Pages - Menu

Pages - Menu

Maaf Blog dan Sesi Kaunseling Tidak Sempat Dijawab

Maaf Blog dan Sesi Kaunseling Tidak Sempat Dijawab


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sepanjang Ramadhan dan Awal Syawal lalu, blog ini lama tidak dikemaskini dengan berita pendidikan terbaru.

 Saya ucapkan terima kasih yang sudi singgah dan kepada mereka yang meninggalkan "JEJAK” saya mohon maaf jika tidak dapat memberi respons dengan segera. Penulis blog cikgukaunseling.com memohon maaf kepada rakan followers, bekas-bekas pelajar, dan  pemberi komentor blog yang belum sempat di publish dan dikomen.

Terima kasih kepada para sahabat saya dan keluarga saya yang sudi mempromosi blog cikgukaunseling.com ini. Samada dari laman FB dan blog sahabat dan teman bloggers, juga dari perkhabaran mulut ke mulut tentang blog ini oleh teman terdekat.

Begitu juga kepada penyedia hosting yang telah memperbaiki masalah feed blog ini. Alhamdulillah setelah masalah itu diselesaikan, carian artikal di blog ini Alhamdulillah mudah ditemui SEO.  Ini sedikit sebanyak membantu meningkatkan traffic visitor ke blog ini.

SEO adalah kependekan dari Search Engine Optimization, yang dalam bahasa kita diartikan menjadi optimasi mesin pencari.


Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT, dengan izinNya, traffic blog ini semakin meningkat jika dibandingkan pada awal kemunculannya pada tahun 2008.

Jika pada 2010 misalnya, jumlah pengunjung ke blog ini sekitar 70 atau 80 orang sahaja. Tetapi kini, Alhamdulillah paling kurang jumlah pengunjung berjumlah 800 orang sehingga ke 4 ribu dalam sehari.

Ketika saya membuka kotak inbox email saya, terdapat berpuluh-puluh pesanan berkaitan perkongsian permasalahan pelayar blog ini. Pada kesempatan ini, saya juga memohon maaf kepada klien sesi kaunseling kerana penulis blog cikgukaunseling tidak sempat menjawab permasalahan saudara saudari dan tuan tuan dan puan-puan dengan kadar segera.

Ini kerana, saya perlu utamakan dan selesaikan tugas dan tanggungjawab utama saya di dunia realiti saya terlebih dahulu.

Blog http://www.cikgukaunseling.com/ ini hanya dapat dijengah sepintas lalu. Selain kekangan masa, kemudahan capaian broadband saya yang agak lemah apabila saya berada di kawasan tertentu (yang tiada kemudahan pencawang komunikasi) dan tugas hakiki waktu ini, faktor kesihatan yang kurang unfit mendorong saya untuk berehat seketika dari dunia maya.



Saya ucapkan terima kasih kepada pelayar internet yang memberi kepercayaan kepada saya untuk berkongsi kemyuskilan dan masalah kehidupan dengan saya melalui email-email yang begitu banyak saya terima.

Pada kesempatan ini, saya ingin berkongsi artikel khusus kepada yang berkongsi masalah dengan saya . Marilah sama-sama kita hayati dan renungkan.

Ada yang bertanya kepada saya MENGAPA ALLAH BERI UJIAN YANG BERAT KEPADANYA?  

Mari kita renungkan, di dalam al-Quran, ujian dan dugaan disebut oleh Allah sebagai البلاء (bala’) serta الفتنة (fitnah). Menurut kamus المحيط (al-Muhit), kedua-duanya berkongsi maksud yang sama. [Al-Muhit, Kaherah, Mesir. )

Kehidupan antara kita pelbagai corak dan ragam ceritanya, semuanya penuh dengan ujian, ranjau dan belukar hidup masing-masing, tiada yang tidak bermasalah dan tidak diuji ALLAH. 

Kerana dengan ujian inilah ALLAH mengenal pasti yang mana hambaNYA yang menerima semua taqdir dan ketentuan yang telah diatur olehNYA dengan sabar dan redho, yang menerimanya bulat-bulat dan menyerah diri seratus peratus kepadaNYA dan yang mana tidak.

Menjalani liku-liku hidup sebagai seorang manusia, kita tidak akan dapat lari daripada diuji oleh Allah Azza Wa Jalla. Ujian yang mendatang selalunya menjadikan diri kita lebih tegar dan kuat. InshaAllah.

Masakan tidak. Percayalah. Ujian mengajar seseorang untuk jadi lebih lasak dalam menggalas setiap bebanan kehidupan.

BAGAIMANA MENGHADAPI DUGAAN



Allah SWT tidak akan menguji hambaNya diluar kemampuan kita. 
Ini bermakna Allah Maha Mengetahui setiap ujian yang menimpa 
dan meyakini bahawa hambaNya mampu berhadapan dengan ujian diberikan.
Setiap ujian yang ditakdirkan kepada kita
 adalah untuk menghapuskan dosa kita 
dan meningkatkan darjat kita disisiNya....
Bersabarlah menempuh segala ujianNya....

DUGAAN SEBAGAI PENGHAPUS DOSA


Hadis :
Dari Abdullah r.a katanya:"Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:"Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk." Jawab baginda,"Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula, “Semoga anda mendapat pahala berganda pula." Jawab baginda:"Semoga!" Kemudian sabda baginda pula:"Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya." (Muslim)

Huraian :
Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi "kaffarah" (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu. Anas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah." (at-Tirmidzi dan Ibn Majah)


Dengan ujian inilah ALLAH mengetahui yang mana satu hambaNYA dan yang mana satu yang berlagak tuan .

Firman Allah S.w.t yang bermaksud:
 
 “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” 
                                                                            (Surah AlBaqarah : Ayat 214)

setiap detik dalam hidup kita akan dihisab dan ditimbang , apa sahaja yang kita buat, yang kita niatkan dan yang kita bicarakan dalam hati kita, walau sebesar zarah sekalipun, akan dibalas ALLAH.

apabila kita tidak mampu nampak ALLAH dan sentiasa berkeluh kesah, sentiasa memberi alasan dan asbab , mengapa dan kenapa kita melakukan sesuatu yang bertentangan dengan prinsip sabar dan redho , maka sebenarnya kita makin jauh dari ALLAH. masalah kita makin besar dan penyakit kita makin kronik.

peranan kekuatan sabar dan redho dalam hidup sangat besar, sebenarnya.
bila mana kita mampu bersabar dan boleh redho seikhlas hati, sepenuhnya, seratus peratus, inilah sebenarnya perawat musibah yang sejati.

apa sahaja yang berlaku kepada kita, kita boleh sabar seratus peratus, apa sahaja yang dilakukan orang atas kita kita mampu redho seratus peratus, maka inilah penawar musibah yang sebenarnya.

nafas yang kita tarik, udara yang kita bawa masuk  dalam diri kita nantinya , akan terus menyegarkan dan memberi ketenangan abadi.

kita tidak gundah gulana, kita tidak berkeluh kesah , kerana ALLAH bersama-sama kita. bukankah janji ALLAH, “sesungguhnya AKU bersama- sama dengan orang yang sabar “?

bukankah kita juga mengetahui bahawa setiap apa yang berlaku kepada kita adalah kerana dosa kita sendiri,..

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (Surah AsSyuura : Ayat 30)

namun Allah Maha Adil dan Maha Penyayang, ujian-ujian yang diberiNya adalah mengikut kemampuan masing-masing insyaAllah.  “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” (Surah AlBaqarah : Ayat 286)

kita kena nampak bahawa semua yang berlaku kepada kita adalah dari ALLAH tetapi atas perbuatan kita sendiri,… maka sabar dan redholah sepatutnya yang kita jadikan pakaian dan alat untuk merawat musibah ini… bersabar atas semuanya dan redho atas semuanya,…

Kaedah Bersabar

Rasulullah melalui satu hadith mengisyaratkan bersabar itu perlulah pada awal kejadian atau pada kejadian yang pertama.
Bersabar itu adalah pada pukulan yang pertama. [Riwayat Muslim]

Jika dilihat pada sudut logik akal, manusia ini diukur pada peringkat yang awal. Peringkat pertama adalah yang paling penting dalam menghadapi sesuatu hal. Seandainya dia tidak mampu bertahan pada ujian yang awal. Nescaya, pada yang seterusnya dia mungkin saja rebah. Jadi, di sini, bilamana dikenakan ujian, maka penting sekali untuk kita membina ketahanan diri. Bukan atas faktor ‘alah bisa tegal biasa’, akan tetapi, apabila seorang manusia sudah mempunyai pengalaman pada yang awal tentu sekali dia sudah mula bersedia dan menjadi lebih rasional dalam menghadapi ujian lain yang sama takaran dengannya.
insyaallah ...
bilamana kekuatan untuk sabar dan redho ini tidak mampu kita masukkan , maka ikhtiarlah merawat diri , insyaallah ... semoga ALLAH permudahkan . Ku doakan utk diriku jua , bertahanlah wahai hati .. walau sepedih mana , sebanyak mana air mata mengalir , bertahanlahhh demi anak2 yg amat2 aku kasihi ...

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen