Tip Belajar Berkesan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Teknik dan kaedah belajar ada pelbagai cara.
Di sini, saya kongsikan sedikit Tip Belajar Berkesan.
- Semasa di kelas, berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran guru.
- Dengar apa yang guru sampaikan dengan teliti.
- Tidak bercakap atau berbual-bual semasa guru mengajar.
- Buat latihan dan tugasan yang guru berikan mengikut masa yang telah ditetapkan.
- Sentiasa bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran.
- Membaca setiap nota yang diberikan oleh guru.
- Membuat latihan-latihan yang disediakan oleh guru serta mencari latihan-latihan tambahan dari buku-buku latihan.
- Memahami apa yang dibaca.
- Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran.
- Menggunakan kaedah, simbol, dan tanda-tanda tertentu untuk memudahkan pembelajaran
- Belajar menggunakan komputer untuk mendapatkan kefahaman tambahan.
- Bagi sesetengah pelajar, mereka kerap mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran.
- Mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada buku, majalah, akhbar dan internet.
- Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran.
- Meneliti dan menganalisis trend soalan-soalan peperiksaan yang lalu.
- Berfikir secara kreatif dan berani memberi idea.
- Mendapatkan nasihat guru dalam segala masalah yang dihadapi tentang pelajaran dan pembelajaran.
nice entry.. pendek tp bermaka..^_^
ReplyDelete