempuan membuat kerja asas di dapur. Ajar cara memasak nasi dan kemudian beri tanggungjawab memasak nasi kepada mereka manakala anda sendiri sebagai ibu menyediakan lauk yang ringkas sebelum pergi kerja.
Kemas rumah. Sekiranya hari biasa anak-anak anda kepenatan dengan jadual sekolah yang padat, cuti sekolah bahagi-bahagikan tugas kepada mereka untuk mop lantai, mengemas bilik dan ruang tamu atau mengganti langsir baru.
Jangan bezakan anak lelaki dan perempuan. Beri tugas sama rata.Jika ibubapa membezakan anak perempuan dan lelaki, apabila dewasa, anak-anak anda akan ingat tindakan anda yang pilih kasih. Namun anak solehah dan soleh biasanya tidak berdendam dengan ibu bapa yang pilih kasih.
Aktiviti berfaedah tidak semestinya ke kem cuti sekolah. Anda boleh merancang aktiviti sekeluarga walaupun tidak perlu keluar rumah. Aktiviti ini tidak perlu menunggu musim hari raya. Cat baru ruang tamu bersama ayah pada hujung minggu.
Ibu pula menyediakan hidangan lazat selepas penat bekerja.
Memasak? Bukan hanya masak kek atau puding yang sesuai dijadikan aktiviti keluarga pada hujung minggu tetapi juga masakan lain. Anda juga boleh merancang majlis barbeku sekeluarga. Jika masa terhad, biarkan anak membantu menjayakannya.
Ambillah hati anak anda pada waktu cuti sekolah ini. Mungkin selama ini hubungan anda dan anak agak jauh kerana kesibukan masing-masing, gunalah cuti sekolah untuk merapatkannya kembali.
Bawa anak ke kelas pengajian agama di masjid atau surau. Dengar pengajian agama bersama-sama sama ada kuliah siang mahupun malam.
Riadah. Joging bersama-sama di taman beberapa jam pada waktu petang atau pagi pada hujung minggu sangat menyeronokkan. Bawa bekalan makanan dan selepas itu berkelah bersama-sama.
Kesimpulannya, ibu bapa perlu menyedari kepentingan mengisi masa lapang anak-anak. Jika kita tidak menyusun percutian mereka, secara automatik anak-anak ini akan mengisi masa mereka mengikut selera sendiri, pengaruh kawan-kawan dan persekitaran.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen