Tengku Puan Pahang di persada dunia
Artikel ini dipetik daripada Ruangan Kolumnis Cetusan,oleh Yang Berbahagia Tan Sri Abdullah Ahmad, di muka surat 48, Akhbar Sinar Harian, Ahad, 24 Jun 2012. Saya muat naik di blog ini sebagai kemudahan untuk saya membuat rujukan. Sekian, terima kasih.
Tengku Puan Pahang di persada dunia
Dari pertengahan Mei hingga pertengahan Jun, kolumnis bercuti
sebbatical tahunan di London dan Belanda berkebetulan dalam period yang
sama dengan perayaan 60 tahun atau Jubli Intan Ratu Elizabeth II naik
takhta United Kingdom (UK), Larian Obor Olimpik, permulaan
pertandingan
juara bola sepak Euro 2012 dan berlangsungnya temasya Chelsea Flower
Show yang termasyhur itu.
Kolumnis gembira walaupun matahari terbit dan bercahaya cuaca dingin - amat menyegarkan dan selesa.
Selama enam dekad di atas takhta banyak bekas tanah jajahan British merdeka termasuklah kita, Ghana dan Nigeria.
Sejumlah 12 Perdana Menteri telah berkhidmat di bawah baginda bermula
dengan Churchill hingga Gordon Brown. David Cameron, Perdana Menteri
sekarang, adalah yang ke 13 di bawah pemerintahan baginda. Margaret
Thatcher mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri wanita pertama dalam
sejarah British.
Ratu atau Queen Elizabeth II, seperti Elizabeth I dan Queen Victoria, adalah tiga ratu (dan raja) yang terunggul.
Kolumnis dan isteri pernah menghadap dan diperkenalkan kepada baginda
dan keluarga dirajanya sebelum jamuan makan malam diraja bagi
diplomat-diplomat di London pertengahan 1980-an dan juga telah
menghadiri beberapa kali jamuan teh diraja di Istana Buckingham.
Pada 15 Mei lalu, kolumnis dijemput makan tengah hari di House of Lords
meraikan Perdana Menteri, Najib Tun Razak ketika itu dalam lawatan
kerja di London tetapi tidak dapat hadir kerana kolumnis hanya tiba di
Heathrow Airport pagi 16 Mei.
Apa pun sebelah malam kolumnis menghadiri jamuan makan malam di Hilton
Hotel Park Lane meraikan pemenang Asian Women of Achievement Awards 2012
yang dihadiri Menteri Dalam Negeri UK, Theresa May, Cherie Blair
dan ramai lagi.
Dua pemenang utama adalah Farah Pandith, US Special Representative to
Muslim Communities atau Penasihat Hillary Clinton tentang komuniti Islam
sejagat dan Tengku Puan Pahang, Tuanku Azizah.
Kolumnis perturunkan ringkasan citation dalam bahasa asal:
“Princess Azizah is the daughter of the Sultan of Johore and wife
of Tengku Makhkota (Crown Prince) of Pahang.A firm believer of the
adage: ‘Teach A Girl You Educate A Family. We recognise her tonight for,
among her many activities, her outstanding work for the World
Association of Girl Guides and Girl Scouts on local, regional and
worldwide levels'.
Diam-diam sahaja, tanpa paluan gendang, kompang, rebana ubi dan silat,
Tuanku Azizah diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai seorang
pemimpin wanita yang berkaliber dan berjasa.
Baginda tidak sekadar pemimpin wanita di negeri Pahang sahaja! Apa yang
menarik minat kolumnis dan agak terkejut juga kepetahan baginda berucap
dalam bahasa Inggeris secara spontan, tanpa teks, di majlis
antarabangsa dan di London pula.
Sebenarnya, baginda ada teks ucapan tetapi oleh kerana Farah berucap
tanpa teks dan mendapat tepukan gemuruh baginda telah membuat keputusan
kilat turut berucap tanpa teks: Ringkas, berkesan tentang
aktiviti-aktivitinya terutama program fertiliti untuk mereka yang ingin
anak di negeri Pahang dan diselang-selikan dengan humour yang subtle.
Keputusan baginda menakjubkan ramai tetamu termasuk 10 tetamu dari
Malaysia di antara tetamu yang berjumlah 700 orang itu. Kerana
kepetahannya Tuanku Azizah telah mendapat tepukan yang gemuruh.
Kolumnis tidak malu - sungguh berasa megah seorang bakal Tengku Ampuan
dan bakal Raja Permaisuri Agong boleh berucap sedemikian.
Tidak ramai barangkali yang menduduki takhta atau bakal bersemayam bisa
bicara sebegitu idiomatik, petah kecuali mungkin Tuanku Zaharah Salim,
Tuanku Bainun, Tuanku Raja Zarith, Sultanah Kalsom, dan Tuanku Lailatul
Shahreen.
Suka duka, sistem raja berperlembagaan amat penting dikekalkan di Malaysia.
Ratu Elizabeth II mempunyai, selepas perayaan Jubli Intan, approval
rating 80 peratus. Golongan Republikan satu masa dahulu kuat juga kini
merosot kerana rakyat British sekarang gembira dan seronok dengan
pendekatan realis keluarga diraja mereka.
Apa pun tiada bangsa lain tercekap seperti British mengurus dan
memelihara adat dan istiadat dengan penuh dignity dan kemuliaan.
Yang menakjubkan majlis adat istiadat rasmi dilaksanakan secara ringkas
dan tanpa banyak bicara! Ratu Elizabeth II, selepas tragedi Puteri
Diana, kata Speaking: “has reinvented and reenergised the British
Monarchy - iaitu memberi tenaga, nafas dan peranan baru kepada keluarga
diraja British.”
Baginda membawa perubahan-perubahan yang sesuai dengan tuntutan zaman
dan politik yang akan membantu menyelamatkan sistem beraja
berperlembagaan.
Aktor-aktor baru terutama melalui cucunya Putera William dan isterinya
Kate Middleton (anak kelahiran keluarga menengah yang berpendidikan
universiti dan cantik pula) telah meningkatkan lagi populariti keluarga
diraja Windsor, yakni keluarga diraja yang memegang takhta British
ketika ini.
Sistem monarki di UK terlihat lebih selamat daripada sistem monarki di negara lain.
Inilah kekuatan keluarga diraja British - sering berubah mengikut peredaran zaman.
Sepanjang perayaan Jubli Intan, kolumnis lihat rakyat British amat
sayang dan puja raja mereka secara spontan pula. Pesta Sungai Thames
dihadiri satu juta manusia yang majoriti mengibarkan bendera Union
Jack.
Berpuluh-puluh ribu bahkan ratusan ribu menghadiri konsert diraja
dengan tetamu khas diraja seramai 5,000 dipilih melalui cabutan telah
dihiburkan dengan pementasan, tarian dan nyanyian bintangbintang
antarabangsa dan bintang-bintang British sendiri.
Cameron dan isterinya, juga Timbalan Perdana Menteri dan isteri
kelihatan duduk di barisan keempat di ruang khas diraja. Pengerusi BBC
di barisan hadapan bersama Ratu Elizabeth.
Di setengah negara dan negeri, lazimnya kerusi barisan hadapan hatta
kedua dan ketiga pun selain daripada kerabat diraja dibolot golongan
politikus dan pegawai.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen