Skim Latihan Tenaga Pengajar (SLTP)
OBJEKTIF
Pada dasarnya biasiswa SLTP yang disediakan adalah untuk menaja
pelajar-pelajar peringkat ijazah pertama di Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) tempatan dalam bidang-bidang tertentu yang dikenalpasti
keperluannya di politeknik dan kolej komuniti.
Setelah tamat pengajian
dan memperolehi CGPA sekurang-kurangnya 2.75 dan tertakluk kepada semua
syarat lantikan dipenuhi, pelajar akan dilantik sebagai tenaga pengajar
di politeknik dan kolej komuniti.
GOLONGAN SASARAN
Pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di
Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (bagi pengajian di dalam Negara) dan
lepasan Diploma/Matrikulasi yang cemerlang (bagi pengajian ke luar
Negara).
PERINGKAT PENGAJIAN
Ijazah Pertama
TEMPAT PENGAJIAN
- Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
- UTP
- MMU
- UNITEN
- Universiti luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan
IKATAN PERJANJIAN
Pemohon yang menerima tawaran Biasiswa ini dikehendaki berkhidmat
sebagai tenaga pengajar di Politeknik atau Kolej Komuniti
sekurang-kurangnya 4/5 tahun bagi kursus-kursus bukan professional atau
6/7 tahun bagi kursus-kursus professional. Sekiranya enggan, tuntutan
gantirugi akan dikenakan mengikut kos tertentu atau perbelanjaan sebenar
yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan sebagaimana dinyatakan dalam
perjanjian.
PENAJAAN BIASISWA SLTP DI DALAM NEGARA
SYARAT:
- Tawaran hanya sah kepada Warganegara Malaysia sahaja;
- Telah mendapat tawaran untuk mengikuti program ijazah pertama di mana-mana IPTA;
- Berumur tidak melebihi 25 tahun semasa tarikh tutup permohonan;
- Mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.75 di peringkat Diploma/Matrikulasi/semester terkini;
- Belum mendapat penajaan biasiswa/pinjaman dari mana-mana penaja lain;
- Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM;
- Mendapat sekurang-kurangnya Band 3 dalam peperiksaan MUET;
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum serta aktiviti kemasyarakatan; dan
- Mempunyai minat dan kecenderungan untuk berkhidmat sebagai pendidik.
PENAJAAN BIASISWA SLTP KE LUAR NEGARA
SYARAT:
- Tawaran hanya sah kepada Warganegara Malaysia sahaja;
- Berumur tidak melebihi 25 tahun semasa tarikh tutup permohonan;
- Memperolehi Diploma/Sijil Matrikulasi yang cemerlang dengan PNGK sekurang-kurangnya 3.5 dan ke atas daripada Politeknik atau IPTA dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan kursus-kursus yang ditawarkan;
- Belum mendapat penajaan biasiswa/pinjaman dari mana-mana penaja lain;
- Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM;
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum serta aktiviti kemasyarakatan; dan
- Mempunyai minat dan kecenderungan untuk berkhidmat sebagai pendidik.
- Lulus ujian Bahasa Inggeris dengan skor minimum sama ada TOEFL,600 (Paper-Based), 240 (Computer-Based) atau 94 (Internet-Based), atau IELTS 6.0. Syarat ini adalah untuk kemasukan ke semua universiti luar negara termasuk universiti yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ( Ujian boleh diambil selepas calon disahkan berjaya dalam proses pemilihan ).
PEMILIHAN
Hanya permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat-syarat ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.
Pemilihan muktamad akan diputuskan oleh Jawatankuasa Biasiswa, KPT.
Hebahan permohonan adalah melalui Portal KPT dan permohonan adalah secara atas talian.
PERMOHONAN DAN PERTANYAAN:
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Unit Biasiswa
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya.
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya.
Talian Utama | 03 – 8870 6000 (samb.) | |
Faks | : | 03 – 8870 6839 |
bila bukak SLTP nie ye??
ReplyDeletethanks
Salam...nak tye SLTP bukak bila 2012 nie ye?thanks
ReplyDeleteNurra
ReplyDeleteSaya pun tidak tahu bila. Nurra boleh rujuk web KPT dari semasa ke semasa ya.