Pages - Menu

Pages - Menu

Boleh gemuk jika terlalu percaya nasib

Boleh gemuk jika terlalu percaya nasib

 

 



Penyelidik medapati mereka yang terlalu mempercayai tuah dan nasib dilaporkan lebih cenderung untuk mengalami masalah lebihan berat badan.  Penyelidik mendapati mereka yang meletakkan seluruh hidup mereka di tangan nasib berkemungkinan untuk tidak akan mengubah cara kehidupan mereka dalam sebarang tindakan, sehingga membawa kepada keadaan termasuk obesiti. 

Bagi Muslim, menilik nasib adalah satu perbuatan yang ditegah dan haram hukumnya. Sila rujuk entry sebelum ini. Horoskop Itu Perosak Akidah Umat Islam di sini.





Boleh gemuk jika terlalu percaya nasib


LONDON: Mereka yang terlalu mempercayai tuah dan nasib dilaporkan lebih cenderung untuk mengalami masalah lebihan berat badan, kata sekumpulan penyelidik.

Penyelidik mendapati mereka yang meletakkan seluruh hidup mereka di tangan nasib berkemungkinan untuk tidak akan mengubah cara kehidupan mereka dalam sebarang tindakan, sehingga membawa kepada keadaan termasuk obesiti.

Pandangan mereka menyebabkan mereka kurang melakukan senaman, mengamalkan pemakanan yang tidak sihat, merokok dan minum minuman keras lebih banyak berbanding mereka yang percaya bahawa masa depan kehidupan sendiri adalah terletak pada tangan masing-masing.

Sepasukan penyelidik dari Institut Penyelidikan Ekonomi Tulen dan Sosial melihat kepada tabiat diet dan senaman membabitkan lebih 7,000 orang dan membandingkan keputusan itu dengan pelbagai jenis personaliti mereka.

“Penyelidikan kami menunjukkan hubungan langsung antara jenis personaliti yang dimiliki seseorang dan gaya kehidupan sihat,” kata Profesor Deborah Cobb-Clark yang dipetik Daily Mail. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen